Wednesday, August 17, 2016

Serimuka so sedap & Senang

Angaran mengacau bahan 30min..kan senang tu (dengan syarat semua barang adunan ada laaa tau) jangan pulak baru nak kukuq kelapa, baru nak blend daun pandan heee angaran masa tuu ssebabnya aku guna santan kotak, kaler hijau pulak aku guna peewarna hijau yang wangi tuu so memang senang sangat laa kannn, lama dah teringin sangat nak makan serimuka niii..aku selalu rajin nak try & error so banyak laa juga resepi yang dah pernah try dlam FB semua laaa...tapi resepi i paing senang and menjadi rupa parasnya..tak lembek / lembut bahagian atas dia...just nice bila potong.

Tak pecaya nanti tengok gambar bawah bila dah sejuk aku potong...cantik kejadiannya.


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) # tak rendam pon sebabnya aku guna pulut susu & masak menggunakkan periuk Noxxa - hp 4 minit,steam 1 minit..leps tuu biar jaa kat dalam tuuu lagi 5 minit.
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) # santan kotak jaaa
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah
1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka
2 cawan santan pekat # santan kotak 200ml - 2 kotak
150 mL air + 4 helai daun pandan # pewarna segera yg ada bau pandan jaaaa 
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas
1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
# adunan ni bila dah disatukan, aku masak sekejap bagi wap wap sikit baru tapis 



cantik jaa kejadiannya

No comments:

Post a Comment