Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Famili Trip : Jejalan di - Strawberry Farm,Cameron Highland


Continue...
Nak selit sekali masa entry lepas cam penuh sangat dengan gambar. Memang cari nahas laa kalau tak singgah kebun strawberry. Dalam keta lepas lawat ladang teh pon dah kecoh dengan sikenit ini..ini kan pulak buat buat lupa..heeeee

Tak ingat pulak kebun strawberry tuuu nama apa area tepi jalan laaa juga. Budak budak bila tengok strawberry merah menyala live depan mata apa lgi syiok bukan main....



Entrance buah fees RM30 untuk 3 orang...1/2 kilo haaaa perpandai jaa aku "entrance buah", kiranya kita petik consider sold. Kami ambil 1kg RM60..gigih siShazleen petik...




Alhamdullilah cuaca elok,sejuk dan nyaman....Dah abis melawat kawasan kami lunch KFC jaaaa. 

Malam nya dinner di Pak Nik Ikan Bkar & Tomyam...femes tempat ini..sedap pon sedap lepas tuuu tak tunggu lama.

Esoknya kami pusing pusing area CH jaaaa before balik melalui Sg Pulai...tak kosa aku nak lalu tapah...ada tempat tempat tanah runtuh but syukur & ahamdullilah sepanjang 3hari 2malm kami di CH semuanya dalam keadaan baik cuma keta jee laa kotor sikit bila kena lalu jalan lumpur..

8hb.kena laa turun balik Penang antar anak bujang, syukur dipermudahkan juga sebabnya tahun ini hanya laki aku jaa ulang alik balik Miri-KL, aku & anak anak dah pindah ke Shah Alam balik. kalau tak susah laaa juga bila timing, date lari dari sepatutunya....cam ini haa penagguhan cuti persekolahan lagi seminggu...

Jom layan gambar kami anak beranak....




haa papa kalau part mengusik anak dara dia memang no1, padahal muka dah cuak bila anak dara kenit snap gambar guna camera dia...mana tak cuak mahai ooo dah laa lens baru rembat...haaaa
 Nak sefie guna camera laa pulak.....ini laa hasilnya teruih hilang muka papa...!!!
 
 Mengeteh dulu




 Bila ada cameraman haaa apa lagi, memasing ambik kesempatan aaaaa..... yang pompuan pompuan jaa suka posing, anak bujang semua buat hal memasing...












 

Friday, January 2, 2015

Famili Trip : Jejalan diCameron Highland

Memang plan pon nak ke Cameron Highland ini lepas tu terus nak hantar anak bujang balik asrama, alih alih pagi Isnin masa breakfast dapat watsapp kata cuti sekolah ditangguhkan lagi seminggu...looo terus kami balik hantar beg luggage anak bujang..(memberatkan keta jaaa). Walaupon cuaca hujan   alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi dan baik.

Bertolak pon lambat so sampai pon lebih kurang kul 3pm, terus checkin dulu di Bukit Ruil Clementine Suite.






Budak ni pantang suruh pose !!! Moga menjadi anak yang solehah akak..

Selesai check in & posing bagai terus kitaorang keluar makan..baru terasa kebulur.  Plan nak makan lite lite jee sebabnya anak dara dah aim dinner nak makan steamboat. So cari cari singgah laa makan kat kedai mamak jaaaa... lite laa sangat kan!!!

Lepas makan2, kitaorang pn cari la tempat melepak kat area Tanah Rata tue, boleh tahan la sejuk gak mungkin baru lepas hujan , memang best & nyaman aje fefelling kat obersea gitu. Nampak  Starbucks Coffee,Cameron Highlands terus melepak minum2 coffee kat situ. Terus tergoda bila nampak tumble starbuck (terus aku gila nak buat collection). 

                                                             
Day 2

Tidur yang nyenyak sebab sejuk, hmm...morning Cameron Highlands!!. kitaorang bangun awal pagi sebabnya  nak keluar ambil angin, anak dara kenit aku dah sebok nak pegi strawberry farm. Aku memang suka sejuk sebab feeling2 masa travel oversea aritu. So, semua aku kerah siap2  then breakfast kat area situ jugak. Kitaorg makan roti canai & nasi lemak, harga kat atas nie mahal skit la kalo compared kat bawah sbb jauh kot nak bwk tepung dengan ikan bilis naik atas dengan jalan bengkang bengkok kot...

Destinasi pertama kami ke Ladang Teh Boh. Jalan nak masuk ke sini dari main road agak sempit dan berliku-liku. Kena hati-hati sikit. Jadi kereta yang lalu lalang dikehendaki membunyikan 'hon' supaya kenderaan dari arah bertentangan alert.  Mengamuk juga laa siShazleen sebabnya kawan dok target papa bawa ke strawberry farm dulu alih alih tempat lain.....heeeeee, but  Not bad pemandangan kat atas tu sangat cantik

Berkabus 


 




Paling best, kami di bawa masuk ke dalam kilang teh untuk melihat sendiri cara-cara daun teh diproses sehingga menjadi serbuk teh yang tersedia untuk diminum!
 Kat sinilah teh boh di proses. Bau dia tak terkata, macam daun inai kene tumbuk da.
Pose dengan anak bujang


             
Gals pose gitu..


Nice view, tenang & relax sangat sambil mimum tea.



Lepas dah habis lepak kat Ladang Boh, kami singgah pulak kat Bharat Tea Plantation, satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland. Tapi aku rasa Bharat Tea ni dah terlampau sesak la, sebab ramai sangat orang datang singgah situ. Ye la sebab lokasinya memang betol-betol tepi jalan utama kan.




Tengok orang turun, aku yang sakit sakit belakng pon gigih nak turun gak. Padahal ada jee jalan selamat lain (jalan tar), tapi nak feel pose celah celah pokok teh. Kita boleh tengok pokok pokok teh dengan lebih dekat lagi tapi dilarang sama sekali untuk petik daun teh...ada cctv tau sapa petik siap laa kena denda..heeeee!!! haaaa aku kelentong jaaaaaa....sapa pulak nak paang cctv tengah tengah ladang tuuuu oooo