Showing posts with label Makanan - Ayam. Show all posts
Showing posts with label Makanan - Ayam. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Penangan AYAM MADU

amboi bukan main sedapnya kalau dapat makan ayam bakar madu...nikmat kalau dapat ratah gitu jer..mentang mentang dia sorang sapa pon tak kacau....apa lagi mkn sepuas hatilaaaaa.Nyum nyum...nyummm...bukan setakat jilat bibir, sedap hingga menjilat jari....gitu haa nampak penangan ayam madu RM1.70 seketui....mahai gila..tapi sebab dia perap sehari semalam kot...kiranya aku kena pejam mata laaa kot....tapi kalau hari hari mau aku fengsan......!!

masa kat Miri ari tuu tak pandang pon...kalau pandang pon aku tak bagi haaaaa (gelak jahat) entah tak kena ngan tekak aku....sanggup aku bertekak ngan dia....!! tapi kat sini hadoi laaa tak larat nak bertekak...mulut dia kalah mulut aku..macam macam teori dia bagi...macam2 alasan di hujah...last last mak pasrah!!!!.......



Great Eastern Takaful : i-Great Damai (Medical Card Takaful+ Pelaburan)

i-Medik (Medical Card Takaful)
  1. Lindungi kesihatan dan keperluan perubatan anda dengan rawatan sebelum & selepas kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan rawatan pesakit luar dengan medical card takaful kami.
  2. Ada juga mendapat pampasan jika anda mengidapi 36 penyakit kritikal.
  3. Sekiranya anda diwadkan didalam hospital, anda akan menikmati manafaat tunai harian bagi wad normal atau 2 kali ganda manafaat tunai harian untuk kemasukan Unit Rawatan Rapi.
  4. Dan juga Pengecualian sumbangan bulanan untuk pemegang polisi jika berlaku penyakit kritikal @ hilang upaya, anda tidak perlu membayar caruman bulanan anda tetapi  perlindungan diteruskan.kerana perlindungan anda dibayar melalui Dana Tabarru’ kami.

Perlindungan
  • DD (Kematian)
  • TPD (Lumpuh Kekal)
  • CI (36 Penyakit Kritikal)
  • EPCC (Early Payout CriticalCare Rider)
  • ADD (Kematian akibat kemalangan)
  • AMR (Klinik luar)
  • CABX (Comprehensive Accidental Benefit Extra)
  • i-GrEaT Income
  • iMedik – Medical Card Takaful
  • Hospital Benefit (RM 50 – RM 500 bergantung pada gaji)
  • Khairat Kematian RM 2000 bagi setiap polisi.

  • Early payout critical cover sebanyak 25% dari jumlah sum assured. 
Contoh, jumlah sum assured ialah RM50,000. Apabila pemegang polisi menghidap kanser stage 1, 25% dari RM50,000 iaitu sebanyak RM12,500 akan diberi kepada pemegang polisi (yang pertama di Malaysia mempunyai pakej seperti ini.

Kebanyakan produk takaful yang lain hanya akan memberi wang pampasan pada kanser stage 3 sahaja).
  • Pengecualian cukai pendapatan.
  • Car Assist Programme ( 24/7 servis kereta rosak atau tunda kereta ke bengkel)
VISIT : suhailasudin GreatEastern Takaful FOR MORE DETAILS


Thursday, November 6, 2014

Donut lembut dan sedap & Chicken chop black paper

Tak berhenti anak anak aku ....mulut tuu nganga jaaa 24jam....Makan...makan...makan...Memalam pon mengagau cari bendanak makan

Mentang mentang sikakak tuu puasa ganti ari ini, macam macam dia request...!!
Buka puasa chicken chop black paper...malas masak banyak banyak...ingat memula nak masak nasi sebab laki aku mostly prefer nasi..prot melayu !! 

tapi bila pikir balik MALAS aku kang sapa nak makan chicken chop aku...kang menbazir laa pulak.

Malam rabu dai dah request menu, budak ini payah makan nasi kalau nak makanpon bersuap abis laa sepinggan kekadang tuu jenuh bergaduh bila aku malas nak suap dia...nak suap sikenit shazleen lagi lepas tuu sikakak lagi...

