Showing posts with label Makanan-Nasi. Show all posts
Showing posts with label Makanan-Nasi. Show all posts

Tuesday, January 28, 2020

Aktiviti Cuti CNY

Image result for chinese new year 2020
Happy Chinese New Year! Wish all my friends and family to have the greatest and most prosperous years of their lives. Always welcome the new morning with a new spirit, a smile on your face, love in your heart and good thoughts in your mind.

Holiday dari Sabtu till Monday yehhhhh so Jumaat lepas keja aku dah plan nak swimming kat rumah my sister so apa lagi gigih lepas kerja terus berdezup pegi and sleep over lepas tu breakfast baru balik BJ pulak. So sabtu tak banyak aktiviti sangat lepak layan movie jaa.

Ahad and Isnin apa lagi morning walk laaaa tak boleh kalau duduk melepak jaa mau berkilo aku ternak lemak nanti heee pagi petang kot berjogging sakan. Pagi area Bukit Kiara, petang BJ sudah laaa tu pon dah cecah 11k steps.

Tapi yang best nya lepas jogging hmmm kalau bawa sikenit Iman as peneman ni sure kena upah breakfast adoiii so kali  ni google kedai area Kot Damansara sekali jumpa laa kedai Kedai Nasi Pak Man...google jee tau kalau sesapa yang nak kesitu.

See lawa jee stickers ni tempek kat tupperwave letak sudu garfu

happy face, happy tummy, happy mommie

Nasi Dagang Ikan Tongkok RM8.90
and kari ikan ni memeng sedap sangat !! Ini menu hari Ahad Ok 
Sebab 1st time pegi and memang sedap so apa lagi sikenit ajak for the 2nd time pulak sebabnya masa memula pegi ahad tu dia order nasi lemak (lupa nak snap), so bila dia tenung neighbour sebelah makan nasi dagang so apa lagi here we are for 2nd time...

Nasi kerabu Ayam Percik

Nasi kerabu Ikan Tongkol
Nasi kerabu Kosong RM5.90 tak termasuk ikan or Ayam yee harga lain lain 


Roti Goyang RM5.90


Petang aku ajak pulak jogging dari rumah ke area masjid heeeee, lepas tu upah lagi satay tuk dia haiyaaaaaa ....
Muka masam bila aku cakap, tak bawa duit heee

 Balik je sarapan, anak bujang ni ajak pulak carikan kasut sportnya, hiss kecil besar kecil besar jaa aku tengok depa ni....tak leh nak senang sikit! tapi tu laa aku pulak sejenis tak reti penat terus jee ON so ke Mitsui pulak.
1st tau aku jejak kaki ke mitsui heeee, gambar jangan tanya sebabnya memang plan nak snap banyak banyak tp itu laa bila sampai lain jadi nya mata pulak tak berhenti melilau.


Dapat laaa paw aku kasut Nike sepasang, nak juga sama brand ngan kasut aku...











Wednesday, December 28, 2016

Jogging @ Bukit Kiara

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI. Ada 2 port satu tu dibahagian bawah sikit haa situ ada tempat menan bagi kanak, ada juga kolan bole bagi ikan makan, best juga laaa tapi sebab kami nak jogging so keatas kita yaaa..aku 1st time juga ok (memanjang 1st kan) baru nak berjinak jinak dengan motto "biarla sihat" pelan pelan aktif tak laa terkejut sangat badan ni nak terima perubahan, dulu kat Miri memang aku rajin join gym ni but now balik sini dah jadi pemalas. Kalau jogging petang petang kat area rumah pon confirm lepas tuu ku lepak mamaks plak letih kena pulak ada laki yang baik hati siap ku tepon soh mai ambik lagi nak balik tak larat dah haaa...

lagi pon view perumahan tak syiok kan tu yang lemau jaa nak jogging petang petang.

So minggu lepas aktiviti seterusnya terjah bukit kiara.(memasing sebok dengan holiday maklumlah cuti panjang xmas kan) aku layan sihatkan badan.

