Monday, May 25, 2015

Sport Day Genius Aulad 2015

LOVE,PLANTS & TREES !!! tu dia memang ke padang laa jawabnya...
Date:10 May (Sunday)

amboi dah berminggu baru aku start nak mengarang..heee confirm banyak lupa...mana taknya sebok dengan Takaful gitu...tapi alhamdullilah ramai yang tahu pentingnya Takaful sekarang ni bak kata kawan aku  laaaa....

"Bila tak sakit memang kita rasa macam buang duit jaa bayar insurance..tapi bila dah sakit baru kita tau..soo better ambil walaupon sikit atleast dapat mengurangkan beban bila kita sakit nanti...

Macam aku dulu kena kanser, sakit dapat, duit pon dapat..jadi kuranglaaa sakit tuuu..now satu sen aku tak payah bayar insurance cover sampai bila bila"

kan nampak tak takaful ini sebagai simpanan bila masa kita benar benar perlukannya ..memang sangat berbaloi tak da lee kita meminta minta...!!!

opsssss melalut ..sakgi sembang Takaful kat page sebelah....Suhailas Sudin GreatEastern Takaful

Memang excited abis budak ni siap paksa aku belikan track suit baru lagi...tak sabaq sabaq membilang hari kebetulan pulak malam sebelum tuu aku buat makan makan alah simple simple jee jemput kekawan makan baca kat sini : Mini Makan Makan

Aku dah tahu perangai anak aku ni. Dia suka sangat part part nak involve aktivti yang dia boleh lepas bebas...kejap kejap hilang kejap kejap lari tempat lain..hadoi berpeluh gak laa aku nasib si kakak jadi bodyguard ..bukan apa seriau juga laaaa dah laa papa outstation..tu pon dia bising juga...haaa nasib laaa ...
Seawal jam 7.55 minit pagi kami sampai sebab message tulis pukul 8.00 kan. Aku kan 'sikit' punctual bab masa ni. Dengan pikir parking lagi itu yang cergas jee sampai awal....alih alih sampai jeee baru nak start deko deko bagai ...but ok laaa boleh laaa kami anak beranak tawaf padang & snap picture...
Budak ni memalu kucing memula..tapi bila tengok aksi mak yang terover terus request nak snap picture nak tunjuk papa...haaaaaaa, lepas tuu baru kalut nak daftar, dapat tentatif program. OMG, pukul 9.00 baru start game!patut laaaa banyak yang dok prepare...gituuuuuu....
Rumah purple..tak tau kebetulan or apa...tapi Purple memang favorite kaler dia....

Perbarisan
Damia kawabn baik dalam kelas..selalu dia story pasal damia....damai baik laaa, bestfriend laaaa
tulis nama paling cantik
sempat pose dengan akak ziana yang memang cun
Winner: Green Team!!! Congratulations... ðŸ˜Š






IGreat Amal
Simpanan untuk Haji & Umrah

Mengerjakan Ibadah Haji dalam ketenangan tanpa risau akan status simpanan haji dan keperluan perlindungan anda. Kami menyediakan perlindungan dan simpanan haji untuk anda. Malah dengan i-Great Amal kami menyediakan platform beramal untuk anda mewakafkan @ menyedekahkan duit dari kami (mengikut pakej yang anda pilih) kepada mana-mana badan kebajikan @ yayasan yang anda pilih

1. Manafaat Tunai Menunaikan Haji
Apabila anda membuat simpanan haji bersama kami sehingga tahun ke-5 apabila anda ingin menunaikan ibadah Haji @ Umrah, anda akan diberikan RM 800 secara PERCUMA sebagai duit poket untuk anda menunaikan Ibadah di Tanah Suci nanti.
2. Manafaat Badal Haji
Sekiranya didalam tempoh simpanan ini, anda masih tidak mengerjakan Haji @ Umrah, kami akan menunaikan Badal Haji untuk anda.
3. Manafaat Korban untuk Aidil Adha
Setelah 10 tahun simpanan haji anda bersama kami, kami akan memberikan 1 bahagian korban yang berharga sehingaa RM 500 diatas nama anda.
4. Manafaat Pelepasan Cukai
Daripada portfolio iGreat Amal ini anda tidak akan dikenakan cukai dan caruman yang dibayar akan mendapat pelepasan cukai.
5. Manafaat Berganda Ketika Mengerjakan Haji @ Umrah
Jika anda ditimpa musibah di Tanah Suci nanti, kami akan memberikan pampasan tambahan kepada anda.
Jika anda ingin memberikan sebahagian daripada wang derma tersebut kepada ahli keluarga anda selain daripada badan-badan kebajikan yang telah anda pilih, anda boleh lakukannya. Ini bermakna bukan sahaja ahli masyarakat yang mendapat manafaat ini, tetapi keluarga anda juga dapat merasai kebaikan portfolio ini.
6. Manafaat Khairat Kematian
Jika berlaku musibah kepada anda semasa anda menyimpan bersama kami didalam portfolio i-Great Amal ini, ahli keluarga anda akan mendapat duit Khairat Kematian yang diambil dari Dana Tabarru’ kami.

Simpanan Haji amat penting disamping simpanan di Tabung Haji



No comments:

Post a Comment