Sejak dua menjak ini petang petang ada jee aku nak buat..nak membuta malas walaupon penat lepas ambik antar budak budak ni dari sekolah....mana tak nya asal jee baru nak membuta dah kena keluar balik antar zIdane pegi tuisyen laaa,pegi latihan futsal laaa....last last aku layan instagram laaa,FB laaa,google laaaa cari resepi asal tengok orang buat jaa mula laaa aku pon gedik gedik nak buat gak..
Kuih badak berendam ini dah lama laa juga teringin nak buat bila tengok group sekolah wasap gambar dia dah siap buat untuk minum petang....terus aku tanya resepi...haaaa tanya tak menyempat..buatnya entah iya entah tak....tapi alhamdullilah berjaya gak...
Thank kiyah....walaupon sekadar "alah cam buat kuih koci jaaaa:..haaaaa kuah santan,tepung gandum,gula...heeee..ok mai aku susun atur resepi elok elok...!!!
Kulit Tepung :
2 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan air perahan pandan / aku guna pewarna jaa
1 s/k esen vanilla
## uli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam
##caramembuatnya sama seperti inti kuih koci @ onde onde
Untuk Santan:
21/2 cawan santan pekat
2 sudu tepung beras
Daun pandan
Sikit garam
Gula - sekadar manis manis buah
ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis.
Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
Sedia dihidangkan bersama-sama kuah
Hubby aku siap makan campur ais batu lagi.....sedap katanya...hmmm macam macamlaa kan...
No comments:
Post a Comment