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI.

Memang ramai datang sini terutamanya hujung minggu. Hopefully tempat ni akan dipelihara sampai bila-bila. 2 hari berturut turun aku turun sini sabtu & ahad memang best..memula tuu penat juga but 2nd tu dah ok siap laju jeeee turun naik bukit.

Taman ini mempunyai beberapa laluan - laluan basikal, laluan hikers dan laluan jalan tar bagi pejalan kaki dan pelari. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. laluan hutan pon bole guna tapi itu laaa sebab kami tak berani sangat sebabnya tak banyak tunjuk arah, mak takut sesat nanti naya jaaa !! 

So kami guna jaa jalan bertar , tempat pon cantik. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Sekali tengok track dia mencabar juga nak mendaki dengan 45degree..longgaq gak laa kepala lutut ni.Trail menaik 45 degree, menurun sedikit dan seterusnya menaik sehinggalah sampai di bulatan yang besar, lepas tu ada 3 cabang terus, kiri & kanan...untuk 2 hari ni kami terus jee and keluar dilaluan kiri nanti(jumpa balik bulatan besar)...Peerhhhhh mencabar tapi best badan rasa ringan jaaa.

Abis jaa joging memasing kebuluq...aku pulak memang tak makan malam so bfast menang kena heavy!!
nasi dagang at binjai - sedap 

Monday, May 4, 2015

NASI DAGING UTARA

Menandangkan cuti panjang apalagi semalam aku pon try resepi nasi daging dari FB Rahsia Kita ini...haaaa ini pon sebenarnya laki aku yang tagkan dalam resepi nampak sangat cara halus dia nak soh aku buat kan heeeeee.....

Ok laaa dari Khamis malam sampai lee ke Sabtu aku OFF masak, mana tak dengan kendurinya lagi dengan layan Movie Avengers lagi dengan early celebrate Mother's day lagi ....time ni laa kan dah anak bujang sizIkri balik , memang makan besaq laaaa.....

Tekak anak kampung laa kan bila ayah dia soh tanya nak western kaa or ikan besaq lagu jee semua jawab ikan besar..haaa ikan besar tuu sinonim ngan budak budak ni..makan kat Muara,Klang nuuu,.....haaaa iya laa sangat tekak kampung cuba kalau cuti lama mau macam macam sizIkri request....tapi alhamdullilah masih diberi rezeki untuk sama sama sambut mother day...huwahhhhhh

sebelum aku melalut lebih lebih meh tengok resepi........kali ini aku dah buleh buat perbezaan gitu....



NASI DAGING UTARA


Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam

CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan. 
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging


sebelum ni dah try resepi lain, bole tengok disini:


Apa kes nasi daging ada ayam masak merah...haaaaaa tu dia ini semua tekak anak anak, favorite semua anak anak aku....kalau buleh tuu tiap minggu HARUS buat ayam masak merah....lagi pon anak anak aku ini memang nak lauk berkuah.....soh makan dengan ayaq asam tak jalan nya...aku jee sanggup lagi banyak cilipadi lagii umpppppphh....

tapi kali ini laki aku kata tawar laa pulak..terkurang garam laaa gitu haaaaa aku cover utk kesihatan tak elok makan garam banyak...haaaaaa

Bagi aku ayaq asam yang aku buat memula refer link sebelum ini lagi terangkat.....sebab ada taruh kerisik....yang ini teruh susu pekat itu yang nampak putih jaaaa,....lepas tuuu resepi ini tak taruh air asam BUT aku tetap taruh sikit air asam...(menderhaka sikit kat resepi ini,maaf yee tuan resepi)

Thursday, December 18, 2014

Periuk Noxxa, Periuk Ajaib

Aku sebenarnya nak sambung part PARIS, tapi mood tak sampai sampai tu yang melalut part periuk ajaib ini....berkurun dah aku beli dari kawan sekolah siLiza masa raya puasa hari tu kalau tak silap...

