Thursday, March 24, 2011

AYAM KALASAN BERSERI

Kak Rose maksih menjadi kan AKB sue niii tuk dinner malam tadi berhasil dengan de boommmmnyaaa...
suka sangat tengok hasil kaler ayam tuuu..perang jeeee....
Ni semua gara gara Mr.Hubby aku yang nak balik dr.outstation petang semalam
sian ooo semlm dia ngadu ari seblm tuu makan roti jee tuk dinner, 
sedangkan aku anak beranak terjah 
SAN FRANCISCO
so aku pon bersemangat lee cari resepi...alah alah special lee cikit....Laki nak balik tuuu heheheheh 

 
hasil resepi kak Ummi ngan kak nor 
Nak resepi terjah UMAH k a k  n o r




Tak de idea nak makan ngan apa, so aku buatkan terus nasi hayam serai niii..YUMMY




Glitter Words


p/s:
atas permintaan kekawan nak gak aku tempekkan resepikan

AYAM KALASAN BERSERI
 resipi : Ummi Kuantan@Jelita Mac 2011 
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/2 cawan air
4 ketul peha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit (k.nor guna 1/2 ekor ayam)
minyak masak secukupnya
Bahan dikisar kering:
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih
Bahan dikisar basah:
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikti air
Cara:
Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk. gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
Angkat ayam dan tos.
Tos juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
Goreng bahan kelapa parut tadi sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
Angkat dan toskan.
Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yg sudah digoreng tadi.
Nota: Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupannya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambahkan lemak goreng ayam.

Nasi Hayam Serai 
Bahan-bahannya:

- serai 2 batang (diketuk)

- *bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)
- *Kayu manis,bunga lawang  tak bubuh pon orait)

- *halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca

- 3 cawan beras

- marjerin

Cara-cara:

- Tumis bahan *

- Campurkan air rebusan
- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa(dr.air rebusan)
- Dah mendidih taruh lam beras & masak seperti biasa

- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.

- masakkan nasi



8 comments:

  1. Nampak sedap...nanti boleh test...

    ReplyDelete
  2. beb....tempek la resepi....ayam & nasi nyer sekali...yeee....thanks in advance....heheheee..

    ReplyDelete
  3. Beb da tempek.....haaa giwat hehehehe

    ReplyDelete
  4. Sue...nampak mengancam betul ayam goreng tu. Mesti sedap cz tgk colour dah tahu..mesti kruk..kruk..kruk makan ayam goreng yg so crispy. Nanti leh Nurul cuba...

    ReplyDelete
  5. waaa... ayam kalasan ni mmg paberet akak dr zaman bujang lagi.. kalo pegi restoren minang, mesti carik ayam ni...tp belum berkesempatan nk masak sendiri, sbb sini payah jumpa kelapa parut...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sue, emmmm berselera betul la tengok ayam tu..akak nk tumpang mkn kat sini je la.. :)

    ReplyDelete
  7. recipe ni lah yang akak cari2.. nak cobalah nanti..

    ReplyDelete