Friday, October 31, 2014

Party! Party! Hollewween sambut kat Kinda...


Nak story pepanjang pon aku tak berapa reti sangat...lain laaa kalau sambutan raya kaaa...birthday party anak dara aku reti la nak berstory berkajang kajang.

Dah sebabkan Principal dr Obersea, Minah salleh so sambutan sambutan cam ni memang turut ada laa kat Kinda...1 MALAYSIA gitu. Kiranya 2nd time laa anak dara aku celebrate sekali..dapat gula gula....main games...penat..balik...minum susu..makan nasi.....zzzzz terbungkang !!! punya laa lotih

Layan jaa gambar yeee...

Masa Kejadian: Jumaat 31hb.Oktober.2014




Suasana masa party


candy time...happy jee kids semua ini...yang bestnya teratur...

Si ahli sihir...haaa principal


anak daraaku

Aden...habis tinggal tulang temulang heee...so cute..handsome boy...

Jom layan Ali baba pulak,heee sambil kunyah popiah sira pedasssss.....!!Mau habis sebalang ini..


Popiah Sira Pedas ranggup


ASSALAMUALAIKUM.....salam Jumaat...jom tengok resepi terus..resepi ini dari kawan sekolah aku bagi..so kena pulak dengan tekak aku..tak berapa pedas n tak berapa manis...

Bahan- Bahan:
1 paket kulit popia 
4 ulas bawang putih
5 tbsp cili kering
1tsp cuka
1/2 tsp garam
4 tbsp gula
4 biji cili padi


Cara Penyediaan:

1) Gulung kulit popia, saya bahagi 4 setiap keping kulit popia, so lagi senang nak gulung.
2) Gunting popia yang telah digulung.
3) Goreng popia hingga garing, biarkan sejuk.
4) Tumis cili kering, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
5) Tambah garam, gula, cuka, biarkan berbuih dan pekat. Matikan api.
6) Tambah popia yang telah digoreng, kacau rata.
7) pindah popia dalm loyang dan bakar dalam oven lebih kurang 15 minit ( Just ntuk pastikan ianya betul2 kering dan popia tidak mudah lemau, If tak nak bakar dalam oven kejap pun takpe jugak)





Kenapa aku.buat banyak sampai 1 paket tuu sebabnya ada orang order...berminggu dah cuma masa tuuu kerajinan nak mengulung tuu kurang..tup tup malam tadi  bila anak anak aku abis exam baru laa ada masa mengulung..membaking...

Sedap sangat ..rapuh..pedas..!!

Thursday, October 30, 2014

Kek Lumut Kukus Sarawak



Gara gara budak kenit ini, gigih aku mentry resepi Kek Lumut Kukus Sarawak ini..Memula ingat nak order jee sebabnya semalam kawan aku kasi rasa kek yang dia buat...terus budak kenit ini merengek nak makan..pulak tuu tak bersabar so mau tak mau kena laa aku merajinkan diri ke dapur...


Rajin memang rajin tapi bukan aku laaa...my friend ni nama Ina baru kenal jaa adalah laa kot 4,5 bulan...ini pon kebetulan kenal sebab anak anak....mak kawan zidane...aiman...!!!

Dari kenal kenal gitu,jadi rapat selalu wasap...sama sama jadi perantau diMiri ini...Dendang perantau gitu...

Meh nak promote ..Ina nii tukang buat kek..menjadi sehhhh walaupon 1st mencuba..kalau aku alamat kelaut laa jawabnya...kat Miri ini memang aku malas nak membaking..cari bahan satu hal...so tak payah laaaaa...!!

Hari ni aku dapat rasa kek lumut kukus...memang terbaek sari ladang..so sapa sapa nak order bole roger aku yaaa...nanti aku bg phone no.dia...tapi terbuka area Miri sahaja..yang duduk KL, Selangor or seangkatan dengan nya dok diam diam....Ini terhad kawasan Miri sahaja..!!!!ada paham..☺☺


Resepi ini aku dapat masa mengodek mencari terus jumpa...dari Dayang Jack. C&P dari blog Masam Manis. 

KEK LUMUT

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla


Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.

Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.

Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.

Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik
* Aku tambah almond  hancur dalam 1/2 cawan
* Nestum dalam 50g

  


Belum cukup sejuk dah kena potong sebabnya sikenit ni dah tak sabaq nak makan


Wednesday, October 29, 2014

Cucur Nasi lemak Manis


Jom buat cucuq,makan panas panas memang ada umphhhh kena pulak dengan kopi panas.....mau abis sepinggan....