Lepas dapat terus simpan sebab dok kalut balik Miri langsung terlupa...ni semalam baru test try itu puun jenuh dok wasap otai otai dari group sekolah yang dah awal awal test try....haaaa sengal sungguh !!!

aku bukan aku takut oooo lepas dah kena sup panas dulu..sampai laa ada parut...nangis mak..!!! 

Semalam try laa masak nasi hayam....depa kata dalam 7 ke 8 minit...masak sup dalam 5 minit...sup tulang dalam 15min..perhhh gila cepat...!!! Sihat kaaaa...lektrik banyak guna kaaa mampuih aku kalau bil melambong gara gara guna periuk ajaib niii haruih lepas ini nak pakai "Philips Airfryer" tak lepas ini...


Elok dalam kotak lagi baru nak bawa turun dari rak....

Cantik aaa berkilat oooo



Jenuh laa aku dok tanya kekawan especially si Leeya yang dah try masak sup tulang...asyik dok snap picture tanya ..awat lampu blinking, apasal nak keluarkan pressure tuu cam longaq haaa...nasuib dalam dok sebok dia layan gak aku ..kalau confirm sabtu ni aku terjah umah dia soh dia masak tunjuk ......
Memula tak bergerak angka 8 tuuuu..aku dah suspens...wasap lagi siLeeya dia soh aku tekan button green tuuu ..terus lampu blinking mak ai....nasi hayam nak jadi nasi sup kaa pulak......

Last last aku try balik set and tekan button merah....baru la nampak angka bergerak...suspen mak oiii
Best bila siap masak siap  ada bunyi lagi "ting" haa tanda time dah over...sila laaa buka penutup ....!! opppss haaaa jangan buat pasal naaa sakgi jadi kes cam aku dulu....dok agak dah release semua pressure alih alih bila buka melimpah kuah sup.....

Kali ini aku release betui betui...memula terkejut gak bila tolak button release tuuu kuat ooo bunyi dia....!!nasib tak melatah...!! Lepas tuu aku biar lagi dalam 20min sebab aku dok siapkan ayam pulak nak masukkan dalam Oven.....

Las last......................


Alhamdullilah menjadi gak nasi hayam aku...sangat sangat best sebab cepat & lazat (aku tambah yaaa sapa lagi nak puji kalau bukan aku)...

#buat YUS try jaa masak....payah payah wasap jaa Leeya/Beb## sangat sangat membantu haaaaaaa

waiting list:



Wednesday, September 3, 2014

Nasi Daging dan Air Asam terbaek dari Parit Buntar

Semalam sedang elok aku layan masterchef 709 kul 9am tertiba masuk wasap....terus laa aku skodeng blog tuan tanah http://chumah.blogspot.com/2014/04/nasi-daging-sedap.html, menarik juga terus aku teringat my friend yang 2,3kali janji nak masakkan aku nasi daging...tapi itulahh banyak masa tak mengizinkan, aku pulak asal balik KL jaaa banyak tawaf tempat lain so macam mana laaa nak terjah umah kawan aku tuuu..

Kiranya nasi daging ini pestime laa aku jamah hasil ayaq tangan aku sendiri so nak compare memang tak bole laaaa bagi aku ..terbaek heeeee cuma laki aku kata banyak rempah kurma...ok comment dari juri kena ambik kira..!! 

