Showing posts with label Zikri. Show all posts
Showing posts with label Zikri. Show all posts

Tuesday, January 28, 2020

CNY: BERKEBUN

Kerajinan yang tertiba, ini pun sebab sebelum tu dah paw aku kasut sukan Nike.
Kiranya semlm seharian kami berjalan and serius malam nak lena perhhh beru terasa sengal sengal kaki.

Pokok Pwlam ni kakak aku yang bagi pesan suruh tanam belakang rumah germmm tapi sebab anak bujang kata belakang dah penuh and malas nak cangkul tanah, itu yang ditanam nya dlam pasu  haiyaaaaaaa layan jaa laaa nanti dah besaq sikit aku panggil laa orang yang selalu trim pokok mai buat heeee

kaki siadik yang setia melayan abang, depa berdua ni macm boyfriend girl friend asyik melekat jaaaa sat gaduh sat baik macam tu laaa


Saturday, October 19, 2019

Happy Birthday AbgLong

Have a happy and healthy birthday my dear son! Hope your day is as wonderful as you are.
You are loved, today, tomorrow and always.You make each year brighter and you continue to illuminate our lives with your smile and your kind heart. Happy birthday my bucuk mahcam!

 During this day,kakak tak balik so we just celebrate kami kami jeee (Sorry akak)

Muka pasrah kena suapkan abang haaaaa



Food semua sedap at Grease Shah Alam 
So Yummy


Thursday, September 13, 2018

Tak dapat dipisahkan ....

Dua beradik ni sangat closer each other, siap berwasap bagai kl lama xjumpa, and best part kalau reunion tudia terserlah kemanjaan si adik kat abangnya...yang abang pulak bukanmain melayan siap berdukung adik tu lagi ...harap ukuwah berdua ni and semua anak anak aku berpanjang dan saling memerlukan, kasih sayang, hormat menghormati hingga laa kejannah.

Adik ni dengan abang paling manja, kalau si kakak ok juga kejap baik kejap gaduh selambar je pakai baju kakak, tidor tempat kakak walaupon orang tu marah dia bukan peduli..sikakak pulak marah marah sayang mana adik tu berlemak...tido atas paha kakak ...kalau dengan siabang lagi laa asal abang balik memang tempat tido dia sebelah si abang,mengekor jee mana abg tu pegi...

tapi kalau dengan sizidane haaaaa aksi bergaduh perang mulut jangan cakap laaaaa..sama sama manja...beza pulak 4 tahun jeee ...Adoi laa anak anak 


Depan kolej abang

Monday, May 28, 2018

Program Matrikulasi Professional Perakaunan (JPPro)


Alhamdullilah bermula laa peringkat seterusnya buat anak bujang ni ...Start 23-5-2018, 7 Ramadhan  dah mendaftar sebagai ahli Kolej Matrikulasi Selangor dengan jurusan JPPro.
JPPro ini adalah program pertama yang diperkenalkan tahun ini. Cawangan pertama yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Selangor. Program PERINTIS kirannya

Lepas tu bukan senang yeee walaupon dah ditawarkan still untuk 1st trial ni KKM hanya perlukan 50pelajar sahaja but itu pon pelajar kena menduduki ujian kelayakan Aptitud, sebelum diterima masuk ke program Perakaunan Profesional. 

GAGAL menepati minima markah ujian Aptitud, pelajar akan didaftar di bawah program Perakaunan. 

So lepas dengar taklimat Do & Don't, terus laaa ke ujian aptitud. Lepas tu keputusan esok sebab ada pulak interview, lepas interview baru tahu ..suspens ooo sebabnya anak bujang tu dari aliran sains dan dia dari sebelum SPM lagi dah berkicau nak tukar ke akaun ..alasan sebab tak minat sains...and dia ada aim dia sendiri so sebelum SPM aku biar kan jeeee sebab time ni result pon xtahu lagi kan ...

Alasan dia tak minat sains and nak capai something yang mencabar diri dia kira macam cita cita dia laaaaa so aku sebagai mak haruslah menyokong 201% !!! abis ceta

So bila keluar result aku discuss lagi sama ada betui kaa keputusan dia , tak mau sakgi separuh jalan give up memang nak kena ketuk kepala laaa ngan aku ...But dia tetap nekad padahal aku lagi suka kl dia buat sains acah acah boleh laa keluar nama Dr.Zikri haaaa hangan hangan mak mak gitu...siap bagi tau apa plan dia 1 tahun akan datang. and insyallah aku akan sentiasa menyokong and mendoakan dia..sama laaa mcam anak pompuan aku yang nak sangat jadi cikgu BI...aku tetap sokong lepas tu sesambil jadi cikgu nak jadi penulis...