Bahan-Bahan:

2 cwn nasi sejuk
*2 cwn air
*1/4 cwn gula
*1/4 susu pekat
*secubit garam 
2 1/2 cwn tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya:

Blend bahan2 bertanda *,sehingga halus.
Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. 
Tuangkan bahan2 yg dikisar tadi.
Gaul sebati dan biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
Angkat dan toskan. 
Bolehlah di hidangkan.

Boleh add in:
*1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
*Udang/Ikan bilis
#Blend sekali,kalau nak tambah kuchai or taughe or daun sup pon boleh tapi jangan pulak diblend sekali tau ....

Gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. 

Selamat Mencuba...


Tuesday, October 28, 2014

Quote of the day ! FRIENDSHIP!


👩Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.

👴Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.

💂Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.

👧Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.

👪Kata saudara, К∂ω∂Ν tu macam makanan, kawan makan kawan!

👨Kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saja apa yang dikata.

👵Kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.

👴Kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.

👸Kata saya, К∂ω∂Ν tu ✗ kisah lah macam mana, walaupun dia    

- 🐝 IBARAT LEBAH.  
-  🌹UMPAMA ROS.      
- 💧SEPERTI AIR.    
- 🌕BAK BULAN.        
- 🐂SEPERTI LEMBU.
- 🍈BUAH DURIAN        
- 🍪 MACAM BISKUT
     
Dia tetap К∂ω∂Ν, tahu✗sebab apa?

Sekali kita dah К∂ω∂Ν, macam apapun rupa bentuknya selamanya dia tetap К∂ω∂Ν kita.

Itu cara kita berК∂ω∂Ν!

#Walaupun kita mempunyai harta yg banyak, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

jgn lupa  Kirim ke semua К∂ω∂Ν kita

Monday, October 27, 2014

Lupa bawa baju...

Nak jadi ceta, lepas jaaa praktis swimming tadi Iman sebok ajak main taman permainan...aku ok jeee lagi cepat dia gerak main, lagi senang aku nak gerak balik....
Masa siap siap nak salin baju..ternganga aku sekejap...mana taknya baju tak bawa...dia bantai bawa seluar kaler merah sampai 2....
Terbeliak mata aku...mana tak dah laaa masa sampai tadi tuala pun dia tak masukkan...nasib dalam keta ada tuala gym aku...so selamat dah...
Mau tak mau.....jalan jaaaa laa sampai keta...nasib budak kecil kalau dewasa...mau terbeliak mata orang...


Bukan aku tak mau kemaskan tapi budak nii suka pakai baju yang dia cari sendiri..kalau aku cari ada jaa yang tak kena...tak sesuaiiii dengan dia....
Ni dah salah sendiri...jalan laa juga...cuba kalau aku yang salah or cuai mau dia bantai melalak tak puas hati tepi kolam....

Quotes of the Day ...Azsalamualaikum

Sunday, October 26, 2014

Just around the corner....E X A M !!

Buat anak anak ibu yang soleh dan solehah..esok dah start exam akhir tahun semoga jawab dengan tenang dan yakin, banyak banyak kan doa dan solat 5 waktu 

Buat kakak Alia Nadirah SPM (3-11),good luck babe...u can do it girl!! Yakin tenang sabaq jawab jangan gelojoh..ins sha allah...kejayaan menanti!!

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosakedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Saturday, October 25, 2014

Demi keselamatan:Safety Helmet...

Sebut tentang helmet,haaaa semua tahu berfungsi sebagai alat keselamatan yang penting untuk melindungi kepala. Sekiranya berlaku kemalangan, helmet berfungsi untuk melindungi kepala daripada kecederaan.

Ni pon salah satu fungsi helmet gak......mengelak dariterus kenamarah....(opssss ada kaaa)

So bila aku bising bole pulak tuu tersenggeh senggeh tayang muka busuk dia....alah alah buat muka comel dia.....lepas tuu ingatkan nak serik, upanya cepat cepat budak ni sarung safety helmet ayah dia....heee alah alah nak elak telinga dari menanah dengar petir suara ibu dia....!!

Mana taknya dari balik sekolah keja dia menunggah jaa.., aku kemas bilik..dia sepah depan..kemas depan dia sepah dapur....