Aku suka laki aku ini kalau sedap dia diam, terkurang terlebih dia bagi tau so next time aku bole adjust mana patut !!! Itu kalau makanan dia request laa kalau yang biasa biasa ini terlajak asam keee dia diam jaaaa makan sampai abis...heeeee

Memang tadi aku perasan pon terlajak rempah kurma sebabnya salah ambil bungkusan...itu laaa kalau memasak sambil mata nak layan TV.



sumber :Kongsi Resepi
sumber :Chumah
Bahan asas:

1 kg beras basmathi
1/2 kg daging
1 bungkus rempah sup Adabi
2 camca rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 - 3 biji buah pelaga
Sedikit minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
Sedikit garam

- Daging di potong dan rebus bersama rempah sup, rempah kurma dan sedikit garam
- Setelah empuk - ketepikan
- Basuh beras dan toskan
- Tumiskan halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk hingga naik bau
- Masukkan beras dan kacau sekejap
- Masukkan daging dan air rebusan tadi
- Bila beras sudah agak kering, masukkan tomato soup dan susu cair
- Kacau sebati dan biarkan nasi masak

( sukatan air: 1 mangkuk beras bersamaan 1 mangkuk air)
( sukatan resepi aku kurangkan sebabnya kami makananak beranak jeee so aku adjust mana patut)

*** Untuk sukatan sikit, Yang tak yakin tanya yeee .. akumasak guna dapur gas..memang aroma dia terasa sangat....

'NASI DAGING' ni sedap kalo di makan bersama air asam


Resepi air asam ini pulak aku minta dari kawan aku tukang masakyang duduk di Parit Buntar,memang terbaek.

Air Asam Parit Buntar antarayang terbaik sekali, setiap kali kenduri harus ada air asam sama ada cicah dengan daging kurma atau pon ayam masak merah.

Bahan Asas:

Kerisik  1 sudu besar
KicapCair 1 sudu besar
Sos Tomato 4 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Belacan 
Air asam 
Bawang Besar 2 biji
Cili Padi - ikut kepedasan memasing
Cili Merah - ikut kepedasan memasing
Tomato sedang masak 1 biji
Gula

Caranya :

Bawang besar,cili padi,cilimerah,tomato - dipotong/dihiris 
Dalam bekas lain masukkan kerisik,kicap cair, sos tomato dan sos cili - kacau hingga sebati *

Belacan hancurkan dengan air panas 1 sudu - satu kan dalam bekas *
Kemudian satukan didalam bekas bawang,cili dan tomato tadi dan masukkan air asam (air asam bergantung banyak mana bahan bahan asas)

Tarra dah siap.....!!

Alhamdullilah bertambah laki aku makan kena pulak dengan air asam...lagi laaaaaa...aku yang diet pon tak sanggup nak tahan nafsu....punah diet aku...!!!

Sunday, July 28, 2013

Miri: Nasi Lemak Halba

19 Ramadhan cepatnya masa berlalu....pejam celik pejam celik dah nak rayakan...so berbuka hari ni request dari anak dara siAin nak makan nasi lemak....hhmmm rasanya sepanjang bulan posani dah 2 kali kot aku buat nasi lemak...pestime buat nasi lemak halba terus anak anak aku tergoda...memang marbelesssss...sedap bangat...

Resipi ni aku cilok dari Sis azlitamasammanis 


Nasi Lemak....

MyKitchen's Recipe


NASI LEMAK HALBA KUKUS



1kg beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
5 cwn santan
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa

Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan. Biarkan nasi separuh masak atau sehingga santan kering.
Pindahkan nasi kedlm kukusan. Alas kukusan yg berlubang dgn daun pisang supaya nasi tidak jatuh.
kukus sehingga naik wap selama 30 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnyer.
Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dgn sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, ayam goreng dan timun sebagai ulaman.
Selamat mencuba.

* aku derhaka sikit kat resepi niii...sebabnya aku tak kukus..aku masak cam biasa jee guna rice cooker...

