Thursday, October 31, 2013

Happy Dewali & aku yang kena kikis....

Budak ni berjaya mengapaw aku...haaaa cam dia yg nak sambut depavali....
soh ambik purple tak mau nak gak sama ngan baju...jangan laaa sok besaq nak matching matching bagai leh kayap aku,tunggu da keja..dah pegang gaji sendiri NO HAL
selagi aku pegang kuasa veto jangan laaaa fengsan aku..




Saturday, November 2
Diwali 2013
to all my indian friend's

May the festival of lights be the harbinger of joy and prosperity. As the holy occasion of Diwali is here and the atmosphere is filled with the spirit of mirth and love, here's hoping this festival of beauty brings your way, bright sparkles of contentment, that stay with you through the days ahead.
Best wishes on Diwali and New year.

Tuesday, October 29, 2013

Bingka Labu

Dah 2 3 hari gak laaa labu yang aku beli kat E-Mart dok tersimpan lam fridge....so balik jee dari skoll trus godek resepi bengkang labu, last last jumpa laaaa kat umah kak Nor....and baru aku tau suhu memainkan peranan upanya...and oven aku pulak memang jenis cepat panas so memang aku reduce ke suhu 165c.


                                      




Resepi memang 100% ikut kaknor...Jom tengok resepi..
BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun
sumber : K.Nor
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

*K.Nor buat 1/2 adunan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam (mine abt 1jam 10min), alhamdullilah menjadi dan sedap sangat .....budak budak pon suka.....
                                 

                            



Saturday, October 26, 2013

Tempa tMakan Sekitar MIRI

Sebenarnya tak terlintas pon aku nak susun satu satu tempat makan yg best di miri niiii..but last week my ex-opismate call nak turun disini and siap tanya tepat makan mana best....so serba sikit buat panduan n pedoman....!!!


Kalau saya sebut ABC, mee jawa, mee kolok,kepak ayam dan sotong kangkung...hmm lain tempat lain rasanya ....tapi yang saya try kat sini memang terbaek dari yang baik haaaa..kalau tak tak berulang laaaa kami anak beranak kat tempat tuu jeeee

1.tempat yang paling best untuk menikmati nasi lemak sedap di Miri.  Ada pelbagai pilihan lauk pauk di sini..pilih ajer mana yang suka. Ikut tekak memasing local restaurant  Generally, they are 1 of the best, but not the best (depends on each individual). Ain peminat tegar..pantang tanya nak makan mana...sini laaa dulu dia ajak tuju...

Buka seawal 8am till 11am...after 10am baru ada goreng goreng..selain nasi lemak ada juga nasi ayam...(blom try)..aku selalu order bihungoreng kurang sayurjeee...haaa diet sehhhh!!

Jalan DurantaMiriSarawak

2. Lokasinya di Kampung Pulau Melayu berhadapan dengan Kelab Golf Miri. Cari aje Hole 9. Kedudukan warung ini agak ke dalam, so buka mata luas-luas, drive slowly agar tidak terlepas hehehe. Walaupun hanya warung tetapi make sure datang awal (dibuka jam 8.00am), kalau tidak jenuhlah nak tunggu untuk bangku kosong.

 

Minuman
Saja jee aku nak post


3.ada roti canai...best part of thsi roti canai...tukang tebar tuu siap boleh psuing pusing lagi...siap lambung lambung lagi...menarik laaa juga....& ada bermacam lagi menu roti canai...roti cheess, roti tisu KLCC
Lot 2364, Lock Shop, Jalan Datuk Deli,Piasau Jaya

Mee Goreng RM4.00

4.Lokasinya di Taman Bintang Jaya, betul-betul bersebelahan dengan station Petronas berdekatan dengan Bintang Plaza, Miri. Waktu operasinya bermula jam 1.00pm dan ditutup apabila semuanya sudah habis dijual.
Sin Wan Delight Rojak & Cold Drinks Centre. 

Ada ABC,Cendoi....ramai yang suka ABC kurang lemak....but for me...best lagi kalau dapat ABC kat Giant Shah ALam tuuuu
so apa apa punikut selera memasing!!


close up sikit...

5.Kinky Fat Chef Kitchen @ Miri, Sarawak
Lot 668, Piasau Jaya Lorong 1A, 
Piasau Phase 1


Previous Entry ceta burger nii:



gambaq edit sbb aku letak lam instgram....

Gambar dr FB

Memang best n sentiasa full house....kitaorg pon 1st terjah situ....belum ulang lagi..ins sha allah akan berulang for 2nd trip..haaaa

Inilah antara sebahagian rentetan tempat makan yang best bagi saya di Miri. Moga, sedikit sebanyak memberi idea pada kawan-kawan tentang apa yang nak bertandang di Miri.

Sini pon ada story kedai makan (previous entry) PUMA SERA buka 24jam..betul2 belakang hotel Maya

Note:
Satu jee nak ingatkan jangan terkejut kalau kat tempat makan tuu bersepah anjing...kekadang tuu selambar jee anjing anjing nii lalu sebelah kita....so far anjing nii tak kacau kalau kita pon tak kacau ..haaaaaa

