Sunday, November 7, 2010

RoaSt ChiCkeN


Menu TeaTiMe semalam pLus DinNer terus...alah alah 2in1..hehhhh.resepinya siambil dari umah kAk RoSe yang sememangnya mavellous....meh tengok resepi n ..... timakasih ya akak.Hiasan mmg sempoi jee sebabnya kids mmg kureengg sikit kalau letak salad,timur or hirisan tomato...kiranya last last nanti tak bersentuh langsung....so dari membazir terus tak taruh...Kalau nak tengok hasil yang mmg menarik lawat umah kakRose key...

Bahan-bahan:

1.3 Keping Whole Leg (sue guna 4,5...kebetulan MIL ada kt umah)
2.Garam
3.Kicap pekat (lagi best kalau sos black pepper)
4.Serbuk lada hitam
5.Madu
6.1 biji bawang besar diparut
7.2 biji bawang putih*
8.Sedikit halia*
9.Sos tiram

Cara


1. Bersihkan ayam dan cucuk2kan untuk serap bahan perap
2. Tumbuk lumat bahan*, masukkan bawang parut tadi, segala kicap, madu dan serbuk lada hitam
3. Sebatikan dan lumur rata pada ayam dan perapkan. KakRose perap 2jam..lagi lama lagi ada ummphhh kot....
4. Masuk dalam loyang dan tutup denga kertas foil. panggang +- 1 jam

5. Sue tambah : Agak2 nak dekat masak sue taburkan gula pada ayam tersebut so nnt nampak kekuningan...



Resepi Sos Lada hitam untuk Chicken & kentang putar atau mashed potato,saya celok di potretkasih, minta izin copy n paste yaaa akak....

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.(sue tak taruh pon sbb kids mmg kureengg sikit bab bab sayur sayuran niii)


 Kemudian hidangkanlah panas–panas dengan bahan-bahan  yang telah disiapkan tadi. Tuuu budak yang tak sabar nak makan ....


2 comments:

  1. bestnya..panggang ni guna api bawah je ke or atas bawah?
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. @nur Nur api bawah jee.......thank yaa singgah jenguk..

    ReplyDelete