Bangun jee tido petang tadi sikenit niii merenggek lapaq nak makan donut big apple ..hohoho...memang lee Miri ni tak jem 10-20 min jee nak ketown...nak mendrive tuuu sangat lee malas..lepastuuu dia bukannya makan yang flavor2 tuuu ambik yang plain gak
so memunggah laaa kabinet dapor cari Yis & malangnya mmg out of stock haaaa terus aku watsapp papa dia soh singgah kedai...
and taraaa....sangat gebusss!!
Jom layan resepi pulak...dari weezana
Bahan Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam kuku
- 2 sudu besar mentega
- 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis (jenama mauripan)
- 1 biji telur
Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit. Tutup dengan kain basah.
8. Adunan akan naik selepas 45 minit.
9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. Kalau tak de acuan guna jee cawan and bulat tengah tuu guna jee penutup botol
10. Time to mengoreng and membaham..
SeLaMaT MeMcUba..
Assalamualaikum..Miri..gebu gebas nampak donat Miri ni...saya follow yer...jika ader kusudian intai2lah ke http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/
ReplyDeletetkasih....