Showing posts with label Aku;makanan;desert-kek. Show all posts
Showing posts with label Aku;makanan;desert-kek. Show all posts

Sunday, December 31, 2017

Mr & Mrs Cafe, Ara Damansara

Lunch penutup 2017

Happy New Year 2018 peeps! May you have a great and wonderful year ahead. Stay bless, stay healthy, stay calm, stay gorgeous, handaome and stay joyful as you always be. Don't forget to do more good deeds as it will return to you in ten folds or more of wonderful things unexpectedly coming your way...cheerio! Peace!🌹⭐🌈


Saturday, January 21, 2017

Hang Out Dengan Besties di Coffee Bean & Tea Leaf, Sunway Pyramid

Throwback cerita Isnin tadi, Makan dan makan lagi aritu dia teringin aiskrim opss bukan teringin tapi alasan sakit tekak, but minggu ni lepas balik dari sekolah dia claim pulak lapaq cake..memula nak minum ice blended kat Starbucks Coffee, hamboi laa anak!!! ibu ni sampai nak terkeluar anak mata punya dok jeling kat dia..
Sakan dia menyenggeh..!!Geram pon ada tp tu laa aku mengikut gak nampak sangat aku pon tergoda...last last dengan baju sekolah (budak ni memang sempoi bila aku perli selambar jee jawab sapa nak tangkap akak bukan ponteng sekolah pon lagipon jalan ngan ibu kot)..Menjawab menjawab!!
Dari Bukit Jelutong gigih tuu ke Sunway sebabnya nak tempat sejuk
Aku order carrot cake, ain Tiramisu cake & Ice Choc.Mousse. and the cake was Really nice! Not too sweet...itu yang bole layan jeee request budak ni..dia pulak memang ariff sangat ibu ni dia lagu mana....heeeee

Sunday, November 9, 2014

Red Valvet bogel & Sirap Fruit Cocktail dimakan dingin


Sesedap tekak aku jaa bagi nama RV Bogel....

Mana tak kalau orang lain buat tuuu cantik jee siap berdeko bagai,kek aku dah dah lee tak da cream cheese tak senonoh langsung...haaaa sebabnya anak anak aku kureng cream cheese ni...muak diaorg kata..!!

2,3kali buat aku siap deko bagai alih alih aku sorang gak perabihkan last last haaa. hambek hari ini aku malas nak taruh cream ..Rasanya tak lari pon sebab resepi tetap sama dari aku dok pandang anak anak aku dok asing kan cream tuuu baik laaa layan jeee RV bogel ini dengan Fruit coctail yang sejuk ....





Sambil main sambil ngap....panas panas pon dia soh aku potong...

Sirap Fruit Coctail yang best ...rasanya dalam minggu ini dah 3kali aku buat sejak ain puasa ganti ari tuuu...

Senang jaaaa campur semua sirap,longan, nata de coco ,susu cair, laici,ais batu - kacau, siap bole diminum
(buah ikut tekak memasing nak taruh apa)

Sunday, September 1, 2013

Kek Oren - mudah dan senang

Gara gara terpengaruh dengan masterchef ausie yang tayangkan siJulia tengah baking kek oren, aku apa lagi gigih tanya pak google resepi yang mudah, senang, sedap...
Resepi ini jumpa bila tanya pak google...banyak laa keluar tapi aku tertarik ngan resepi by CIKTIEMAH. (Sis tumpang paste kat sini yaaa)
              

Resepi kek Oren lembab yang mudah lagi sedap
By: ciktiemah.blogspot.com/.../resepi-kek-oren-lembab-ya
Bahan-bahan :
1 cawan tepung naik sendiri
2.130 gram mentega
3.1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
4.2 biji telur  gred A asingkan putih dan kuning
5.sedikit esen oren (xguna pon tp lbhkan parutan kulit oren)
6.1 biji oren, parut kulit
7.sedikit jus oren(aku guna buah oren jee)
Cara-caranya :
Panaskan oven pada suhu 175C,
Putar mentega dan gula hingga putih,
Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sehingga gebu.
Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren,
[Dalam bowl lain]
Putar putih telur hingga berbuih,
masukkan 1 camca besar gula halus hingga kental.
Gaul putih telur tersebut dalam adunan sebelumnya tadi. hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.




Mudah dan senang
Aku kan pengemar rezeki resepi yang mudah mudah niii yang tak terlampau cerewet but 
Hasilnya T. E . R. B. A. E. K gitu


Abaikan yg over heat tuuu
Actaually sedap tau garing....lazat gitu...
Kek nii menang sedap,lembut sekali 
So dengan rasminya aku nak kena buat lagi sebabnya zIdane request nak bawa masa khatam al-quran kat sekolah Jumaat ni.....