Memang dasar tak takut sungguh budak ni, tambah pulak petang semalam bodyguarad dia cuti semperna MAAL HIJRAH makin naik laa tocang dia....!!!! 

Last last aku malas nak memekik..aku landing atas katil ingatkan nak layan novel alih alih terlelap...heeeee




Alahai anak sapa laa nii........ !!!

Sunday, October 19, 2014

"Happy Birthday anakku yang Soleh"


MUHAMAD ZIKRI HELMI BIN AMMINUDDIN, Semoga Segala impian,Segala Harapan ,Segala Hasrat , Segala Hajat, Segala Cita-Citamu, dalam segala segi, dalam segala pekara, dalam apa jua hal menjadi kenyataan yang TERBAIK, yang pasti MEMGEMBIRAKAN, MEMBAHAGIAKAN, MEMBANGGAKAN abang didunia dan diakhirat !!!!


May allah bless you with all good things, take a good care of yourself, be good and stay humble, sayang. Good luck for your final exam on this coming 27-10-14.

Doa ibu ayah sentiasa bersama abang dalam setiap degupan jantung kami. 
WE LOVE U SO MUCH ABANG, SELAMAT ULANG TAHUN KE14!!!!

                                                       
                                                 






Saturday, October 18, 2014

Anakku yang soleh!!! Menghitung detik-detik

14 tahun yang lalu lahirnya seorang Cinta hatiku dunia akhirat...
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada, ins sha allah tak pernah sekali ingatan buat anakku yang soleh ini berkurangan..teruskan perjuanganmu dalam menimba ilmu.

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa buat anakku yang soleh, lindungilah dia Ya Allah....



Monday, October 13, 2014

LivingSocial Deal : Mana barang aku!!!

Ok meh nak story  nak kata aku marah memang laa aku tengah marah niii berjangut aku tunggu sampai NOW..ok NOW bayang barang pon tak nampak...hantu sungguh!!! 

Memang laaa aku ini rajin menshopping online tapi pada barang barang yang menusuk kalbu..bukan laaa asal nampak jaa aku beli..tak aku beli bila aku bosan and kena pulak barang tu memang aku nak sangat....!

Aku purcahse barang on 26 September kata 7-Day Delivery tapi ni dah masuk berapa days...!!! Mana aku tak hanggin...!!!

Walaupon RM40 duit tau..sebab aku pecaya so aku beli....Sebab sebelum sebelum ni tiap kali aku beli dengan LivingSocial Deal alhamdullilah sampai..tapi NOW habuk pon tarak....bila call 03-229 73388 memanjang enggage....hamboi hamboi takkan BUZY 24jam...hebat business sampai RM40 aku pon nak rembat...


LivingSocial Order Confirmation: #6989228

LivingSocial Order Confirmation: #6989228
Barang yang aku beli....nasib aku murah kalau mahai mau aku balik KL aku isi borang 
"Memfailkan Tuntutan Di Tribunal Menuntut Gantirugi"

Aku hantar email 9-October-2014,
 LivingSocial Malaysia - Customer Care dated 9 October ( Help Request # 17017843 )
Ni email aku hantar tadi... harap kalau ada kaki tangan yang keja dengan LivingSocial Deal yang baca haaaa apa lagi....ini part komplen ....takkan nak wait & seesampai aku isi boroang tribunal pengguna...time bukan takat RM40 aku up lagi..!!!

And mulai hari ini juga aku dah Unsubscribe !!!


Anak Malaysia dari Miri


Semangat pegang bendera Mesia sampai tertido tido laa anak aku lam keta nunggu kakak & abang chik balik sekolah...Bendera ini masa bulan kemerdekaan aritu buat kat sekolah itu yang SEMANGAT bila jumpa balik, masa aku kemas kemas bonet terjumpa laaaa..ubah pulak masuk lam keta itu yang excited sampai terlena..



Melanggut tepi POOL

Selagi nama budak kenit ni tak ada dalam list olimpik...selagituu aku jadi penunggu tepi kolam nii...haaaa gigih aku paksa dia soh belajar swim sampai kecut kecut jari kaki, jari tangan... haa statment tak hinggat!!!

Ni laaa Keja aku setiap monday.

Saturday, October 11, 2014

Dodoi yang sedap

Mai makan dodoi Batu Lima,Parit Buntar yang sangat sedap....

