Wednesday, September 3, 2014

Burger Mini Malaysia bersambal ranggup dan Lembut

Sebelum apa apa aku nak bagi tau yang aku bukanya pandai masak,resepi sendiri tuuu tak da laaa cuma setiap kali aku masak aku dating dengan pak google jeee or skodeng blog otai otai masakan yang tersohor, tak pon aku skodeng dalam blog kongsi resepi.

Blog aku ini pun bukan blog masakan,cuma tiap kali lepas aku masak dan cuba resepi dan BERJAYA (perhhh senggeh sampai ke telinga) maksudnya aku berjaya menjadi pelajar cemerlang perrrhh ayat..!! bahasa mudah aku ikut dah paham resepi sebelum buat...

Tapi ins sha allah kalau part KEK memang aku kena banyak belajar lagi...selalunya terkeluar piawan !!!

Petang tadi lepas angkut kiddos balik rumah, nak masak aku dah siapkan nasi daging & ayaq asam menu simple...so petang ini memeng aku lepak sambil layan TV ...tapi itu laaa ASTRO ini pun satu asyik mengulang tayang jaa naik cemuih aku..kalau iya pon nak ulang ...ulang laaa bulan depan kaaa,minggu depan kaaa ini tak..kalau pagi dah tayang...pecaya laaaaa kejap lagi petang ada lagi....berasap jaaa aku...nak tido petang aku tak berapa amalkan sangat...

Nak layan NOVEL mood macam kelaut....so aku layan leee IPAD godek cari resepi....sejak aku tak keja ini aku suka sangat penuhkan perot laki aku & anak anak dengan makanan....lagipon laki aku dari sebelum kawin sampai kawin dah dimanjakan petang petang kalau bole kena ada tea time.... 

Teringatkan sambil ikan bilis yang berbalance dari nasi lemak terus aku cari tepung uli nak buah doh. Jom tengok resepi.


Untuk Doh :

1 sudu besar yis segera (yang serbuk tu…)
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula (1 sudu besar gula campur dalam yis + air suam, 1 sudu lagi dalam tepung sebelum menguli)
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam


Yis,1 sudu gula dan air suam tu dicampur…Biar dalam 15-30 minit untuk sebati…Bila dah 15-30 minit, kacau-kacau ramuan tu bagi yis betul2 hancur dalam air


Masukkan gula, garam dan susu pekat. Gaulkan sekejap bagi rata campuran tu


Then, masukkan tepung. Lubangkan tengah-tengah mangkuk dan masukkan butter.

Tuang campuran yis dalam mangkuk uli

Kaup balikkan, ramas dan uli campuran tersebut sampailah jadi doh. Uli dengan sabar sambil menumbuk2 doh.

Purata masa menguli adalah dalam 5minit so jgn putus asa dengan uli kejap then give up

**sekiranya rasa doh terlalu basah, masukkan 1-2 sudu lagi tepung, uli lagi sampai doh x lekat di tangan…

Doh yang elok adalah bila tepung doh dah x melekat di tangan namun tekturnya lembab bukan kering…So jika sekiranya doh sudah x lekat ditangan, tapi teksturnya kering, sila uli lagi sampai teksturnya agak lembab dan melekit…

Dah siap tutup ngn pinggan atau kain atau apa ajer.... gunakan apa yg ada di dapur…jimat dan mudah tudung periuk pon boleh:)
Dalam masa 1 jam, cuba tengok doh….wahhh sudah gimuk!! so, tumbuk2 doh untuk kuarkan angin…uli sikit bagi sebati dan bulat bulatkan.
Taburkan sedikit tepung atas pinggan supaya tak melekat...buat bulat bulat kecik jee sebab nanti masa mengoreng dia kembang sikit lagi.

kalau nak doh tak merekah bila digoreng, kurangkan garam...kalau guna salted butter tak payah taruh garam dalam adunan tepung tadi.
Belah 3/4 jangan sampai putus, letakkan hirisan timun


Sambal bilis letak atas hirisan timun tadi, kalau suka buleh juga diletakkan salad. Lagi menarik tapi sebab anak anak aku bukan pengemar sayur so tak de laa jawabnya.

Sambal bilis tuu aku kasi kering sikit tapi still ada kuah dia...bila makan baru terasa juice. kalau sambal kering tak best pulak.








Sebab aku adunan yang aku buat boleh dapat dalam 20 ketul so aku bahagikan 2, Separuh burger malaysia ,separuh lagi aku buat sweet bun

6 comments:

  1. Memang sedap bila dengan sambal ikan bilis tu..perghhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah bila ikut resepi menjadi..haaaa sue bukanya pandai sgt..setakat makan anak beranak ok leeee....

      Delete
  2. alhamdulillah menjadi dan sedap sekali..wlpn dah sejuk still lembut..tq ya

    ReplyDelete
  3. nak tanye.. kalau dah sejuk still rangup lagi x

    ReplyDelete