Ok aku tahu laa aku minat baca novel so upanya menurun kat si ain pulak cumanya kau novel BM, dia novel BI ok laaaaaa...

Ok back tu ZIkri aku tetap sokong apa yang dia nak cukup laaa 17tahun dia dok dengar apa aku nak..soh belajar sampai pandai, exam nak kena dapat A semua subjek so now let him decide for his own. Aku selarikan ngan doa moga dia tetap berjaya walau apa pon..

Meh sini nak story pasal program Perakaunan Professional ni tahap Matrikulasi, dia bersamaan program CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation, sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA. Program Matrikulasi KPM Perakaunan Profesional hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja. Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, terus menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja. Tidak boleh masuk IPTA lain...so aku suka juga sebab dekat haaaaa..nampak sindrom mak mak lagi nak anak kepit celah ketiak jaaaaa tapi laki aku kata kl result gempak boleh sambung kt UK..haa part ni aku tak pasti lagi hee
Masa dengar taklimat 
Doa aku dia boleh catch up dengan life matriculation sebabnya cara kuliah memang laju seminggu boleh abis 3 bab sekaligus sama macam program asasi juga so memang sangat mencabar tak de masalaa nak layan world cup 2018 haaa (haa sebab tak cuti,kl cuti sure mereput depan Tv juga) sebab tu ramai panggil fast track sebab jangka masa belajar 10 bulan jee untuk subjek ni lepas tu sambung ke degree and kalau dah nama fast track so memang semua benda macam bullet trains sebab nak abis kan syllabus dalam masa 10 bulan ....haaaaa  ...kau hado..!!!
So now berulang laa aku dari Shah Alam ke Banting tiap kali Outing day ..semlm 1st time balik outing dari kul 8.00am - 10.00pm kl parents yang datang ambik, kalau sendiri sampai kul 7pm jeeee
so dapat lee berbuka sama semlm and lepas jee maghrib and kenyang perut terus keluar gi antar balik ....


Tuesday, May 22, 2018

TAHNIAH....SPM 2017

Salam Ramadhan ke 6

Pejam Celik , pejam celik esok anak bujang ni dah masuk Matrik pon di Banting..Alhamdullilah. Hasil penat lelah dia selama ini...Walaupon dah 2 bulan berlalu still terasa bangga dengan keputusan cemerlang anak bujang tu ..inshaallah akan terus maju dan maju and akan menjadi perangsang buat adik adik especially kakak yang akan menyusul tak lama lagi ...here SPM 2018....
Ceta 2017 dah habis...dup dap dup dap dah selesai..tahun ni pulak sakit jangtung lagi...

Tahniah warga MRSM ,Transkrian 
SPM 18 straight A
PT3 ..tak ingat
Ni masa Majlis Penghargaan  


2nd time pulak balik masa Majlis penghargaan ini...

Hari Bersejarah, bila anak bujang sulong memperolehi straight A+..alhamdullilah 

Haaa sebab masa tu aku memang jenis tak sabar bukan apa seriau ooo dup dap dup dap, kalah takut rasanya masa nak deliver dia pon tak nerbes sampai macam tu sekali.
Diam diam aku SMS online keputusan and jeng jeng.....straight A masa tu memang nak loncat kelangit tapi maintain relax jaaa..laki kat depan pon aku tak bagi tau ..S U P R I S E..!!!


Tengah muka senyum ambik result sebabnya masa nak ambil tu dia mai peluh aku dulu walaupon keputusan dia tak tau but aku terus cakap..U did it , abang...so dia dah tahu cuma gemilang,cemerlang or terbilang jaaa tak sure..haaaaa
and bila nama dia 1st dia announce memang dia senyum sampai ke langit laaaaa terus patah balik peluh aku yang kebetulan tengah berdiri kat situ....


So esok start lapor diri di Banting untuk course Account Professional, aim dia nak buat LCCA lepas ni ...Amean ibu ayah doakan yang terbaek buat semua anak anak ibu  

Wednesday, December 13, 2017

Abis exam dia punya request.....KOREA

Yeah aman rumah seminggu ni, anak bujang tak da haaaaaa ..tak da dia pon sunyi juga..
sakan wei,abis exam fly to korea...hakak dulu abis exam terus cari keja ingat nak cari duit jaa tuk sopping...holiday ini tambah tambah obersea memang tak laaaa...Dia memang dah plan lama dari awal tahun lagi dengan kekawan MRSM. so bila trail exam pon tak mengecewakan hakak pasrah lee terbang duit won utnuk dia.