Dodoi ini aku order dari kawan aku masa skoll dulu dulu, and memang tak hinggat punya best teringat masa arwah mak aku dulu suka buat...tapi jenuh aaaa nak mengacau makan berjam jam...so bila kawan aku bagi tau dalam wasap dia ada buat dodoi untuk raya haji terus aku ngan kekawan yang lain order .

Aku order 1kg jaaa and nyesal pulak sebabnya satu rumah gigih dok makan....cubit sikit sikit lama lama dari penuh sebekas tinggal separuh jaaa lagi.

Sekilo =RM40

Sapasapa nak try contact kawan aku...Dijamin Puas hati

Hairos 012 - 355 5154

Bila Malas: Chicken Butter & Masak Lemak Lengkuas..

                              
Dari semalam lagi budak kenit nii dok bising nak makan ayam susu.  Tapi aku malas so aku masak nasi ayam jaaaa ingatkan dah lupa alih alih balik dari service keta terus aku masuk dapor mana tak nya siShazleen dok peringat aku "ayam susu,ayam susu" padahal baru jee breakfast kat kedai abis sepinggan bihun goreng dia balun....


                                      
Garing,ranggup dan manis mana tak budak budak suka...kali ini aku kurangkan manis susu pekat tuu. Aku campur air dalam susu pekat...so bila makan lagi sedap sbb tak manis sangat...Resepi tengok 


IkanMerah Masak Lemak Lengkuas, goreng ikan dah cukup tuk lunch ari ni...!!


Jom lekaih isi perut kena pulak dengan teh panas kaaa,Hujan hujan niii air panas juga yang laku.

Friday, October 10, 2014

Birthday Party kawan Shazleen

Al kisah seminggu awal dah dapat invitation..sangat sangat mencabar mana tak hari hari dia tanya aku bila birthday..bila birthday..memula ok laa bole lagi nak layan siap plan weekend before papa outstion kita beli present..last last tak sanggup haku...nak jee aku jerit...tension mak aii pagi ,petang, siang , malam tak berhenti tanya....

Memang laa budak tapi kannnnn.....

Siap plan nak pakai dress apa lagi kebetulan masa balik KL aritu aku rembat dress kakak yang dah tak muat memang purposelly simpan tuk adik dia...try test muat so apalagi memeng kena hangkut sekali laa kan kalau tak mau dia ceramah tepi telinga aku 24jam..

Bila tiba date yang di tunggu tunggu lagi mencabar mana tak siap pesan kat aku lagi "mummy jangan tido tau petang nanti, antar baby jangan lupa" sekali dua sabaqlagi bole main peluk peluk...masuk seribu kali mau aku sabotaj birthday party tuuu ...haaaaa ..!!!



Gambar masa habis event.

Aku hantarjeee salam salam..masa salam baru lee kenai mak pak kawan kawan shazleen yang selalu jadi sebutan..haaa ingat anak aku jeee selalu sebut nama depa upanya nama anak aku pun tak kurang fofular..mana tak sampai jeeee kekawan dia semua jerit.."iman sampai,iman sampai"..parents parents BFF ini pon apa lagi "ohhh ini upanya Iman...."haaaaa time nii lee nak kenal kenal parents kan.....

 Dan salam semua terus berdezupp ke Bintang Mall pulak sebabnya si kakak nak memborong buku,  lagi pon ok sebabnya birthday party ni dibuat kat "LOVE,FUN SHOP" memang happy laa kids memain, colouring,makeup, makan makan.

Shazleen pulak sampai sampai jee terus tak hinggat donia....jumpa kawan aku pun dia lupa,,,tak paa janji happy...Event dari kul 4-6pm so sebelum 6pm aku dah sampai....sempat laa jumpa best friend,best friend sekali mak pak lagi....Juwieta,Nikki,Kristin,Dada and Iman....5 sekawan..!!


Haaa kan mana ada dia pandang mak dia dah, jenuh aku nak snap picture. Alamat kena tunggu picture dari mummy Nicky laaaa..

Ni laa jadinya bila papa outstation,kami anak beranak apa lagi mula lah merayap..bosan ooo bantai peluk tak da susah nak gadoh so tawaf shopping mall je laaaa...tawaf tawaf pon sempat laa aku ngan ain rembat baju......

Padahal esok dah raya haji aku apa pon tak prepare lagi...lauk pauk,kuah kacang,nasi impit..haaaa nasib kat Miri...kalau KL mau tak menag tangan...maklumlaaaa ramai sedara kat sanakan...!!!

Peace.....

