Date: Ahad 26 April
Lokasi:FRIM , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Memandang kan Ahad terpaksa laa aku memontengkan siShazleen dari kelas swimming...heeee memula plan nak pegi after swimming class alah alah Lunch hours....tapi tuu laaa kalau dah nama budak mana paham bahasa nak wait...wait..yang depa tau nak lekaihh ...lekaihhh kalau bole lepas subuh dah nak sampai....tu dia semangat...!!! lepas subuh baik aku gi jogging sama kot kot time lunch tuu dah turun 1kg..heeeee...yo yo jaaa....
Dah siap siap pakat dengan siLeeya lagi pukul 12 baru nak gerak tapi tuu laaaa alih alih kul 10pagi aku dah terpacak kat area Bangsar haaa sebabnya aku tak reti jalan nak pegi FRIM (huyoooo sure org bantai gelak punya)dah iya aku ni mana laaaa terror sangat part part ni..nama pon Co-Pilot...Selalu kena marah ngan Laki pon...tapi aku buat bodo jaaa...marah marah kang alamat ada laa kena tido masjid....ada beraniiii!!!!
Bila laki dah outstation..lunyai laa aku alhamdullilah nasib aku ada BFF yang sanggup main pakat pakat tunggu kat mana..kul berapa...!!haaaa Waze...GPS...!!! takpayah kalau ada yang rela nak berkonyoi ngan aku..heeee ...!!
Serius aku bukan mengada...atau terlebih manja...agak agak laa kan aku anak yatim kematu tuuu nak manja ngan sapa plak....tapi laki aku ngan kekawan BFF aku memang SEMPOI...kena maki kaa,kena marah kaa, susah senang sama sama..best kan....haaa kan dah melalut......Jom Jom party dulu....
Huwahhhhh abis jaa party anak dara aku dah plan besday dia pulak..hadoi laaa 3bulan lagi kot....!!!! siap thema bagai..party packs laaaa......
This one manis yaaaaa ampun...kurang sikit pada aku laaaa.....
Sedap sangat cupcakes ni......sweet sweet gitu...aku bukan peminat tegar kek so bila tekak aku boleh terima so memang sedap...
Coloring contest
Ni pulak bukan basikat contest yaaa..saja budak 2 orang ni nak naik basikat tengah tengah hari.....Sejam RM8 , jam seterusnya RM2 okey laaa
Ini sewa dibahagian dalam, ada juga yang sewa sebelum masuk entrance kalau tak silap lagi murah RM5 sehari tak de GST kot ....
Best gak nanti aku nak plan port luck laa pulak kat FRIM ini.....sapa yang datang awal boleh "cup" port best..macam hari tuu siap dapat gazebo sebelah kolam lagi....
Air terjun...naik atas sikit...pon syiok...tapi awas yaa now ini banyak sangat kes kencing tikut so pandai pandai & hati hati yaaa ....bukan apa beringat..!!
makanan yang penuhkan perot sampai malam..serius kenyang ...sampai malam aku tak masak pon...ada laa sizidane mengadu lapar..bagi makan cereal diam......haa kalau tak melalak nak mencekik nasi jaaa...so memang kenyang sungguh laaa mana tak...laksa,bihun,nasi minyak,bubur kacang,buah buahan,nugget,sosaj......belumlagi kuih muih.....
Ya Allah, Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada anak sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak. Jadikanlah dia sebaik2 anak iaitu anak yang soleh seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya AllYah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
i-Great Amal merupakan takaful yang direka khusus untuk menyempurnakan Rukun Islam Kelima. Ia merangkumi simpanan dan juga perlindungan dalam tempoh tertentu dengan bayaran premium yang cukup rendah. Anda boleh memilih untuk menyimpan selama 10 tahun hinggalah 40 tahun.
i-Great Amal boleh disertai seawal usia 30 hari atau selewat-lewatnya 50 tahun. Dengan menyimpan dalam i-Great Amal, hasrat anda untuk menunaikan ibadah Haji pasti terlaksana walaupun anda telah kembali ke Rahmatullah lebih awal daripada tempoh matang sijil. Sebagai peserta i-Great Amal, secara automatik Badal Haji atau lebih dikenali sebagai Upah Haji oleh TH Travel akan dilakukan untuk anda! Tiada lagi keraguan bahawa anda tidak dapat melengkapkan Rukun Islam yang lima.
Lebih meyakinkan lagi, i-Great Amal akan melindungi anda sepanjang tempoh mengerjakan Haji/Umrah. Sekiranya sebarang musibah menimpa, sekurang-kurangnya anda tidak berasa risau akan waris-waris yang ditinggalkan kerana anda telahpun menyediakan perlindungan yang wajat buat mereka.
i-Great Damai merupakan takaful keluarga yang mampu dan mesti dimiliki oleh semua orang. Ia merupakan perlindungan yang boleh menyediakan bantuan kewangan kepada waris-waris anda di saat-saat teramat memerlukan terutamanya apabila kehilangan diri anda ataupun punca pendapatan daripada anda akibat hilang upaya kekal.
Lebih dari itu, i-Great Damai turut memberi ruang yang luas dan lancar untuk anda mencapai matlamat jangka panjang dalam kehidupan ini.
i-Great Damai mempraktikkan kontrak tabarru' yang mana kesemua peserta takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dengan memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah.
Apa tunggu lagi?! Hubungi dan sertailah kami sekarang sebelum semuanya terlambat!!!
No comments:
Post a Comment