Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Friday, July 29, 2016

BISKUT TIRAMISU so yummy

Masa besday sikenit Iman 2 hari lepas aku buatkan laaa Gathering kecil2an sekali makan makan raya untuk Birthday Girl so salah satu menu yang senang,mudah haa desert ni biskut tiramisu .. makan time sejuk memang best.

Bahan bahan pulak senang & sure sentiasa ada punya laa kat dapor kan..

1 peket biskut - dari apa-apa jenis (kat rumah ada cream creakers & biskut tiger)
1 tin susu cair - dari brand apa pon tak kisah
2 s/b susu pekat- sebenarnya tak taruh pon tak kisah bg yang tak suka manis sangt sbb bila tabur milo confirm terasa manis...,budak budak suka laa kot memanis nii...
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo, horlick kee apa jee...peminat nescafe haaa taruh jaaaa 

Semua bahan bahan tuu campur sekali dalam periuk kecuali biskut naaa...kang masuk biskut sekali dah tak jadinya tiramisu laaa pulak.. ok guna api pelahan dan kacau sampai pekat dan likat tau jangan pulak tak kacau kang hangit naya jaaaa ..

Dah pekat, likat susun biskut lam bekas...aku memula guna balance biskut cream creakers budget cukup la kannn alih alih sebab bekas besar so sempat 2 layer jee heee nasib ada sepeket lagi biskut tiger anak dara aku..apa lagi terus sambaq susun sebelum dia nampak kang jerit pulak, anak dara ni biasa laaa time aku nak guna time tuu laa kang nak makan,nak gigit laaaa...nak kena gigit juga ngan aku kalau tak dok lam paket jaa.
lepas dah siap susun terus taruh kastard jangan lama lama nanti kastard bila dah sejuk lagi pekat. Siap biskut,kastard tabur milo kaa horlick kaaa..bole juga tabur serbuk Nescafe nak kurangkan manis. Aku tak mix pon sebab kat rumah ni memang tak da nescafe heeee.. 

Buat laaa lapisan demi lapisan, aku buat 3 layer jeee itu pon ada balance so buatkan 1 lagi bekas Tupperware plastic.

Nampak kan layer by layer, dah siap masukkan dalam fridge 2-3jam nak makan baru keluarkan...

No comments:

Post a Comment