Monday, August 25, 2014

Chicken Butter yang senang dan sedap

Lama dah siShazleen request ayam butter ini aka ayam susu...sebab rasanya manis manis...so apa lagi kalau dah sweet sweet tu memang hari hari dia bole request...yang nak mmembuat nya tuuu laaaa dok berkira kira....heeee

Jom tengok resepi:

*Isi Ayam ( main agak agak jee,kalau ramai banyak yee portionnya)
*Tepung ubi
*Susu pekat manis - 3 sudu besar
*Black Paper
*Garam
*Putih Telur
*Cili Merah dan Hijau
*Daun Kari
*Sepeket Nestum 3in1

Cara caranya:


Rebus ayam sekejap, tapis dan perasa dengan garam dan black paper kemudian salutkan dengan putih telur dan tepung ubi.

Panaskan minyak, goreng ayam yang telah di salut tadi hingga kekuningan. Hingga semua ayam siap digoreng. Angkat

Dalam kuali yang sama, masukkan cili dan daun kari hingga garing.

Kemudian satukan ayam yang digoreng tadi dan masukkan susu pekat (ikut portion ayam)
Goreng seketika.

Tutup api dan masukkan sepeket 3in1 nestum didalam campuran tadi.

Siap untuk dihidangkan.



2 comments:

  1. yang penting anak2 suka makan.. pulak kena nasik panas2..laju je kann.

    ReplyDelete