Thursday, May 14, 2015

Mini Makan Makan

Alhamdullilah menjadi juga mini makan makan ni...sesaja jaa pon unplaned jaaa, aku buat sabtu petang last week.

Sebenarnya pagi Jumaat kami sebok discuss nak jumpa mana sebabnya nak ambik Kangen Water yang semua pakat order dr.kawan aku siLeeya, nak jadi ceta semua malas nak lepak mamak corner...ada yang malas nak ke Bangsar..(harus bangsar sebab tengah2kan kalau jauh jauh harus aku pulak yang malas nak drive). Nak jadi ceta ada pulak yang suggest buat kat umah aku....aku On jee lagi senang tak yah nak drive jauh jauh takat masak simple simple ok jeeee ( ayo yo bila dah siap plan & confirm baru aku teringat yang Ahad pagi kena hangkut siKenit giSport day)...

Ada laaa dalam 20 orang yang datang, alhamdulilah lepas Maghrib sampai lee ketengah malam  siap lee diaorang kemaskan sekali..ada tukang basuh pinggan and kemas...

Eddy & Noor and sicomel zulaika
Nora & husb, Ciksu & hubs 
Leeya & Hanapi...sebelah tu tentu tentu tuan umah....
Hairos,Leeya & aku
Roti Jalan & Kari ayam order dari Hairos..sedap
Nasi Minyak,Daging dending,ayam masak merah & Jelatah homemade my me..
RV order, kek butterscotch- hairos sedekah,karipap & serimuka sedekah by Hanafi 
Bekas air yang tertiba jadi popular bila semua pakat berkenan

Semua kekawan ni satu kampung dengan aku Parit Buntar, alhamdullilah hingga ke hari ini persahabatan kami berpanjangan hendaknya..Seronok dapat jumpa kekawan macam ni.

Selalunya yang unplanned laa menjadi kalau dari awai dok plan bagai haruih last last cancel....haaaa.... 


No comments:

Post a Comment