Tuesday, February 10, 2015

Shopping: Wafer Maker

Ceta ahad sudah, aku baru je memyopingkan diri dengan membeli wafer maker ini..haaaa sebabnya anak dara aku sebok nak wafer,nak wafer...

Aku borong benda alah ni dekat si INTAN (boleh terjah FB intan ok kalau ada yang berkenan,macam macam makcik ini menjual- https://www.facebook.com/intarn.jamaluddin?fref=ts)

Tak payah sembang panjang jom tengok hasilnya, sampai jaa aku kat rumah terus diorang request nak wafer!!!, so apa lagi..jom jom .....kebetulan barang barang semua ada....terus cancel nak golek golek atras katil...



Cantik menawan,terpikat....!!!!
aku letak strawberry jaaa, lagi 2 dah kena kebas dengan anak aku..tak sempat nak snap picture..



Resepi dari :http://www.myresipi.com/top/detail/20582
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/6 cawan minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
  • * campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...

Cara-cara

  1. Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
  2. ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
  3. Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
  4. Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
  5. Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
  6. sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
  7. Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
  8. Jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

No comments:

Post a Comment