Menu dah ada jenuh laa pepagi lepas temankan ain sahur jam 4pagi terus aku sediakan ayam - ketuk ayam bg leper,marinated semua simpan lam plastik, kelentang kelentung umah aku sesubuh hening nasib duduk jauh jauh jauh dari jiran kalau tak mau kena baling ngan lesung batu, menganggu jiran tido jaa... dah siap semua petang terus boleh grill or goreng jaa.

lps tuuu berdezupp antar budak kenit pegi tadika pulak....awai ooo kul 7am dah masuk skoll...

kes lepas berbuka...hamboi hamboi hampa tokey supermarket pon boleh bangkrap lagu ini..


Donut lembut dan comel lote

Balik dari antar kenit kesekolah, aku dah sanggap duduk umah..bosan!! terus aku cekau resepi 
Sebelum ini aku pernah buat DISINI, kali ini aku ikut resepi dari FB sis ROZILAH ABDULLAH

DONUT GEBUS
Sumber : Isma Maisarah
Sumber :FB Rozilah Abdullah

Bahan2

250gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50gm gula
2 sudu besar water roux
50-60ml air dari peti sejuk
50ml minyak masak
Sedikit garam

Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.

Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.

Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.

WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan selama 2,3 hari di dlam peti ais.

Adunan ini akan menghasilkan sebanyak 20 biji donut bersaiz kecil. Aku buat separuh adunan jee so dapat lee 9 ketui donut habuan minumpetang kami anak beranak.

                               

                                                     

Black Paper Chicken chop

Resepi nanti aku post lain ENTRY, mata dah start layu dah ni...nite semua ..


Saturday, October 11, 2014

Bila Malas: Chicken Butter & Masak Lemak Lengkuas..

                              
Dari semalam lagi budak kenit nii dok bising nak makan ayam susu.  Tapi aku malas so aku masak nasi ayam jaaaa ingatkan dah lupa alih alih balik dari service keta terus aku masuk dapor mana tak nya siShazleen dok peringat aku "ayam susu,ayam susu" padahal baru jee breakfast kat kedai abis sepinggan bihun goreng dia balun....


                                      
Garing,ranggup dan manis mana tak budak budak suka...kali ini aku kurangkan manis susu pekat tuu. Aku campur air dalam susu pekat...so bila makan lagi sedap sbb tak manis sangat...Resepi tengok 


IkanMerah Masak Lemak Lengkuas, goreng ikan dah cukup tuk lunch ari ni...!!


Jom lekaih isi perut kena pulak dengan teh panas kaaa,Hujan hujan niii air panas juga yang laku.

Sunday, August 7, 2011

Ifftar diumah jeeeee....cempedak goreng lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera:)

Ahaks! tetiba dah 7 ramadhan. cepat betul masa berlalu.semalam punya lauk tak teringat nak upload ! 
pejam celik pejam celik sok da dekat nak raya....kalut nak wat kuih lee pulak, semalam sempat lagi siAin pujuk soh aku watkan biskut almond london..haaaaa  terkuzzzuttttt aku...siap cakap lagi aku wat sedap..iyee sangatlee tuuu...kang da bersusun kuih lam balang..satu pon dia tak makan!!hangat hangat taik ayam jeee...budak sorang niii.....so semalam masa kt giant sempat lee ain paksa aku beli barang...hiss nii apa main paksa niiii....tuuu pon bercinta nak pikir bahan bahannya....haaa kalau aku rajin menjadi lee kot...heheheh 

Memu nak berbuka pon bercinta aku nak pikir....alih alih aku masak ayam sambal & ikan tenggiri asam pedas

tapi tuu lee da penat masak...alih alih sizikri nak makan nasi hayam pulak...adoi laaa budak niii payah sungguh so menjamu mata lee kitaorang kt bazar TTDI JAYA 
 (xsemeriah bazar kt Giant tau)

skrg nii pantang ada pree time sambil buat keje sambil google resepi.. tengok gambar masakan yang cantik cantisss & cari ideanak masak apa...!!!pening oooo dulu zaman kecil kecil tak yah pikir pon cukup time ngap jeee...!!!

