Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Friday, July 29, 2016

Birthday Gathering kecil2an

Throwback birthday gatherig buat si Iman Shahzeleen ni, baca sini yourday NURULIMANSHAHZELEEN. Dah 7 tahun pon budak kenit ni rasanya baru lagi  aku bersalin kan dia heee....

Dah nama pon budak kan..sebulan sebelum pon dah terexcited, hari hari tanya bia besday dia? berapa hari lagi? Jenuh ooo nak layan siap macam macam plan nak buat kat sekolah laa apa laaaa..bagi aku lagi senang kalau buat kat sekolah masa rehat just belikan kek sebiji, goodies pack & served food sikit.

Tapi itu laa kita just plan yang tentukan nun kat atas sana iya dak...kebetulan masa besday dia ada pulak ujian tropika, macam tak best pulak nak ganggu budak budak tuu walaupon time rest kan..

Nak jadi cerita kawan aku request coq udang & nak datang beraya, itu yang decide malam 27hb just buat simple makan malam, budak budak nak happy jee kannnn sementara kecil lagi ni aku layankan jeee.

Dah alang2 nak masak tu kan..aku pikir buat lebih jemput kawan-kawan rapat..sedara lain.. dan jiran2 yang dekat..tak ramai sangat pon sebenarnya..sebab..kudrat tenaga... dan masa tak cukup lagipon aku sorang jee bersilat kat daapor so mana yang sempat jeee aku masak. Ada laa rezeki untuk jemputan yang datang.



 I love you my precious!
Besday Girl dengan kek red velvetnya bukan main request kek ikut tekak dia. Nasib sedap. Kek ni shusben aku order dari kawan dia, just nice tak manis sangat bole kata malam tu juga kek ni habis dibaham semua. Reviewnya semua kata sedap.

Kawan sikakak yang stay berdekatan
Besday gal, Umi & Hashya simontel
Juadah malam tuu pon simple gak dah nama makan malam kan so aku just hidangkan nasi putih,sambal belacan & ulam-ulaman, ayam masak merah, sambal udang petai, kari daging, ayam berempah & ikan masin.

Best bila ada ikan masin bertambah semua makan..baguih baguih !! Ramai yang comment banyak jenis lauk pauk aku masak haaa tipsnya mulakan masak dari awal, lepas tu sediakan bahan bahan sehari sebelum...ayam berempah tuu aku perap sehari sebelum lepas tu simpan semalaman dalam fridge, bahan bahan semua aku siap potong malam sebelum sebabnya aku kena pastikan sebelum tetamu sampai semua dah siap tak laa kelangkabut nanti dengan nak menyembang lagikan, aku pun dah siap mandi & wangi tak laa berbau bawang satu badankan mau guest aku pakat lari balik cepat...heee 

lagi satu sebelum depa semua sampai juga aku pastikan juga dapor aku berkilat, mana mana tak patut ada aku simpan, sampah siap siap buang sebabnya semua lauk pauk aku hidangkan kat area wet kitchen so memang kena pastikan semuanya clear laaa kannnn. 

Haaa tips tuuu pada yang nak buat jamuan kat rumah lain laaa kalau ada maid 2,3 orang yang boleh tolong mengemaskan. Opss lagi satu yang mempercepaatkan proses masak memasak sebabnya aku sorang sorang kat dapor tak ada pengacau haaa ini part paling penting tak da sapa kacau an je rasa duduk kat dapor buat keja, so senang keja beres on time lagi satu aku ada periuk NOXXA yang banyak membantu haaaaaa.....citt sempat promote tuuu..!!Memang best ada periuk ni.


Sambal udang & ayam berempah
Kat main table aku letak desert pulak ada coq udang,kuah kacang,ketupat,lemang & nasi impit ni plus ada rendang daging sikit jaa pon aku buat balance dari kari daging tuuu nak buat semua macam banyak so aku jee rendang pulak sebabnya shusben aku kalau ada nasi impit lawannya rendang baru bertambah kalau tak macam tak kena...
Lime logan mint juice, menu ni aku dapat dari kakyan http://yan-yanjournal.blogspot.my/2016/07/lime-longan-mint-drink.html
Memang sedap masukkan jee semua bahan lime aku beli di tesco shah alam sebabnya masa pegi kedai pak arab batu3 habis laa pulak nasib ada di tesco, serai,mint,logan, aku add in laici juga and lemon..perhh memang best. Ingat kan budak budak tak layan rupanya lagi laju dari mak mak budak nii...tapi aku sediakan juga sirap lemon (picture tak snap pon haa sirap jee kot,bak kata siAin) 

Baru aku perasan gambar aku dengan besday gal tak sempat snap pon..situkang ambil gambar lagi sebok dok posing dengan kekawan dia...
Tetamu yang hadir.









Sampai ke12malam baru clear rumah,last sekali balik kakak aku, sempat lee tolong basuh pingan & buang sampah sarap. Penat tapi puas sebabnya semua makanan habis just nice ada balance pon tak laa membazir. 

No comments:

Post a Comment