Showing posts with label My dapur; masak-masak;school Holiday. Show all posts
Showing posts with label My dapur; masak-masak;school Holiday. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Donut yang gebusss dan lembut



Mendonut laaa pulak...

Bangun jee tido petang tadi sikenit niii merenggek lapaq nak makan donut big apple ..hohoho...memang lee Miri ni tak jem 10-20 min jee nak ketown...nak mendrive tuuu sangat lee malas..lepastuuu dia bukannya makan yang flavor2 tuuu ambik yang plain gak

so memunggah laaa kabinet dapor cari Yis & malangnya mmg out of stock haaaa terus aku watsapp papa dia soh singgah kedai...

and taraaa....sangat gebusss!!
Jom layan resepi pulak...dari weezana



Bahan Bahan: 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara:

1. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.

3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 

4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 

5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.

7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit. Tutup dengan kain basah.

8. Adunan akan naik selepas 45 minit.

9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. Kalau tak de acuan guna jee cawan and bulat tengah tuu guna jee penutup botol

10. Time to mengoreng and membaham..

SeLaMaT MeMcUba..




Tuesday, May 29, 2012

Coklat Cake & lasagna

Opsss ohhhh NO no NO......tak cuti pon oven berasap gak...cuma kadanggggg kadang.....!!!
tapi kalau cuti skoll hadoi laaaaa banyak sungguh permintaan...kalah master chef artis yang dok tayang kat TV tuuu.....sampai la nii tak sempat lagi nak manja manja kan diri, nak tenung tenung artis masak..ada jee benda nak kena buat......

hari sabtu....coklat cake....!!!!resepi cam biasa cedok dari otai otai handalan...

Ahad pulak tak masak.....heheheh sebabnya aku gigih gi weeding ex boss....kawinkan 2nd dotter dia......mak aiii umah banglo dia besar yaaa amat...cantisss sangat...!!!!

Lepas tuu antar anak bujang gi tuisyen tapi sebelum tuu sempat pesan nak lasagna...hadusss laaaa..gigih lee pulak singgah Mydin cari barang.....lepas tuuu hadoi Mydin tengah reno bahagian sejuk dingin niii......tepaksa leee gigih terjah Giant pulak cari daging cincang...

lasagna
Taburkan cheese parmesan dan mozarella,...huhhhh mmg terbaekkkk


Hasil selepas dibakar........fresh fr.oven gitu...

Yummy...balik jee tuisyen terus terpa dapur....budak yang paling banyak request nak makan.....!!!! layan jee laaaa..dia pon da makin slim menyelim..(opss ada kee bahasa tuuu)

Resepi lasagna cilok dari ANA SUZANA
sebijik sebijik follow makcik niii.....mmg terbaek laaa....



Note:Mutu Gambar kureeenggg memuaskan..guna Hnpn jeeee

Cuti Sekolah jeeee OVEN Berasap......