Tuesday, January 28, 2014

Miri - Brunai Bandar Seri Begawan

Bila kakak aku datang melawat...
2minggu dah family kakak aku visit...baru leee menyempat nak mengupdate...
aku pulak sebagai HOST kena leee merempit bawa diaorg pusing pusing nasib yang datang tak ramai kalau tak mana laa nak sumbat lam keta comel aku tuuu...

1st.day sampai, aku dah bawa visit G.R.A.N.D  O.L.D.L.A.D.Y



View MIRI dr Bukit Canada..
(pssttt gambar xcantik...anak bujang aku yang snap..hee)

Laps tuu bawa gi pantai tengok Sunset...tak de sunset pon sebab baru lepas hujan..tapi bole laaa the view is still nice..!!!
Then tawaf sopping mall and makan makan absi dah satu ari aku layan diaorg
heee....

2nd. B R U N A I

MASJID Sultan Omar Ali Saifuddie



sangat cantik

"Info: 
Ia antara masjid paling indah di Asia Pasifik dan mercu tanda serta tarikan utama pelancong ke negara Brunei. Bagi masyarakat Brunei masjid berkenaan menjadi lambang serta simbol negara Islam moden.

Seni binanya menampilkan ciri Islam selain turut meng-gabungkan gaya dan seni bina Mughal, Renaissance dan Itali

Ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid itu ialah kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri

Jom Layan G.A.M.B.A.R


Sista

Kiddos

Entrence

Gals


P.e.r.k.a.m.p.u.n.g.a.n   A.i.r
Pemandangan perkampungan air dari tepi bandar Bandar Seri Begawan

 Sesetengah orang menggelarnya sebagai 'Venice Timur'.


Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah



Alhamdulillah... Akhirnya tercapai hajat untuk singgah di masjid yang indah ni.
Hampir-hampir nak frust sebab tak jumpa jalan...GPS...oh nooo hnpn xde coverage...heee
So pusing pusing laaa laki aku demi nak penuhi impian aku..haaaaa 


Info:
Dianggap sebagai salah sebuah monumen terhebat kepada umat Islam di seluruh rantau ini, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah merupakan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong oleh penduduk tempatan memandangkan lokasinya yang terletak di Kampong Kiarong, beberapa kilometer dari ibu negara Brunei Darussalam (Bandar Seri Begawan). Ia dibina bagi memperingati ulang tahun pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda yang ke-25 tahun. Masjid ini dibuka secara rasminya pada hari Khamis, 14 Julai 1994.

Orang ramai dibenarkan untuk memasuki masjid ini, namun perlu menanggalkan kasut sebelum masuk dan tidak berbuat bising bagi menghormati orang lain yang sedang bersolat. Bagi pelawat wanita, mereka perlu menutup kepala dan berpakaian sopan.

Waktu Lawatan:
Ahad - Rabu [8am-12pm, 2pm-3pm dan 5pm-6pm]

Masjid ditutup kepada bukan Islam pada hari Khamis dan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tiada majlis rasmi pada hari berikutnya.







                                    

Date:17-19/Jan/2014

Sunday, January 26, 2014

Tea Time: Kuih Cara Manis


Salam Petang...sejak 2 menjak nii asyik berasap jee dapur aku tambah MIRI now musim hujan so apa lagi banyak laaa request dr budak budak niii...alhamdullilah penat penat pon habis lincin depa telan kalau tak mau kena piat telinga....heee

tuuu pon kat dapur dah siap adunan cokodok pulak....standby kot kot sakgi ada jaaa yang minta...kalau tak pon esok pagi jee laa jawabnya....heeeeee

Resepi di kalau google lebih kurang sama jeee....+ - sukatan air ngan santan jeee..yang lain lebih kurang sama ...ins sha allah menjadi jeeee... 


BAHAN A: 

(Campurkan semua dibawah dan blend) ... sukatan guna cawan kopi yang biasa tu ya... bukan nya Mug


1 cawan tepung gandum 

1 cawan santan pekat (guna santan kotak jee)
2 biji telur (untuk kuih tak melekat/ susah nak lekang dari acuan.. )
3 sudu besar minyak masak 
1 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan)
sedikit garam 
sedikit pewarna hijau 

 BAHAN B:

Gula putih 

 BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang) :

1 helai daun pandan sedikit minyak masak

 Cara-Cara Memasak:- 


1. Panaskan acuan Kuih cara.

2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. 
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4) 4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. 
5. Tutup dengan tudung periuk. 
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

Saturday, January 25, 2014

My Red Valvet Kek...

Tertiba teringin ari tuuu, kebetulan yang aku teringin tuu memang ada stok barang ...so apa lagi membaking laa aku...alhamdullilah menjadi .....sedap pulak tuuuu haaaa masuk lift tekan sendiri gitu..!!

Dup dap dup dap...takut gak dulu masa buat guna oven kat BJ, ni bila guna oven baru seriau gak...



Friday, January 24, 2014

Johor : Journey to LEGoLanD Dec 2013

Assalamualaikum....

lama seh baru sempat nak tinjau umah sendiri...nasib lom bersawang satu umah, heeee hadoi laa visit Langkawi pon lom sempat draft nii dah nak masuk brunai pulak....tak paaa slow slow kayuh !!heee



Moh ceta last years kasi abis dulu!!!



Untuk Wishlist tahun 2013,salah satu tempat yang anak dara aku nak pergi, Legoland dapat gak penuh...kecoh selagi tak bawa mana tak hari hari kena layuq ngan ilkan legoland...Yang bujang nak gi USS, yang kenit nak gi Legoland so mau tak mau decide LEGOLAND laaa sebab lom tingai jejak lagi...

Lagi pon tentu tentu ayahnya layan request anak dara kenit dia niiii...

Trip tiga hari dua malam, best laaa buat anak anak aku.....so dari hotel ke Nusajaya melalui Skudai, Taman Perling, menyusuri Teluk Danga hanya mengambil masa 35 mini...

Dalam hati dok doa jangan laaaa bersesak ngan orang time time cuti niii....sebabnya lastyears masa baru baru buka YaAllah sesak sampai kee tempat parking..trus kami tak jadi masuk....but this time Alhamdullilah rezeki sikenit Shazleen ...

 Legoland dibuka jam 10 pagi setiap hari, ditutup jam 6 petang hari biasa dan 8 malam pada hujung minggu atau cuti umum...rega tiket murah sikit bagi yang pegang IC Mesia yeee...




Masuk jeee kami berpecah...Zikri,Ain & Zidane bawa haluan diaorg....aku,sikenit ngan laki aku jalan lain....mana tak sah sah budak yang tiga orang tuuu tak main menan yang alah alah tak berapa nak adventure...so terpaksa laaa aku jadi tukang layan....


First aktiviti kat sana ialah tengok setiap bangunan-bangunan dari KLCC sampai ke kapal lanun..semua dibuat menggunakan lego dan yang paling menarik,ada kenderaan seperti kereta,kapal dan monorail yang boleh bergerak...jadi first hour kat sana tangkap gambar,tangkap gambar dan tangkap gambar..


  










Overall, pada pendapat aku, tak rasa nak datang semula ke sini kot. Tak macam di USS rasa macam terpanggil-panggil untuk datang lagi :). Saya boleh bagi 3 out of 5 star. But, tak semua orang berpendapat yang sama. Ini cuma pandangan aku ngan anak bujang SizIkrI sahaja. Lain orang lain citarasa. Tu je kot rasanya



Monday, January 6, 2014

Back to new routine....MRSM Transkrian

Date: 29- 31/Dec/2013
Agenda: Kem Wakil Pelajar

Awal 2 hari hantarkan anak bujang ni sebabnya ada Kem Wakil Pelajar, hanya yang terlibat jeee kena masuk awal.


                                                          Zikri and the gengs

Aku ingat yang baju biru tuuu jeee namanya izam....tshirt merah tuuu lupa laaa pulak nama...(sorry yaaa aty lupa...nnt aty tanya zikri balik)
Wish all of you happy n enjoy your study life!!! Work hard in silence,let your seccess be your noise...





                The familys.....love u abg till we meet agains....ins sha allah march nnt.

                                                           Da dotter....yaaaa 

Thursday, January 2, 2014

BJ:Makan Makan wit hubs friends....

Selamat Tahun Baru & Selamat menjalani rutin harian...Sekolah dah nak bukani so pada yang menjalani rutin harian mengambildan menghantar anak anak keSekolah heeee aku leee tuu keluar masuk umah...antaq anak ambik anak..walaupon penat letih...badan lesu deman batuk selsema...
dapat Jemput diaorg depan mata alhamdulliah...



awal tahun baru tak mau ..tak mau lalut panjang-panjang

Ikut tajuk kalau tak cammana pass exam...haaa gitu...malam seblm balik Miri sempat laaa hubs menjamu kekawan makan makan...opismate yang rapat tak ramai pun selalunya 4 or 5 family's yang memang kamcheng habis.  Kami rajin buat gathering so this time our treat for them!!!

aku pon sempat laa sumbat my friend siYang join sekali kebetulan dia dtg umah ambik seluar sekolah anak bujang nya...

Jom layan gambaq ....








  

 Nasi Arab Ta'if
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Malaysia

Dekat dengan rumah ..alhamdullilah till we meet again

Monday, December 16, 2013

RED collections...RED lovers

Hantu sungguh aku ngan kaler merah.....l'm a RED Lovers
Semua yg merah cepat jeee mata aku pandang....and dari termimpi mimpi..teranggau anggau tuu terus haaaa zassss.....!!!
My new collection's. ...heeee handbag mulberry tuu je a yrs collection beli masa kat HK....

Tuesday, December 3, 2013

The best K.A.w.A.N

The happiest l have even been in my life so far..Surrounded by loving friends dari kindergarten,Sekolah Rendah, Sekolah Menengah and NoW we're still together and hope till Jannah ins sha allah and family and even loving hubs.

The besties

Safe the date for "the bride-to-be"
luv this picture....nampak seri pengantin...haaaa






Aku, Ina , Yang @ Harlida,KakLong2 nora

Sebahagian dr myBFF...ada lagi yg xda lam gambaq...like beb, cik farah, diksu, kakzah and the rest...kawan dunia akhirat..

Bubur Jagung Bersagu & Cucur Jagung Berudang

Assalammualaikum

Mendung jaa hari perot pon apa lagi berbunyi jeee laaa jawabnya da siap bubur jagung favourite anak sulung bujang nii.

 Lepas tuuu ada pulak balance jagung terus teringin buat cucuq Jagung pulak..Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi ... menu untuk hidangan minum pagi atau pun untuk sajian petang. In shaa allah...

Memu Minum petang yang simple


Bubur Jagung + Sagu
Bubur Jagung Bersagu
Resepi: Google

 Bahan2
  • 3 tongkol isi jagung yang dihiris
  • 3 sudu besar biji sagu (direndam seketika)
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 keeping gula Melaka
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara membuatnya:
  1. Rebus isi jagung dengan 5 cawan air hingga empuk,masukkan sagu - masak hingga sagu menjadi separa jernih
  2. Masukkan gula Melaka dan gula
  3. Akhir sekali masukkan santan,daun pandan & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau.
  4. Padamkan api bila sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan 
 

Cucur Jagung Udang Lemak Manis
CUCUR JAGUNG BERUDANG LEMBUT
Resepi: Google
 Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )
  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum                          
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula                          
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng             
Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.               
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.               
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.               
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.               
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
Milo O Kosong panas
Bestnya......dah laaaa cuaca mendung dari pagi sampai lee kemalam niii...
Alhamdullilah sempat berwatsapp ngan en hubs...yalaaa sian pulak bila da jauh nii makan minun dia cammana laaaa & suprisenya dia siap balas watsapp gambar tengah goreng kopok lekor.....heeeeeee


Jom Minum sambil nonton tv yaaaa