Monday, October 21, 2013

Latak waterfall: Lambir Hills National Park, Miri

Taman Negara ini terletak di antara laluan jalan lama Miri-Bintulu, dan merupakan antara destinasi riadah popular di Miri selain Taman Negara Gua Niah dan Taman Negara Mulu.
Last aku mandi waterfall kat bukit belacan kot tu pon sesaja bawa kids mandi...so bila zIkri dah ada niii aku pon plan laaa siap2 nak bawa dia terokai Miri...yelah ikut ikut setahun 2x jee pon dia turun Miri selebihnya pantang cuti aku jerr terpa balik KL-Shah Alam.
zIkri entah nak jadi ceta dari malam seblm pegi tuu prot meragam masuk angin...gigih laaa aku kul 11 keluaq gi cari minyak yu yi ngan 100 plus...
2, 3kali gak laaa muntah...
Ok ok dah over lalut laaa pulak....okey untuk masuk ke Taman Negara Bukit Lambir, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap orang dewasa, RM5 untuk kanak kanak so dapat laaa  sebuah map sebagai panduan, bersama maklumat tentang jarak dan masa perjalanan dari Park HQ ke lokasi-lokasi air terjun yang terletak di laluan-laluan trek yang berbeza.
Lokasi paling popular di sini adalah Air Terjun Latak (Latak Waterfall) yang terletak 20 minit dari Park HQ. 1st step sampaj...so trus stop kat sini tak kuasa nak jalan lagi ngan budak yg prot meragam..semput gak laaaa ..Laluan trek ke kawasan air terjun ini agak menyenangkan dengan jambatan kayu dan jambatan gantung dibina untuk kemudahan laluan pengunjung. Masa lalu jambatan gantung siap anak anak goyang lagi jenuh terjerit jerit aku...geram aku!!




Sambil sambil tu bole kenal spesis pokok-pokok besar yang terdapat di sepanjang laluan trek seperti Kapur Paji, Peler Kambing, Engkabang Jantong dan Tampar Hantu...aku tau sebab ada singboard okey...

Nice ..nii belom sampai lagi tapi anak dara aku dah terjerit jerit tak sabaq
Puas hati....aku tukang jaga jaaaaaa....

Titi gantung bukan main lagi ...siap goyang goyang lagi....aku yang over seriau..




Us
One happy family...

Saturday, October 19, 2013

Happy 13th. Birthday

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
19-10-2000

“Happy 13th Birthday to you abang”
anak ibu yang soleh, anak ibu yang baik.

Buat petama kalinya after 13th years of your life, this is the first time I am not around during your birthday’ take care abang, doa banyak banyak pada Allah, tak ada yang dapat ibu berikan yang lebih baik buat abang yang ada jauh dari ibu melainkan sepenuh Doa dari ibu yang akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu didunia dan juga diakhirat.
Ibu doakan abang akan selalu mendapat segala gala yang terbaik dari ALLAH, kerana abang anak yang baik, U will always be my baby boy abang..Ibu, Ayah, Kakak, AbgChik, Baby LOVE U sooooo much


Alhamdullilah ibu tetap in advncekan cake buat abang for
a small celebration masa hari raya haji ari tu 15hb...



Ya Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada empat orang anak kecil ini.
Kurniakanlah kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya.
Jadikanlah mereka berempat pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada orang-orang mukmin.
Kuatkanlah agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
Bentuklah mereka menjadi muslim yang soleh, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya, kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.


Monday, October 7, 2013

My Gal..Montessori at Miri





 
Alhamdullialh dekat hujung tahun baru aku jumpa montessori yang bersesuaian dengan anak dara niii, itu pon masa pegi beraya umah kawan hubs yang kebetulan dah 4,5 tahun stay di Miri ni yang suggestkan at least dah ada pengalaman so terus esoknya aku paksa laki aku tunjukkan tempat montessori tuuu kat Piasau.

Kalau tengok dari luar nampak buruk jeee....sebabnya mostly rumah kat Miri nii banyak sublot...so kawasan memang besar and kurang dipelihara but bila masuk dalam....wahhhhh cantik..cantik......heeeee















Tadika Ria Montessori
Area: Piasau Garden
Tel: 085-655 867 (O)
Monthly Fee: RM288 (half day)
Time: 8am to 12 noon (half day) (Monday to Friday)
Meal included: breakfast at 930am (crackers and biscuit will be provided)

Programmes: Motor skills, social skill, potty training, flash card and songs.
Activities included: games, PE, music and celebrations of all Cultural events
Individual reading scheme is as follows:
English reading = 3 times a week
BM reading = 2 times a week (a strong emphasis is given to suku kata before reading books)
Mandarin = 2 times a week (Only for Level 2 and 3 students)

First payment: RM646 + miscellaneous fee depend on level
(The first payment includes Registration fee, December school fee, 1st month school fee and insurance per yr)

Age: Children from 3 to 6 years old

Ratio of the class: 15 students: 2 teachers

Language: So far I only see non-Chinese teachers around. The principal is a Canadian so I believe the common language will be English in this school.

Environment: Fully air-conditioned. The younger groups will be learning in the same area but different corner without any divided rooms. The elder children will study at the first floor instead.

Playground: There are children playground without shade. The playground equipment are mostly old, colors are faded due to being exposed under the sun for years.


Alhamdullilah after a month she never missed the school time unless she was ill, I might consider this school for my princess though till age 6. I believe the children will enjoy a lot in such environment!


Thursday, October 3, 2013

Info:Org Petama tulis BISMILLAH

Kita ni kalau org tanya siapa org yang pertama cipta telefon ? pandai jeee jawab alexander graham bell ....
TAPI kalau tanya Org pertama tulis bismillah ? ????? Hmmmm garu kepala laaa jawabnya..mula laaa nakntanya pak google laaa apa laaaa..mula laaa keluaq jawapan yang tak berapa nak confirm termasuk laaa aku so semlm ada laaaa hamba allah nii my bff sent this info...alhamdullilah untuk pedoman, pengetahuan..tambah ilmu...
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
--------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔
Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .