Showing posts with label shopping time. Show all posts
Showing posts with label shopping time. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Zalora:Fesyen Tudung Terkini Wanita Moden

Aku memang jenis rambang mata sikit, nak harapkan mencari kat kedai kedai yang berlambak kat giant tuu kaaa, kat PKNS kaaa semua memang aku malas bukan apa ...lam ati dok pikiaq nak beli lain sampai kedai lain aku capai silap haribulan langsung tak capai apa..mana tak dengan nak tengok sikenit shazleen tuu lagi lepas tuuu dengan siAin pulak time tuu laaa sebok juga menempek nak juga....kejap kejap tanya cantik tak?..cantik tak?...abis aku !! terus menganggu mata dan tangan aku dengan nak membelek tudung lagi tambah dengan laki aku yang sure sure malas nak layan sikenit  tuuu lama lama.....tau laa budak....!!

"cepat sikit ibu..." selang 5minit.."cepat sikit ibu..." hadoi mak nak menyoping pon tak senang.....tak hangkut laki tak bole bank bergerak sedunia tuuu...last last hangkut masuk keta jaaaaa 

Memang spoil sebab tu aku lagi suka belek Instagram, buka FB takpon PC haaaa selamat dah tak yah nak sibuk2 ajar laki meround semua kedai carik tudung kaler matching2...fesyen fesyen bagai dah canggih okeh...ko duduk umah dediam lepas masak , lepas kemas umah...ade line internet...ada online banking..jangan kan baju..kasut..makanan....semua boleh beranak pinak..tudung pon boleh beli online hokeh...

ko duduk jer lah ber-jam memilih tudung depan komputer ker..atau kat hp canggih ko tu..tak yah penat2...panas2 nak gi mencarik...tu kat online tu...berlambak macam2 design ada...macam2 kaler...macam2 jenis...kempis 'purse' aku kat bank tu ooii membayar...tak ley ku tahan napsu serakah bershoping online sekarang ni.....huwaaaaaaa....takpon aku wasap jaa laki tolong bayarkan haaaaa masatuuu berjuta alasan aku bagi haaa selalunya alasan sikenit laaaa senang approved...Sayang laki muahhhhh ckettttt!!!


Tambah nak  memasuk penghujung April dan ini bermakna tinggal lagi dua bulan lebih ja sebelum bulan Ramadhan pertengahan Jun nanti...so apa lagi apa kata skodeng online sure ramai dah siap tempah baju raya kan so jom jom cari tudung pulak untuk digayakan.....kain baju raya aku jaaa belum tempah lagi dok dalam bonet keta...acaner...beli online juga laaa jawabnya kalau tak da sapa yang sudi ambik tempahan lagi....konfen meraung lagi purse aku silap silap koyak rabak.....

tambah tambah sekarang ini dah ramai wanita moden dan bekerjaya minat busana Muslimah dengan pakai hijab yang cun cun ...belit sana belit sini..cun ooo selesa dan cantik sangat...sebab tu aku suka online lagi.. cuba tengok retis kita cam seperti Dato CT, Ziana Zain, Farah Fauzana, Neelofa dan ramai lagi. tudung yang digayakan kreatif dan mengikuti trend fesyen terkini haaaaa harap kan aku nasib ada tutorial kalau tak kelaut juga....

Sebab tu aku pon tertoleh toleh kalau nampak yg pakai cantik cantik...lepas tu pikiaq cam mana nak pakai...lepas tuu balik rumah skodeng fesyen tudung terkini online untuk wanita moden yang sering digayakan oleh ikon-ikon fesyen Muslimah tersebut. 

Jom kali ini aku kongsi dengan semua mengenai beberapa fesyen tudung yang pada pendapat aku sendiri amat fashionable dan trendy. Ringkas dan Menawan!! Cantik dan tertawan gitu 
Instant Shawl – Ini merupakan style atau tudung yang paling aku gemari. Bukan sahaja kini ‘trending’, malah amat mudah dipakai tanpa menggunakan sebarang brooch atau pin tudung.

Wide Shawls – Selain instant shawl, pemakaian wide shawls turut digemari oleh ramai wanita. Dengan menggunakan shawl, si pemakai boleh mencuba pelbagai fesyen lilitan tudung kontemporari yang unik....

Express Hijab – Atau juga dipanggil sebagai tudung sarung merupakan jenis tudung yang paling selesa dipakai. Tudung jenis ini juga boleh anda jadikan sebagai inner dan gunakan selendang di bahagian luar fesyen tudung yang lebih menyerlah. 

Sempoi kan lepas tuu senang...harga mampu milik..mengikut rate yang termampu kan...kompem mesti ada yang siap siap letak purse sebelah dengan mata terbeliak...rambang mata nak pilih...bukan setakat tudung...macam2 ada kat dalam butik online ni...

dah dah..aku nak klik jap kot kot ada yang menikam kalbu.....

Tuesday, November 11, 2014

Model Cabai Giling Sampan

Tu dia model cabai giling, 
Kita sebok nak cari barang, budak.ni.pon sebok nak pose soh snap gambaq dia..

Monday, August 25, 2014

Kasut Baru lagi

Peminat PINK budak kenit Shazleen ini.
Semalam petang tertiba sishazleen siap pakat dengan papa dia nak makan pizza lepas maghrib...cakap bisik bisik tapi satu umah bole dengaq..ngerr ngerrr konon konon nak berdating berdua jaaaa...

Dia tak tau ibu dia part berjalan tawaf mall sehari suntuk pon no hal...!! Awal awal lagi aku dah bersiap...haaaa haaaa gelak jahat ***

Sampai Bintang Mall aku siap pesan no toys!!! Book only!!!

Lepas pizza, aku heret semua masuk Parkson jap nak cuci mata...alih alih dia berkenan pulak ngan kasut ini....memula aku malas nak layan...kasut dia mengalahkan stok kasut aku pulak, dulu masa keja aku laa winner now aku tengok kasut dia lagi berlambak dari aku...tu belum lagi kat rumah BJ..sah sah lawan tokey.. memang aku tak bagi beli  lepastu dia berlari mengadu kat papa dia...last last dapat kasut PINK...siap stokin okeh...


Tuesday, August 19, 2014

Asal tolong claim Upah !!!



Rajin budak kecil ni tolak troli. Hari ini ceta budak kenit ni, lepas ambik dari sekolah terus aku ajak ke supermarket sebabnya cadang nak berbuka hari ini dengan seafood paprik.
Mengoffer diri tuu !!

Anak dara sapa laa ini.... siap nak tolong hangkut beg plastik barang lagi...Ternganga nganga laa mulut sebab berat....asal jalan sikit stop....jalan sikit stop..(ni kalau bapak dia nampa mau bising kat aku ini)

tu dia ..UPAH nya
haa ingat tolong kosong kaaaa...masuk toilet pon kena bayar oooo
bukan satu...2 sekali dia rembat..mahai pulak tu RM4.20 (s)
padahal isi dalam comel jaaa 


tudia...sekali dia request toy...tapi aku belikan apa tah nama dia...senang buat math heee
kebetulan kat sekolah pon dah start belajar campur dan tolak , ingatkan tadi nak jee aku beli kayu eskren heeee


Now ini tengah popular kat sini, tak sure laaa kalau kat KL pon sama...kawan kindagarden kasi!! bukan main lagi kids now day kreatif..

Thursday, July 31, 2014

Barang Winter wear MURAH

Orang sebok ngan raya ziarah menziarah hii, balik kampung....kami !!!! memandangkan aku anak yatim kematu...adik beradik pon tak ramai, MIL pulak orang Bangsar so KL/Selangor laa jawabnya aku beraya..dok pusing umah kekawan lepas tuu tawaf shopping complex.

Memandangkan hari ini memang tak ada plan,apa lagi lepas zohor terus kami keluar nama pon tak de plan terus aku ajak kelencong kejap ke kedai KOK KONG WINTER WEAR,Jalan Loke Yew ( aku tahu pon dari hasil google barang barang winter murah) ramai yang suggest masuk kedai ini...


Nama kedai ni Kok Kong Winter Wear. Terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Jom masuk. Hasil tinjauan memang murah laaaa juga, aku belek yang aku nak jeeee meh layan gambaq.


Kedainya tepi jalan besar jeeee..


SAmpaije terus disambut dengan staff yang sangatfriendly dan membantu...kedaiini ada 2 floor..atas ni rasanya jual luggage beg ngan accessori jeee kalau nak cari winter coat dan seangkatan dengan nya kena turun basement.

Luggage beg...macam macam kaler
harga sekali pandang +- lebih kurang jaa kot (yang nyatanya aku tak sure sebab tujuan aku barang lain)





Accesorie 


Ear Cover RM10-RM20

Winter Coat
Harga not badlah..tak semahal dengan kedai2 yg kat shopping complex tu. Warna pun menarik kan. 


Average price dalam  Rm100-RM250

Glove pun cantik2

Kids Boots

Adult Boots





Aku beli Long John RM90 satu memang murah, legging RM30-RM60 ini pon ada jenis jenis juga...ada yang pakai dengan jeans, ada juga yang pakai dengan slack or skirt..lain lain...

Alhamdullilah pekerja situ membantu...diaorg akan tolong suggest kan apa yang patut beli...kalau barang dah ada tak yah lee gatal gatal nak membazir kan...sebabnya rambang mata tengok winter coat kaler kaler..cantik...nasib aku dah ada..kalau tak mau aku beli lagi satu.

Kalau korang nak pergi kat bawah ni alamatnya:-

No. 170, Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
Tel:  03-9221 9311

Business Hours:-
Mon - Sat : 9 am - 6 pm

Sun & Public Holiday: 11 am - 6 pm

Website: www.kokkong.com


Friday, June 22, 2012

Marina Bay & Singa Putih

Nak tempek sikit lagi gambar masa gi SG ari tuuu  kali ni area Fullerton pulak..menapak lee dari hotel -Raffles sampai kee Esplanade terus ke area One Fullerton sesambil jalan sesambil snap picture....haaahhhaaaaa  nasib cuaca alah alah sejuk panas jeee...heeee!!

Hujan rintih sikit sikit masa memula nak keluar hotel tuuu ..tp gigih gak lee aku menolak stroller sikenit tuu...haaaaaahhhh...takkan nak lepak bilik jee kann..kann..kannn..

Sesuka ati aku jeee kan...singa putih lee apa leee....




haaaaa singa putih

The Merlion (Malay: Singa-Laut) is a mythical creature with the head of a lion and the body of a fish, used as a mascot and national personification of Singapore. Its name combines "mer" meaning the sea and "lion". The fish body represents Singapore's origin as a fishing village when it was called Temasek, which means "sea town" in Javanese. The lion head represents Singapore's original name — Singapura — meaning "lion city" or "kota singa".
http://www.streetdirectory.com/travel_guide/singapore/tourist_attractions/120/merlion.php

Marina Bay
alah semua org tau punya...simbol SG!!!....

Penat ..lepak dulu kat tepi Esplanade Park sambil makan "kopok"
Laki aku pulak sebok dok snap sana, sini...itu laaa selalu bila masuk SG tak teringat nak snap bagai....haaaaa 

aku laa model ari tuuu....haaaa (jgn muntah yaaaa)

posing banyak banyak sebabnya laki aku baru nak mentesting lens baru yg dia sempat rembat kat Pennisular Plaza....