Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

My Shoes


Motif....!!??? 
Haaa tak dae apa pon ..saja suka suka sebabnya lepas aku beli kasut ni ada pulak yang komplain kata nampak girl girls sangat ...tambah tambah kaler PINK..... tak nampak Femininity adussss rasa nak jee ketuk kepala dia ngan 4inci tuuuu

Kasut ni ada 2 kaler black n Pink but aku choosse PINK. 
So adalah marka nii kata "Black, it's very unique"

Him: Why you choose pink. It look kiddish
Me: I have a lot in Black colors but myfriend also suggest black..it more sexy
Him: Yes, you're lady not girl. So u should less in buying girly colour
Me: Haaaaaaa.....next time l choose Oren colour..


Wednesday, April 22, 2015

Zalora:Fesyen Tudung Terkini Wanita Moden

Aku memang jenis rambang mata sikit, nak harapkan mencari kat kedai kedai yang berlambak kat giant tuu kaaa, kat PKNS kaaa semua memang aku malas bukan apa ...lam ati dok pikiaq nak beli lain sampai kedai lain aku capai silap haribulan langsung tak capai apa..mana tak dengan nak tengok sikenit shazleen tuu lagi lepas tuuu dengan siAin pulak time tuu laaa sebok juga menempek nak juga....kejap kejap tanya cantik tak?..cantik tak?...abis aku !! terus menganggu mata dan tangan aku dengan nak membelek tudung lagi tambah dengan laki aku yang sure sure malas nak layan sikenit  tuuu lama lama.....tau laa budak....!!

"cepat sikit ibu..." selang 5minit.."cepat sikit ibu..." hadoi mak nak menyoping pon tak senang.....tak hangkut laki tak bole bank bergerak sedunia tuuu...last last hangkut masuk keta jaaaaa 

Memang spoil sebab tu aku lagi suka belek Instagram, buka FB takpon PC haaaa selamat dah tak yah nak sibuk2 ajar laki meround semua kedai carik tudung kaler matching2...fesyen fesyen bagai dah canggih okeh...ko duduk umah dediam lepas masak , lepas kemas umah...ade line internet...ada online banking..jangan kan baju..kasut..makanan....semua boleh beranak pinak..tudung pon boleh beli online hokeh...

ko duduk jer lah ber-jam memilih tudung depan komputer ker..atau kat hp canggih ko tu..tak yah penat2...panas2 nak gi mencarik...tu kat online tu...berlambak macam2 design ada...macam2 kaler...macam2 jenis...kempis 'purse' aku kat bank tu ooii membayar...tak ley ku tahan napsu serakah bershoping online sekarang ni.....huwaaaaaaa....takpon aku wasap jaa laki tolong bayarkan haaaaa masatuuu berjuta alasan aku bagi haaa selalunya alasan sikenit laaaa senang approved...Sayang laki muahhhhh ckettttt!!!


Tambah nak  memasuk penghujung April dan ini bermakna tinggal lagi dua bulan lebih ja sebelum bulan Ramadhan pertengahan Jun nanti...so apa lagi apa kata skodeng online sure ramai dah siap tempah baju raya kan so jom jom cari tudung pulak untuk digayakan.....kain baju raya aku jaaa belum tempah lagi dok dalam bonet keta...acaner...beli online juga laaa jawabnya kalau tak da sapa yang sudi ambik tempahan lagi....konfen meraung lagi purse aku silap silap koyak rabak.....

tambah tambah sekarang ini dah ramai wanita moden dan bekerjaya minat busana Muslimah dengan pakai hijab yang cun cun ...belit sana belit sini..cun ooo selesa dan cantik sangat...sebab tu aku suka online lagi.. cuba tengok retis kita cam seperti Dato CT, Ziana Zain, Farah Fauzana, Neelofa dan ramai lagi. tudung yang digayakan kreatif dan mengikuti trend fesyen terkini haaaaa harap kan aku nasib ada tutorial kalau tak kelaut juga....

Sebab tu aku pon tertoleh toleh kalau nampak yg pakai cantik cantik...lepas tu pikiaq cam mana nak pakai...lepas tuu balik rumah skodeng fesyen tudung terkini online untuk wanita moden yang sering digayakan oleh ikon-ikon fesyen Muslimah tersebut. 

Jom kali ini aku kongsi dengan semua mengenai beberapa fesyen tudung yang pada pendapat aku sendiri amat fashionable dan trendy. Ringkas dan Menawan!! Cantik dan tertawan gitu 
Instant Shawl – Ini merupakan style atau tudung yang paling aku gemari. Bukan sahaja kini ‘trending’, malah amat mudah dipakai tanpa menggunakan sebarang brooch atau pin tudung.

Wide Shawls – Selain instant shawl, pemakaian wide shawls turut digemari oleh ramai wanita. Dengan menggunakan shawl, si pemakai boleh mencuba pelbagai fesyen lilitan tudung kontemporari yang unik....

Express Hijab – Atau juga dipanggil sebagai tudung sarung merupakan jenis tudung yang paling selesa dipakai. Tudung jenis ini juga boleh anda jadikan sebagai inner dan gunakan selendang di bahagian luar fesyen tudung yang lebih menyerlah. 

Sempoi kan lepas tuu senang...harga mampu milik..mengikut rate yang termampu kan...kompem mesti ada yang siap siap letak purse sebelah dengan mata terbeliak...rambang mata nak pilih...bukan setakat tudung...macam2 ada kat dalam butik online ni...

dah dah..aku nak klik jap kot kot ada yang menikam kalbu.....

Tuesday, February 10, 2015

Shopping: Wafer Maker

Ceta ahad sudah, aku baru je memyopingkan diri dengan membeli wafer maker ini..haaaa sebabnya anak dara aku sebok nak wafer,nak wafer...

Aku borong benda alah ni dekat si INTAN (boleh terjah FB intan ok kalau ada yang berkenan,macam macam makcik ini menjual- https://www.facebook.com/intarn.jamaluddin?fref=ts)

Tak payah sembang panjang jom tengok hasilnya, sampai jaa aku kat rumah terus diorang request nak wafer!!!, so apa lagi..jom jom .....kebetulan barang barang semua ada....terus cancel nak golek golek atras katil...



Cantik menawan,terpikat....!!!!
aku letak strawberry jaaa, lagi 2 dah kena kebas dengan anak aku..tak sempat nak snap picture..



Resepi dari :http://www.myresipi.com/top/detail/20582
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/6 cawan minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
  • * campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...

Cara-cara

  1. Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
  2. ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
  3. Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
  4. Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
  5. Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
  6. sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
  7. Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
  8. Jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

Monday, October 13, 2014

LivingSocial Deal : Mana barang aku!!!

Ok meh nak story  nak kata aku marah memang laa aku tengah marah niii berjangut aku tunggu sampai NOW..ok NOW bayang barang pon tak nampak...hantu sungguh!!! 

Memang laaa aku ini rajin menshopping online tapi pada barang barang yang menusuk kalbu..bukan laaa asal nampak jaa aku beli..tak aku beli bila aku bosan and kena pulak barang tu memang aku nak sangat....!

Aku purcahse barang on 26 September kata 7-Day Delivery tapi ni dah masuk berapa days...!!! Mana aku tak hanggin...!!!

Walaupon RM40 duit tau..sebab aku pecaya so aku beli....Sebab sebelum sebelum ni tiap kali aku beli dengan LivingSocial Deal alhamdullilah sampai..tapi NOW habuk pon tarak....bila call 03-229 73388 memanjang enggage....hamboi hamboi takkan BUZY 24jam...hebat business sampai RM40 aku pon nak rembat...