Wednesday, October 8, 2014

Transnasional PB ..cari laa pekerja yang mesra pelanggan!!!

Tertiba aku stress ....elehh mesti ada yang kata nak beli tiket bas jee pon!! Hallo memang laa tapi yang aku hanggin tuu bila budak yang jual tiket tuu macam banggang...

Aku nak booking jaa pon bukan nak rompak kaunter..booking pon guna handphone apa kes tak mau ambik...kalau Jalil ambik jaa pon...kalau kawan aku dulu si azmi lagi sempoi..no hal pon apasal budak baru ni banyak songgeh..

Dah laaa tiket tinggal 20 jaa lagi...confirm aaa raya hindu ni ramai student balik especially budak2 MRSM termasuk laaa anak aku.

Dia soh aku booking dengan Jalil...bila aku tanya Jalil masuk bila..jawab petang...bila aku kata takut tiket habis...dia dok jawab booking ngan Jalil dia keja malam nanti...hallo banggang nii bukan 1st time tau...aritu sebab hang laaa aku tak dapat tiket bas, kesian pulak anak aku kena cari sampai Ipoh.

Pagi pagi lepas subuh dah berdezzup ke Ipoh cari ETS pon habis last last rezeki tuhan dapat juga bas dari Ipoh..itu pon aku kena minta pelepasan dari Maktab untuk balik awal pagi Jumaat....

Ini lagi sekali..hallo aku nii kat Miri kalau dekat aku dah terjah kaunter tiket pagi ni banggang!!!
Aku booking sebab lepas keja baru kakak aku bole pegi kaunter..

Bukan nak taruh pasiq kaa apa kat rezeki budak nii tapi kalau dah keja cam nii aku tak tau laaa berapa lama TRANASIONAL nak simpan and bukan aku sorang jaaa yg berasap dengan budak ini...


Nasihat aku...TRANSNASIONAL cari laa pekerja yang mesra pelanggan..jangan ingat kat PB tuu hanya sebab kaunter transnasional and mara liner 
jaa bole buat tak peduli..

Jangan sampai Allah tarik rezeki..bangkrap pulak...!!

Saturday, October 4, 2014

Selamat Hari Rayaa Aidil Adha 2014

Sandwish Goreng Sambal Ikan bilis

Tahun ini 2nd years kitaorang beraya diMiri,but this year lain sikit sebab mylaki and my lovely elderst son beraya diKL...haaa apasal asing2 heee sebabnya kebetulan laki aku ada meeting before raya haji mau takmau kena laaa fetch sizIkri sekali lepas tuu kalau nak balik keMiri pulak cam buang duit flight jeee bila mana lepas tuu nak kena pulak balik KL sebab nak hantar anak bujang masuk asrama...

Sebab kami tak ikut sekali pasal budak2 nii sekolah macam biasa tak de pulak sekolah diaorg ni nak ambik cuti peristiwa kee abenda..selasa dah sekolah macam biasa lepastuu dah start nak strugle dengan final exam.

Mau tak mau as parents kena laa berkorban kalau balik KL juga alamat berponteng laaa budak2 ni.

 Haaaa melalut laaa pulak pepagi nii...

Jom makan breakfast sandwish goreng sedap ooo..

semalam masa tawaf mall jumpa laa kopitiam cafe siap ada roti best so rembat laa apa lagi. 
                                    

                         
Sandwish Goreng

Letakkan inti samaada sambal sardin or sambal ikan bilis.

Aku letak sambal ikan bilis balance  buat nasi lemak aritu. Letak kat tengah tengah, lapik roti then ambik cawan or apa apa je yang bole buat supaya dapat bentuk bulat...

Dah siap bancuh tepung gandum,garam, air suam - bancuhan macam nak goreng pisang tuu..jgn 
terlalu pekat or terlalu cair.

Dah siap salutkan roti yang dibulatkan tadi and goreng dalam minyak panas.
Siap untuk mengisi perut yang lapaq
ada juga sandwish sardin, requeat dr sizidane

Close up sikit 
sedap makan panas panas dengan milo o kosong
Aku tak buat banyak pon sebab mylaki tak ada sapa pulak tukang nak menghabiskan sakgi.


                   
Budak yang bangun pagi terus lapaq, tertiba rindu kat papa dia..bila lapaq jaaa tertiba ingat papa...ingat papa jaaa time lapaq..!!!

Layan gambar budak kenit ini semalam tertiba jadi patung cendana laa pulak.....