Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Wednesday, December 28, 2016

Jogging @ Bukit Kiara

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI. Ada 2 port satu tu dibahagian bawah sikit haa situ ada tempat menan bagi kanak, ada juga kolan bole bagi ikan makan, best juga laaa tapi sebab kami nak jogging so keatas kita yaaa..aku 1st time juga ok (memanjang 1st kan) baru nak berjinak jinak dengan motto "biarla sihat" pelan pelan aktif tak laa terkejut sangat badan ni nak terima perubahan, dulu kat Miri memang aku rajin join gym ni but now balik sini dah jadi pemalas. Kalau jogging petang petang kat area rumah pon confirm lepas tuu ku lepak mamaks plak letih kena pulak ada laki yang baik hati siap ku tepon soh mai ambik lagi nak balik tak larat dah haaa...

lagi pon view perumahan tak syiok kan tu yang lemau jaa nak jogging petang petang.

So minggu lepas aktiviti seterusnya terjah bukit kiara.(memasing sebok dengan holiday maklumlah cuti panjang xmas kan) aku layan sihatkan badan.

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI.

Memang ramai datang sini terutamanya hujung minggu. Hopefully tempat ni akan dipelihara sampai bila-bila. 2 hari berturut turun aku turun sini sabtu & ahad memang best..memula tuu penat juga but 2nd tu dah ok siap laju jeeee turun naik bukit.

Taman ini mempunyai beberapa laluan - laluan basikal, laluan hikers dan laluan jalan tar bagi pejalan kaki dan pelari. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. laluan hutan pon bole guna tapi itu laaa sebab kami tak berani sangat sebabnya tak banyak tunjuk arah, mak takut sesat nanti naya jaaa !! 

So kami guna jaa jalan bertar , tempat pon cantik. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Sekali tengok track dia mencabar juga nak mendaki dengan 45degree..longgaq gak laa kepala lutut ni.Trail menaik 45 degree, menurun sedikit dan seterusnya menaik sehinggalah sampai di bulatan yang besar, lepas tu ada 3 cabang terus, kiri & kanan...untuk 2 hari ni kami terus jee and keluar dilaluan kiri nanti(jumpa balik bulatan besar)...Peerhhhhh mencabar tapi best badan rasa ringan jaaa.

Abis jaa joging memasing kebuluq...aku pulak memang tak makan malam so bfast menang kena heavy!!
nasi dagang at binjai - sedap 

No comments:

Post a Comment