LivingSocial Order Confirmation: #6989228

LivingSocial Order Confirmation: #6989228
Barang yang aku beli....nasib aku murah kalau mahai mau aku balik KL aku isi borang 
"Memfailkan Tuntutan Di Tribunal Menuntut Gantirugi"

Aku hantar email 9-October-2014,
 LivingSocial Malaysia - Customer Care dated 9 October ( Help Request # 17017843 )
Ni email aku hantar tadi... harap kalau ada kaki tangan yang keja dengan LivingSocial Deal yang baca haaaa apa lagi....ini part komplen ....takkan nak wait & seesampai aku isi boroang tribunal pengguna...time bukan takat RM40 aku up lagi..!!!

And mulai hari ini juga aku dah Unsubscribe !!!


Thursday, July 31, 2014

Barang Winter wear MURAH

Orang sebok ngan raya ziarah menziarah hii, balik kampung....kami !!!! memandangkan aku anak yatim kematu...adik beradik pon tak ramai, MIL pulak orang Bangsar so KL/Selangor laa jawabnya aku beraya..dok pusing umah kekawan lepas tuu tawaf shopping complex.

Memandangkan hari ini memang tak ada plan,apa lagi lepas zohor terus kami keluar nama pon tak de plan terus aku ajak kelencong kejap ke kedai KOK KONG WINTER WEAR,Jalan Loke Yew ( aku tahu pon dari hasil google barang barang winter murah) ramai yang suggest masuk kedai ini...


Nama kedai ni Kok Kong Winter Wear. Terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Jom masuk. Hasil tinjauan memang murah laaaa juga, aku belek yang aku nak jeeee meh layan gambaq.


Kedainya tepi jalan besar jeeee..


SAmpaije terus disambut dengan staff yang sangatfriendly dan membantu...kedaiini ada 2 floor..atas ni rasanya jual luggage beg ngan accessori jeee kalau nak cari winter coat dan seangkatan dengan nya kena turun basement.

Luggage beg...macam macam kaler
harga sekali pandang +- lebih kurang jaa kot (yang nyatanya aku tak sure sebab tujuan aku barang lain)





Accesorie 


Ear Cover RM10-RM20

Winter Coat
Harga not badlah..tak semahal dengan kedai2 yg kat shopping complex tu. Warna pun menarik kan. 


Average price dalam  Rm100-RM250

Glove pun cantik2

Kids Boots

Adult Boots





Aku beli Long John RM90 satu memang murah, legging RM30-RM60 ini pon ada jenis jenis juga...ada yang pakai dengan jeans, ada juga yang pakai dengan slack or skirt..lain lain...

Alhamdullilah pekerja situ membantu...diaorg akan tolong suggest kan apa yang patut beli...kalau barang dah ada tak yah lee gatal gatal nak membazir kan...sebabnya rambang mata tengok winter coat kaler kaler..cantik...nasib aku dah ada..kalau tak mau aku beli lagi satu.

Kalau korang nak pergi kat bawah ni alamatnya:-

No. 170, Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
Tel:  03-9221 9311

Business Hours:-
Mon - Sat : 9 am - 6 pm

Sun & Public Holiday: 11 am - 6 pm

Website: www.kokkong.com


Thursday, October 31, 2013

Happy Dewali & aku yang kena kikis....

Budak ni berjaya mengapaw aku...haaaa cam dia yg nak sambut depavali....
soh ambik purple tak mau nak gak sama ngan baju...jangan laaa sok besaq nak matching matching bagai leh kayap aku,tunggu da keja..dah pegang gaji sendiri NO HAL
selagi aku pegang kuasa veto jangan laaaa fengsan aku..




Saturday, November 2
Diwali 2013
to all my indian friend's

May the festival of lights be the harbinger of joy and prosperity. As the holy occasion of Diwali is here and the atmosphere is filled with the spirit of mirth and love, here's hoping this festival of beauty brings your way, bright sparkles of contentment, that stay with you through the days ahead.
Best wishes on Diwali and New year.

Wednesday, July 11, 2012

Jakarta Day 2 & 3 - Family Holiday's - Ancol Themepark & Tanah Abang

Last entry letih da aku...haaa tp sopping Jakarta mmg HEAVEN..sesekali pegi Jutawan aku..bawa juta juta gitu ..haaaaaa

Ok Jumaat tuu lepas jeee ke Safari terus ke Ancol...memula paksupir bagi tau tutup kul 6 ptg...time tuu aku da cuak mana tak budak2 sure excited gile nak main pulak wp pon dapat 2 jam..tp pada aku yg nak membayarnya cam rugi lee pulak mana tak ..dalee bayaran masuk 
265,000 sorang, bayaran nak masuk kat pintu gerbang pulak 20,000 so kalau masuk setakat 2 jam apa kes...

Lepas jee dari pintu gerbang mai aaaa besarnya...Ancol nii terletak betul betul tepi pantai...alah cam padang kota kat Penang tuuu...tp sini lagi cantik boleh berenang, volley ball....ada taman permainan, gerai makan..
itu yg kena bayar 20,000 tuuu rupiah yeee!!! Kalau tak mau berhenti pon ok bole pusing pusing....tapi rugi aaaa sebab da bayar Rp20,000
Sayang nya kami tak sempat nak bergambar pon memasing kalut nak masuk DUFAN
keluar dari DUFAN da gelap....hadusss laaaa nyesal pulak tak snap 2,3 keping....!!!!

Budak budak da melompat lam Van bila nampak roller coaster bagai hadoi laaaa cepat2 aku gikaunter upa-upanya tutup kul 9malam...selamat Rupiah aku berbaloi & untuk bayar...so apa lagi  
JOM BERSERONOK !!!!

Membelakangi pintu masuk...wahhh aku pulak yg over excited.......

bukan main lagi sikenit tuuuu memula jeee wat muka cuak tp last last dia yang terjerit jerit pantang nampak semua nak naik..nasib waiting time tak lama...so diingatkan pada sesiapa yang nak ke DUFAN pegi leee time weekday..kalau weekend memang sesak....kebetulan pulak time kitaorg pegi tuu Jakarta skoll holiday...boleh dikatakan hampir semua permainan leee budak2 tuuuu dapat main....



time break lam kul 6.30pm tuuu ...
 BEST tapi tak CANTISSSSSS..haaaaa.....


 
 anak sapa laaa niiii...hissss mana pi mak pak dia niii....haaaaaa
opsss pak dia tertinggal kat Mesia....
 
aku lee tuu mak dia...kahhhh ni nak jadi ceta aku jeles tengok anak buah aku ngan siZidane dok pulun turun naik roller coaster....haiyaaaa tarak takut kaaaaa...

aku pun apa lagi..slow slow bergezuppppp lari masuk tempat beratur tuuu .haaaaaa
itu yg siShazleen melalak tuuu agaknya dia seriau kot...kahhhh
tapi memang best...kepala kee bawah tuuuu...lepas ni aku nak try naik kat USS pulak ..time aku pegi ari tuuu lum launch lagi...

turun jee kepala pon da tiong-tiong.."zxcdevrfsasdwerf."...pening kejap....!!!
haaaa tapi menang best!! 



dalam souvenir shop


pintu gerbang
banyak juga lee gambar kang tempek banyak2 muntah pulak..haaaa

Jom layan sopping kat Tanah Abang pulak...

Hasil hasilnya seawal pagi kul 9am da smapai & kul 5pm baru keluar ..baru nampak matahari haaaaaaa





Ni pulak time nak buat langsir....
but jangan ditanya berapa semiter...pada aku memang MURAH sangat...
sapa nak tengok meterial kain meh singgah umah aku...

order pagi malam da siap hantar ke Hotel..& da siap pasang pon kat umah aku....
ini case unplanned okey ...aku tak bercadang pon nak tempah langsir..tp bila da pusing pusing...da sembang-sembang...terberkenan pulak...!!!

 Ni area ruang tamu jeee...ruang makan, ruang atas....semua ada..!!!

Jom tengok lagi sebahagian dari suasana Tanah Abang