Wednesday, November 5, 2014

Buli di asrama

Tak tau nak cakap apa bila tengok video budak form 1 kena buli dengan budak form 4, terbayang anak aku.. Melampau laaa budak budak sekarang ini !!!


Setakat buli mental torture okey lagi, cam suruh basuh baju,basuh kasut, angkat air contoh laaaaa !! 

Bagi aku ini bukan isu main main, kesian anak anak orang yang kena buli....Sungguh seram bulu roma....last month kes buli di MRSM Balik Pulau...tup tup dalam masa 2 hari ini jadi lagi kes buli..padahal yang lepas pon setakat tindakan gantung pelajar yang kaki buli tuuu ..!! perhhh lagi laa naik lemak sebab tak payah di skoll padahal yang kena buli..mak ai nak recover makan masa oooo...

Silap silap nak gi sekolah pon dah takut....dari budak pandai terus merudum....!!! Semua nya berlaku kat asrama....hadussss!!!

Patutnya bebudak yang kaki buli ini kena social community umtuk peringatan pada budak budak asrama lain...biaq malu and takut nak buli dah.

Budak yang baju hitam merah tuu punyak laa terjerit jerit nangis...meremanag bulu roma aku...memang kalau aku ada makan pelempang laaa budak yang buli ini...haaaa lepas tuuu budak tuu buat report kena lempang ngan aku, lepas tuu mak pak dia mai saman aku pulak,,,padahal anak sendiri macam HANTU...geram aku..memang aku EMO !!!!

Terjerit jerit budak tuuuu...mana pi pelajar yang lain.....!!!!!

cuba buli makan maggie cam ini..okey laa juga




Aku sentiasa berdoa semoga anak aku MUHD ZIKRI HELMI sentitasa dalam lindunganya...Risau juga laaa kes kes cam ini....

Amalkan doa ini juga setiap kali selepas solat waktu semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan ahli-ahli keluarga kita dari bahaya dan musibah. Kita tiada daya upaya mengawal sesuatu sekiranya berlaku kepada orang yang kita kasihi. Hanya kepada Allah SWT kita berserah.



Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem


Maknanya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud ayat 56)

### Takziah & al fatihah buat kawan satu dorm dengan anak aku atas kehilangan ayah tersayang semalam akibat heart attack, zIkri cerita meninggal berdekatan dengan MRSM juga mungkin tengah drive kot...wallahualam Buat kawan anak aku, semoga adik tabah dalam menghadapi kehilangan ini dan tekun belajar hingga berjaya.###




     

No comments:

Post a Comment