Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Ya Allah… sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan dan memohon padaMu, pada setiap masa dan setiap hari supaya:

·        Jadikan anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai anak yang beriman, taat kepada segala perintahmu dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

·         Jadikan anak kami NMuhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang percaya kepada kelebihan dan kebolehan yang telah Engkau berikan kepadanya.

·         Jadikan anak kami, Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang terbaik dan cemerlang di dalam semua mata pelajarannya dan seluruh bidang kehidupannya.

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen  anak yang taat dan sentiasa  menyayangi kedua ibu bapanya

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa menghormati guru-gurunya.

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai  insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin bertaqwa di masa depan dan menjadi warganegara yang berguna.

·         Jauhkanlah daripada anak kami ,segala sifat malas, lemah, putus asa, lalai dan semua sifat negatif  dan keji, yang boleh merosakkan fikiran dan kehidupannya. Lindungailah anak kami daripada segala perangai buruk, perkara jahat dan maksiat, yang boleh membahayakan diri dan kehidupannya.

a Allah Ya Tuhan Kami

Kami juga memohon padaMu, supaya dimudahkan bagi anak-anak kami untuk mengingat dan memahami dan setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari. Mudahkan baginya  memahami dan menjawab setiap soalan peperiksaan dengan hati yang tenang, yakin dan betul, sehingga mencapai hasil keputusan yang terbaik. Ya Allah, berikanlah pertolongan dan petunjuk supaya anak kami  Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen   boleh lulus dengan cemerlang dan mendapat semua A di dalam  setiap peperiksaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran mereka Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan dosa anak-anak kami. Berikanlah kepada anak kami taufik dan hidayah supaya anak kami menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang bersabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami orang yang bersyukur , tawaduk dan taat kepadaMu apabila menerima kejayaan dan kekayaan.

Akhiri doa dengan selawat ke atas nabi.

Friday, May 10, 2013

REJAB

Assalamualaikum
  
Bismillahhirahmannirohim

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT."
kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan beri
minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan