Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Thursday, January 12, 2012

Ban Pecah,Tangung Piandang,Perak



Nice View
Aku guna tab jee sebabnya time nii laki aku dok melilau cari port nak snap...Time nii abt 5-6pm,kalau tunggu terbenam lagi cantik kot..tapi sebab sikenit aku tak reti dok diam asyik nak melilau jeee terus kena angkat kaki
& kat area sini pon ada gerai makanan...sempat lee aku merasa rojak buah RM1 & Mee Udang RM5..memang sedap...

Pestime tau!!!
walaupon ban Pecah nii dekat sangat ngan umah aku...tapi nii leeee pestime aku jejak kaki aku kat sini....memang jakun habis..hehhh
tak sangka kat area aku ada gak tempat yang cantik yang leh lepak sambil relax relax(opsss usia usia cam nii cam tak molek jee kalau sebut lepak kot hehh)

Masa aku tengok gambar2 lam FB anak buah aku terus tergoda..itu yang masa balik kampung tuu terus aku "paksa" laki aku bawakan....memula tuu sesat lee gak sebabnya simpang masuk tuu tak de singboard....nasib baik call anak buah aku tanya jalan....!! 
layan nii pulak...gambar lam FB laki aku pulak..
 


Info
http://www.mdkerian.gov.my/pantai_ban

Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. 

Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini. Apabila Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa, keindahan malam yang menjelma akan membuatkan anda terpegun dengan hidangan Kari Ikan Semilang segar yang amat terkenal di Daerah Kerian yang menjadi menu utama deretan gerai-gerai makan disekitarnya sambil anda dialunkan dengan persembahan irama nyanyian daripada penduduk tempatan. 
Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan. 

 by Mira Muhd

 sebelah bendang (sawah padi) sebelah Laut Selat Melaka

cantisssss kan !!!

No comments:

Post a Comment