Tapi tak paa dia dah janji nak cari keja lepas ini. Nak story pepanjang hakak tak pegi harapkan ehsan anak bujang jee nak sent gambar tapi habuk pon tak de..sakan round pulau winta sonata. Abis mak kat umah bertabah laaaaa...haaaa

Memula sampai jee diwasap adalah sekeping gambar lepas tuuu wasap jee laaaaa gambar nya langsung tak ada...katanya tunggu abang balik....
Apa apa pun enjoy your trip abang

Flight seawal 7am, so apa lagi kul 4am hakak dah terpacak kat KLIA nasib ayah nak join hantar anak bujang.....tapi iya laa 1st time kot anak bujang nak berholiday tanpa family...Serius yang sulong ini memang ikut jejak ayah dia sebiji long ranger.

Group of his friend
Korea here we come

Anak mak sungguh 
dah pepdai terpacak hakak layan laa ADL kat starbuck dulu 


Hope tha allah blesses abg and your friends during your travel and during your vacation. Will pray for your safe passage and look forward to hearing about your vacation as soon as you get back 



Dah tinggi dari aku tuu..

Monday, October 30, 2017

MRSM Graduasi - Congrat and Best of LUCK

Sekejap jee masa berlalu dah hampir kepenghujung nya anak bujang ni disana...
5 tahun berulang alik demi pelajaran dan mengejar cita cita. 
Ins sha allah Ibu dan Ayah doa kan yang terbaik untuk abg dalam menghadapi SPM seminggu lagi...


Family...haaa papa sorry time ni papa tak join outstation, tak dapat nak dielakkan

ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari' (3x)

Bicara hati:
Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.

Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.

YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.

Ya Allah,Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.
#Bacalah zikir dan doa ini. Bagi ibu-ibu yang uzur.

__________________________________________________________

Happy 17th Birthday Abanglong

Dah besar pon anak bujang nii, berdiri sama tinggi dah pon 

19-10-2017, kira ok leee belated sebabnya kami ke sana 1 day after masa Graduasi MRSM.. Alhamdullilah 1st Class result...

Jadilaaaa kebetulan masa besday nya ayah dah siap buatkan diMasjid BJ, dengar laa tok iman tuu announce nama anak bujang sekali ada bacaan yassin dah kebetulan jatuh pada malam jumaat...
syukur anak ini membesar dengan rahmat nu ya allah, semoga anak ini sentiasa di berkati dan dilindungi sepanjang hidupnya serta diberi kesihatan yang baik dan selamat dunia akhirat dan menjadi insan yang berguna kepada ibuayah dan bangsa

Monday, January 30, 2017

Aktiviti CNY holiday, Parenthood Sunway Pyramid

Lama dah plan nak bawa si Iman ni, saja nak suruh dia explore sikit dari asyik.henpon 24jam. Tiket siap siap.beli dari bulan Nov tahun lepas tuu sampai nak expired laaa bulan Feb ni br aku gigih slot kan juga. Mula plan nak bawa siHasya tapi memandangkan dia pulak ada kelas mengaji so aku ajak laa anak neighbour sebelah kawan baik Iman juga. So walaupon berdua depa tetap enjoy.

Sampai sebelum zohor ..opsss tempat ni kena cross padini shop masuk kedlm.sikit exit pintu padini yang satu lagi baru jumpa..tak tahu juga sila laaa rajinkan diri bertanya yaa.

Nak jimat stoking bawa siap siap dr rumah kalau tak melayang RM7. Bawa jaa socks yang berlambak kat rumah tuu senang.

Layan gambar..depa main aku lepak habiskan Novel @tundukkan playboy itu@
Food dekat cafe dia pon murah & sedap, budak berdua tuu order fish & chip..sakan sedebuk dia letak salad...kenyang laaa lps tuu siap sambung main lagi. Aku lupa nak snap picture makanan, memsg sampai jee terus ngam masam tak makan setahun, padahal sebelum keluar aku dah paksa makan nasi lemak siap siap..Aku masak okies..

Abang dan kakak tak join pon dalam tu ,memasing merayap berdua movie laaa Popular book store laaa, McD laaa sakan depa...ku juga terperam..

Petang jee masa kami nak keluar makin ramai mak mak & pak pak bawa anak...sesak laaa juga kiranya huntung laa datang awal..puas hati anak dara dua org ni dapat main.

Sebelum balik acara wajib sure singgah Starbuck, so tempting ngan RV nii..sejuta kali kena jeling ngan laki pon ku abaikan buat buat tak nampak..gigih ku seret juga laki kaa, boyprend kaa, sapa kaaaa...haaaaaa selalunya aku ngan ain sekepala..