Menu untuk PotLuck berbuka puasa kat rumah kaklong kawasan hee Nora, mulanya plan Jumaat Tapi sebab takut kalut and tak sempat sampai ontime itu yang ubah sabtu...
Aku sempat laa sebabnya sepelaung jaaaa. Potluck kami kami jaaa habuan sebelum raya. Menu nasi lemak,ayam tandori goreng,satay ada, popiah basah ada, belum masuk jajan jajan yg berjenis haaa...tapi yang best nya lepas jee baca doa berbuka memasing leka mrngadap juadah langsung memasing lupa nak snap gambaq....hualahhhh ...takpaaa nasib aku sempat snap bread puding aku haaa..sengal! Alhamdullilah bekas kosong tak berbaki ...review semua kata marbelles itu pasal aku taruh tajuk ala ala nak gempak padahal resepi sama jee cam otai otai yg lain buat...
Jom simpan resepi sebabnya aku jenis yg sekali sekala baru nak buat harus laa kelupaan ...
Untuk Roti
roti - watak utama and aku guna roti butterscoth <lagi sedap sbb nya rotikan jenis lembut> berapa keping main agak agak jaa sampai cover bekas
3 cawan susu rendah lemak or bergantung pada roti, asalkan dah terendam ok dah tuu, tekan tekan sikit
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
1 kotak kecil kismis / choclatechip pon bole (aku masuk kan sekali sbb ada balance buat biskut aritu)
sedikit majerin
Kuah Kastard
1 tin susu cair
1/4 air
2 sudu gula
1 suduh teh esen vanilla
2 sudu besar tepung castard
Cara-cara
Sapukan majerin dengan rata di loyang.. Koyakkan roti kepada 2 atau 3 bahagian dan susun di dalam loyang.. Tabur dengan dengan kismis. Kemudian ambil satu mangkuk besar dan campurkan 3 cawan susu rendah lemak, telur, gula dan 1 sudu teh esen vanilla. Kacau rata kemudian tuang di atas adunan roti di dalam loyang tadi.. make sure semua roti basah dan terendam dalam susu... Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 170c selama lebih kurang 45 minit.
Cara-cara membuat kuah castard
Tuangkan susu cair, gula, 1 sudu teh esen vanilla dan tepung castard kedalam periuk.. Kacau rata dan masak di atas api perlahan.. kacau tanpa henti sehingga kuah memekat..
No comments:
Post a Comment