Thursday, November 8, 2012

Warong Nasi Lemak Panas - Warisan Sambal Opah (Sejak tahun 1960), USJ 9 subang jaya

aku nii sebenarnya bukan pemgemar nasi lemak...aku pon tak sure sejak bila...!!hmmm(sambil termenung jap)
tapi gara gara takzupp sangat dok tengok masterchef...kiranya time tuu memang aku pree gila..kalau tak jangan harap laa nak layan TV niii. kalau layan gak time CSI..time lain memang aku kat bawah leee jawabnya mengemas segala bagai....!!!hari hari ada jee kotak aku gam..(kotak..???)..part nii nanti laa aku story lom sampai masanya nanti..."
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan*
tercilok lagu teman penganti laaa polak...!!! part tuu jee yang kena...lain tuu cam lari banyak..hahahaha
Aku pulak bukan first time singgah kedai niii tapi da bertime time ponsejak dari taun lepas...tapi cam aku kata aku bukan pengemar nasi lemak yang tegar so sekali pandang pon xlayan punya..kekadang kalau en asben bawa, dia jee makan nagan budak budak aku sekadar minun ayaq kosong jaaa...
citttt nampak sangat nak bagi tau diet...!!! 

tapi tuuu sebabnya aku tak mau tengok masterchef tak pasal pasal termakan nasi lema...
berapa kilo laa kolesterol aku sedut semalam.....?????

Nasi Lomak sambal opah.
comel lote gitu..dia bungkus depan mata kita lagi...panas panas & suam suam kuku
.rasanya seketul RM1.50 kot..ke RM1 lupa..
tapi sikit je..rata2 balun sorang 2 bungkus



sangat menyelerakan...lauk pulak toksah ceta laa macam macam ada...
semuanya best sampaikan rambang mata....mata aku laa mata org lain tak sure laa plak...
ada yang ambik pinggan lain taruh lauk pauk...tapi aku lagi suka buka jeee nasi lemak tuu terus taruh lauk lam tuuu
macam macam aku hangkut...ayam masak merah laaa, Sedap 5*, paru goreng cili pon sodap 5*
daging rendang hitam pon 5*..aku agak leee rendang hitam..sebab nampak hitam haaaaa...silap ampun yeee...
letak plak telur goren...nii aku tak tau nak kasi berapa *..pepandai laa korang pikiaq..heheeheh

pendek kata memang best lauk pauk dia...kalau tak silap rasanya kedai nii buka sekitar kul 5pm cam tuuu 
Kat sini petang selalu penuh,  ramai kot yang pergi lepas kerja dalam jam 6.30 pun dah penuh.

Malam malam sure penuh punya sampaikan berderet meja makan tepi tepi jalan...



Budak yang tahan pedas

 Masam jeee..time pon dok sakit kaki lagi..siap soh papa dia dukung lagi takmau jalan...kalau jalan pon terkedek kedek....haloloooo sakit yee sayang...



 Deretan lauk pauk..aku snap dari meja aku ...tengak makan tak elok berjalan 
haaaaaaa

 ssangat sangat menyelerakan...
memulatuu ayam masak merah yang aku cilok makan, sebelah tuu daging..lepas tuu periuk sambal sotong..

 Lincin....tinggal tulang jaaa..cian ayam...!!!

Paling terkezuttttt budak niii sekali diabantai nya 3 bungkus...ternganga aku selalunya yang kuat makan siZikri & Si Shazleen...alih alih...budak niii....
memula 1 jee da abis dia siap beratur lagi ambik 2 bungkus...
Sedap yeeee



P/s : 
kat sini harga agak mahal sikit, Jadi bawak duit poket extra sikit ye.Tapi kalau ada banker bergerak ...ok jeeee....simpan purse lam handbag ketat ketat..!!
Sebab bila kita ambik lauk tu kadang sukar kawal diri. hahaha.......cam aku leeeee
Untuk nasi lemak 4 bungkus dan lauk dalam 2-3 jenis dan mee goreng+ ayam goreng panas 2 pinggan tuk zikri & zidane boleh cecah RM27 tak termasuk minuman
Tapi memang sedap weiiiii....

Terletak di: No : 2, Jalan USJ 9/5P.  (Behind Masjid Al-Falah USJ 9). 
Siap ada Facebook lagi Nasi Lemak Warisan Sambal Opah