Meh layan cempedak & popiah goreng dalam dok kelangkabut sempat gak aku mengoreng



aku kenyang makan nii jeee...hisssss jangan berangin dah prot aku ...!! semuanya aku habiskan..heheheheh peberat aku no.1 tuuuu





Popiah goreng tu laki aku .....aku goreng sikit jee tadi..yang lain aku frozenkan senang

Laki aku tak berani nak makan cempedak posa posa niii tapi kalau hari lain dia pon antu gak tuuu.. dia gak aaa yang tukang melayan aku membeli...heheheh



Selamat berbuka puasa!:D
p/s : Ermmm… memang lah agaknya tukang masak tak akan berselera makan masakan sendiri walau sesedap mana pun.. kau orang pernah rasa tak macam itu?? (soalan untuk orang yang ada pengalaman memasak je.hehe)




Thursday, August 4, 2011

juadah berbuka puasa 2nd day

Day 2 
kebetulan kt umah ada kakak aku  & last minit kakak ipar pon nak join sekaki so lam kepala da plan nak masak NASI BERIANI

Apa lagi terus SMS hubby aku soh belikan beras basmathi..hehheheh sebabnya aku malas nak singgah giant kee,mymaideen keee..apa keeee....tak sempat aaaa kang kelang kabut aku nanti
TAPI kan last minit tuu sempat gak aku tinjau pasar ramadhan kt staduim shah alam...alah tepi giant tuuu...tujuannya hanya satu aku nak rembat samosa...peberate aku tuuuu....niii gara gara kawan kt opis nii aaaaa mempromotekan samosa tuuu...hisssss tak tahan kena goda upanya aku niiii...hehehhe

perhhhhh rega RM0.80 seketul...makin naik rega nya...saiz aku tgk serupa gak....!!!
tak sempat aku nak snap gambar.....nanti aaa bila aku pegi aku snap k...lepas tuu aku belikan sekali air tebu ngan air mata kucing..heheheh nak senang & cepat!!


 Nasi Beriani ngan ayam masak merah & Jelatah jeee
Yang hitam tuuu daging dendeng

Jelatah




ayam masak merah

hissss baru terperasan comotnya pinggan aku.....hisssss wat malu jeee...nii nasib baik da anak 4...kalau tak mau mak mertua reject niii....
da tinggal seketul baru aku teringat nak snap gambar...tuu yang kalut tak sempat nak posing cantik cantik


Tuk nasi aku rempah beriani faiza nii jeeee, cara masak ada kt belakang plastik tuuu ikut jee yaaa


Alhamdulillah...

Thursday, March 24, 2011

AYAM KALASAN BERSERI

Kak Rose maksih menjadi kan AKB sue niii tuk dinner malam tadi berhasil dengan de boommmmnyaaa...
suka sangat tengok hasil kaler ayam tuuu..perang jeeee....
Ni semua gara gara Mr.Hubby aku yang nak balik dr.outstation petang semalam
sian ooo semlm dia ngadu ari seblm tuu makan roti jee tuk dinner, 
sedangkan aku anak beranak terjah 
SAN FRANCISCO
so aku pon bersemangat lee cari resepi...alah alah special lee cikit....Laki nak balik tuuu heheheheh 

 
hasil resepi kak Ummi ngan kak nor 
Nak resepi terjah UMAH k a k  n o r




Tak de idea nak makan ngan apa, so aku buatkan terus nasi hayam serai niii..YUMMY




Glitter Words


p/s:
atas permintaan kekawan nak gak aku tempekkan resepikan

AYAM KALASAN BERSERI
 resipi : Ummi Kuantan@Jelita Mac 2011 
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/2 cawan air
4 ketul peha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit (k.nor guna 1/2 ekor ayam)
minyak masak secukupnya
Bahan dikisar kering:
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih
Bahan dikisar basah:
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikti air
Cara:
Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk. gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
Angkat ayam dan tos.
Tos juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
Goreng bahan kelapa parut tadi sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
Angkat dan toskan.
Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yg sudah digoreng tadi.
Nota: Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupannya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambahkan lemak goreng ayam.

Nasi Hayam Serai 
Bahan-bahannya:

- serai 2 batang (diketuk)

- *bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)
- *Kayu manis,bunga lawang  tak bubuh pon orait)

- *halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca

- 3 cawan beras

- marjerin

Cara-cara:

- Tumis bahan *

- Campurkan air rebusan
- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa(dr.air rebusan)
- Dah mendidih taruh lam beras & masak seperti biasa

- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.

- masakkan nasi