Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, August 2, 2016

Soto Ayam Sedap sangat - ending of Syawal

Hari ni sebab mood malas aku dah plan nak buat kari ikan kembung dengan sayur bayarm air, sempoi & senang..lepas tu goreng pulak ikan masin, smbal belacan cicah kacang botol perhhh mau berpinggan.

Alih alih masa hantar siIman pegi kafa dia memandai request nak lontong...aku siap jeling lagi, siap dengan drama lagi lama tak makan laaa apa laaa. Dia ingat senang kot dah laa bahan bahan semua tak ada gigih nak cari sayoq lagi hadoi haii memang laa mydin tu sejengkai dengan sekoah kafa dia tapi aku l mals nak turun...

Bila blik rumah selongkaq fridge ada laa bahan untuk soto..haaa so mari laa mari kita makan soto haaaa haaaa..kesimpulannya Lontog kemana Soto saja ada.

Mengintip laa pulak blog blog yang ada resepi soto last last jumpa Chooyaya Secret Grden best juga 2 pinggan juga laa aku bedal !!! terbukti sedap sedap seh. last aku buat soto 2015..tudia setahun sekali jaa aku buat heeee buat, buat pulak  alah time ramadhan, syawal..bulan lain tak mengidam pulak heee..


Blender
  • 1 bijik bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang kecik
  • Halia 2 inchi
  • Serai 3 batang
  • Buah Keras 4 bijik
  • Perencah sup Adabi (size kecik)
  • 1 bunjut sup ayam
  • Air


Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • ½ inchi halia – dimayang halus
  • 2 batang Kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 6 biji buah pelage
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • Minyak untuk menggoreng
Seisi menumis sampai keluar bau ok, sesambil tuu kacau jangan bagi hangit. Api kecil/pelan jaa bak kaa tuan resepi kena sabaq banyak banyak sampai naik bau baru rempah sebati & sedap..ni petua ok. Jangan sampai hangit sudah..
Rebusan ayam
sambil sambil tu keluarkan periuk noxxa haa apalagi masak laa nasi impit, karang lambat sejuk nasi impit mau meraung tepi periuk bila kuah dah harum sermerbak. Aku laa tuu sebab nasi impit panas lagi padahal perot dah berkeroncong apa lagi aku simpan nasi impit dalam fridge bahagian beku haaa  nak bagi cepat sejuk....bijak bijak bijak..

Ok hasil tumisan bila dah naik bau masukkan dalam rebusan ayam tadi sambil kacau, taruh 2 ketui kiub ayam dan garam. Sendiri rasa mana terkurang tambah ok
Cmpurkan 1/2 susu cair. Tujuan nak bagi kuah sup lemak manis. Ikut suka nak bubuh pon bole tak mau pon tak paaa...kuah soto tetap menjadi cumanya ada ummph kalau letak susu.

Kalau yang tak mau susu boleh juga ambil resepi sini soto-ayam-sedap, aku buat masa tahun lepas memaang terangkat..cuma this time nak mencuba resepi baru pulak,
Aku tambah rempah soto maksiti ni ..sebabnya masa rasa macam ada yang kurang..& aku tau sebabnya rempah sup aku ngam ngam aaa separuh ja tadi balance buat sup hari tu..Punggahh laci jumpa rempah mak siti..alhamdullilah 
Resepi begedil bole tengok sini, aku dah pernah letakkan masa masak soto-ayam-sedap
                   

Daging dendeng ada balance sikt ari tuu aku frozen kan. Sebabnya shusben ku suka makan nasi impit dengan kuah kacang + daging yang kering kering ni..tak kisah laaa rendang kaa tapi kena keringkan sikit...yang berkuah tuu dia kurengg sikit.

No comments:

Post a Comment