Sunday, September 7, 2014

Apom Lenggang Manis dan PT3

Aku ini memang lama dah nak makan apom lenggang ini tapi tak pernah berhajat pon nak buat sendiri, kalau kat KL tuuu asal balik dari umah MIL sure singgah beli kat Bangsar yg ada TMC tuuu..aku tak ingat laaa apa nama rasanya Bangsar Garden kot...kot kot sila nama ampun yaaaaaaa...sebab selalu lepak makbuk restoran, lepak makan nasi kandar tepi jalan tuuu itu yang nama tempat kelupaan.

Bila duduk sini mana nak cari bangsar..mana nak cari apom lenggang mau tak mau kena tunggu balik KL laaaa jawabnya...kebetulan malam tadi sambil dok review tadika buat siShazleen,sambil dok skodeng blog blog yang ada review pasal tadika area Bukit Jelutong, Jenis islamic or tak ? 

Lepas tuu nak kena tengok persekitaran, budget, keselamatan, keselesaan, teknik pembelajaran....

Dah laa pagi semalam aku pening pening lalat dengan PT3 ini, kebetulan ada Majlis Permuafakatan dan review keputusan ujian 4 si Ain.

Last last buka FB tertengok kawan aku LIKE resepi apam lenggang....hmmm apa lagi terus aku cari resepi yang lagi mudah. Kalau ikut dalam FB, beras direndam semalam dan diblend...



APOM LENGGANG MANIS

BAHAN BAHAN

A
2 cawan tepung gandum / boleh juga menggunakan tepung beras
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
3/4 Nasi Sejuk
1 cawan kelapa parut kering

B
1 cawan santan 
1 biji telur
Sedikit garam

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas yang boleh memuatkan acuanan dan biarkan semalaman. (adunan akan naik)

2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, santan dimasuk sikit sikit (kecairan aduanan seperti nak buat kuih ketayap) gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.

3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.

4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.

5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.

# Kalau makan begitu saja, selepas lenggangkan aduana dalam kuali taburkan brown sugar or gula bagi rasa manis manis...sure anak anak suka.

Adunan

aku taburkan brown sugar



                                                








Memang aku tak paham lagi..tahun depan baru aku pulun bagi paham sungguh sungguh sebabnya zikri nak peksa lepas tuu ain pulak.......so tahun ini aku tengok dulu anak anak kawan aku yang jadi ujukaji ini....sian depa kelangkabut !!! 

# slide PT3 tu aku dapat dr My BFF si Khairul Aqliah...




No comments:

Post a Comment