Tuesday, February 9, 2016

DEMC: Hernia minor surgery 2016, admitted laaa juga...

Cerita 3minggu lepas laa juga, Senak perut bila anak yang dok ligat main bola, ligat kayuh basikal pusing taman tertiba pagi Jumaat bangun  mengadu sakit perut sampai tak boleh duduk..senak katanya. Memula aku bising juga mungkin sebab tak berhenti naik basikal petang petang asal balik jee kelas kafa terus cari basikal, mana aku tak bising. Bila masa nak rehat dah laa malam pulak tuisyen. Tapi tu laaaa dalam sakit sakit pon bersiap juga nak ke sekolah yalah UPSR kot tahun ni cumanya bila sampai sekolah aku kecian pulak bila tengok dia tak selesa. Ingatkan keracunan makanan kee apa sebabnya sehari sebelum aku memang sakit perut salah makan asyik mengadap toilet jee kejanya. Seksa yang amat asyik keluar masuk toilet.

Dah ponteng aku suruh berehat jeee ..sampai leee aku siap masak lunch and nak ambik sikenit balik kelas KAFA, zidane mengadu lagi sakit perut kali ni lebih specifik sikit katanya sakit dibahagian ari ari..tanya tang kantung telurnya bengkak wattttt haaaa aku dah suspen tak kan angin pasang kot...kebetulan ada ayahnya terus aku paksa pegi klinik...masa tuu tak risau lagi but lepas 1jam bila doc.kata kena rujuk keSpital untuk minor operation OMG kalut aku...dengan sikakak masih disekolah, dengan si adik nak masuk sekolah last last aku pontengkan jee si adik and minta sikakak keluar awal..heee

Senang bila ada policy medical card ni terus kami ke DEMC paling dekat, 1st time juga laaa ke DEMC bangunan baru ni memula jenuh cari jalan masuk ...heee nama jaa duduk shah alam !!!!


2jam juga leee buat checkup dengan xray nya, dengan test air kencing nya bagai last last memang kena admitted and kena minor operation...dan confirm  angin pasang@hernia, doc.explain katanya urat terbelik walallahualam....Meh baca info sikit pasal hernia niii....

disini(https://wannuraterapi.wordpress.com/2012/11/04/hernia-jenis-penyebab-dan-cara-rawatan/)

Kena laa admit sehari sebelum, Sakan budak ni sikit pon tak takut...masa ni sakit dah berkurangan tu yang siap bersila bagai.. siap pesan "ibu tak payah tunggu adik bole tido sorang malam ni" Hamboi ingat ibu tido kat rumah boleh lena...citttt dari aku dok pandang syiling sorang sorang baik laa aku mengadap anak yang sakit kat spital...lagi 2 tuuu biaq jaa laki aku uruskan. Alhamdullilah sikakak pon dah boleh diharapkan tuk jaga sikenit Iman Shazleen tuu.

Siap sedia nak masuk OT room
Siap landing lagi budak ni sambil tunggu si abang keluar OT

Pagi pagi lepas hantar sikakak kesekolah budak ni dah sampai, rindu katanya hamboi ponteng kelas kafa laaaa pulak. Gambar atas ni lepas keluar dari Operation Theater kiranya dia masuk pukul 9am dan keluar 11am ++, dah sedar sikit sikit baru ditolak masuk ke ward semula...sian masa ni dah mengadu "ibu sakit sikit"..nak nangis aku ...yelah anak kannnnn masa nurse tunjukkan bekas tebuk pon aku seriau...3 tebukan di pusat dan kiri kanan...kat area pusat tuu yang besar sikit and sakit pon kat situ laa juga... lepas pukul 3pm baru sedar sepenuhnya...alhamdullilah.

Dah sedar sepenuhnya
Makan orang pantang..heeee aku tak kasi pon ..sebabnya masa dia dah sedar sikit sikit aku bagitahu nak balik kejap masak kan bubur & nak hantar siKenit ke sekolah & ambik kakak...! Ayah teman kan adik..(dah 12tahun pon adik lagi...tak kisah laa besar panjang mana pon kan)..heeee 
Dengan Dr Syariz - thanks doc, explanation doc superb senang paham and siap snapkanand wasap gambar lagi masa surgery tuu...heeee 

Bilik Executive, alhamdullilah selesa and ada extra katil lagi kat tepi tingkap, dapat selimut & bantal extra juga..haaa tuala dengan alat alat tuk mandi..(kalau aku tak tak payah kalut mencari stok kat rumah) haaa tuuu katil yang aku maksudkan tempat tempat sibaju hijau lepak. Muat untuk kita yang dewasa ini juga.
15hb ni ada follow up ...harap harap semuanya berjalan dengan lancar...amin..opsss nak kena postponed tarikh ni pulak sebabnya nak kena menghantar zIkri balik MRSM. Insyallah selasa laa kot.

”’ Hilangkan lah penyakitnya, wahai tuhan manusia. berilah kesembuhan karena engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanmu yaitu kesembuhan yg tidak meninggalkan penyakit ”’

No comments:

Post a Comment