Menandangkan cuti panjang apalagi semalam aku pon try resepi nasi daging dari FB Rahsia Kita ini...haaaa ini pon sebenarnya laki aku yang tagkan dalam resepi nampak sangat cara halus dia nak soh aku buat kan heeeeee.....
Ok laaa dari Khamis malam sampai lee ke Sabtu aku OFF masak, mana tak dengan kendurinya lagi dengan layan Movie Avengers lagi dengan early celebrate Mother's day lagi ....time ni laa kan dah anak bujang sizIkri balik , memang makan besaq laaaa.....
Tekak anak kampung laa kan bila ayah dia soh tanya nak western kaa or ikan besaq lagu jee semua jawab ikan besar..haaa ikan besar tuu sinonim ngan budak budak ni..makan kat Muara,Klang nuuu,.....haaaa iya laa sangat tekak kampung cuba kalau cuti lama mau macam macam sizIkri request....tapi alhamdullilah masih diberi rezeki untuk sama sama sambut mother day...huwahhhhhh
sebelum aku melalut lebih lebih meh tengok resepi........kali ini aku dah buleh buat perbezaan gitu....
Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam
CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging
sebelum ni dah try resepi lain, bole tengok disini:
Apa kes nasi daging ada ayam masak merah...haaaaaa tu dia ini semua tekak anak anak, favorite semua anak anak aku....kalau buleh tuu tiap minggu HARUS buat ayam masak merah....lagi pon anak anak aku ini memang nak lauk berkuah.....soh makan dengan ayaq asam tak jalan nya...aku jee sanggup lagi banyak cilipadi lagii umpppppphh....
tapi kali ini laki aku kata tawar laa pulak..terkurang garam laaa gitu haaaaa aku cover utk kesihatan tak elok makan garam banyak...haaaaaa
Bagi aku ayaq asam yang aku buat memula refer link sebelum ini lagi terangkat.....sebab ada taruh kerisik....yang ini teruh susu pekat itu yang nampak putih jaaaa,....lepas tuuu resepi ini tak taruh air asam BUT aku tetap taruh sikit air asam...(menderhaka sikit kat resepi ini,maaf yee tuan resepi)
No comments:
Post a Comment