Sunday, February 23, 2014

Kuih Lompang Pandan

Lama sungguh aku teringi nak makan..selalu nampak kat E-Mart..tapi selalu gak aku tak membelinya..heeeee !! Sebabnya aku suka try test buat sendiri..acuan dah berminggu aku beli so nak tak nak semalam lepas balik skoll zidane terus aku singgah beli "niyok" aka kepala parut


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.











6 comments:

  1. Assalamualaikum, nampak cam sedap jer, leh try nie...anyway... saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
  2. Wasalam rose......tq sudi singgah.....

    ReplyDelete
  3. salam..wah macam best ajer..nanti bolehlah buat

    ReplyDelete
  4. Bli niyok kt mane kak? Emart ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...tapi kedainya macam tersorok sikit bf tempat yg juai kuih kuih side Jalan tuu...next time l snap gambaq

      Delete