Tuesday, November 8, 2011

paVLoVa

orang buat aku pon sebok nak buat....jenuh bergodek, bergoggle, berpeluh bagai...mencari bahan...hehheew padahal sempoi jee resepinya....cuma aku kantoi tang whipping cream cam tak kick pulak..hehhhhh 
last last menjadi gak leeee PaVLoVa aku niii ...best memang sedap tambah lepas keluarkan lam fridge..sejuk sejuk...terus ngap....terangkat..manis masam...semua perfect..!!!!

Resepi aku ambil kat blog kak ZaI.....suka sangat sebab kat kakzai memang rajin masak...macam macam ada.....(akak sue share kat sini gak yeeee...kang senang nak try lagi....tq)..


Comot gak..mana tak sikenit tak menyempat nak cucuk cucuk..siap nyanyi lagi heppi besday lagi..iskkkk budak niii....

PavlovaSumber: Jun@cupkekasi
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahannya


4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g) - akak letak 3/4 cawan gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung- akak letak 1 tbs tepung jagung

(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)

Hiasan
1 kaleng (tin) pic
1/2 cawan strawberry (kaleng bersirap)
1 cawan heavy whipping cream (saya guna brand Red Man, sedap)


Cara membuatnya

1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.(akak panaskan oven api bawah sahaja)
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.


4 comments:

  1. @Yan
    comot laaa kakyan tapi ada rasa laaaaa,kakyan singgah laaa umah buruk sue...nnt sue buatkan heheheheh.....

    ReplyDelete
  2. salam suhailas..
    wah menjadi gak pavlova..kenape whipping cream x jadi..x kental ke?kurang pukul kot...

    ReplyDelete
  3. @kzai
    kak zai kena tuntut ilmu lagi niii.....tak pass

    ReplyDelete