Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, November 4, 2014

Kuih Keria yang sangat lembut


Baru nak update...masa ini ada laa balance 3,4 ketui lagi kuih keria ini, mana tak nya sambil layan TV sambil tangan mengagau seketui....haaaa bukan aku tau ini haa anak bujang yang dok lapaq 24jam....

Mau tak mau memang nak kena ada makanan buat dia...haaa budak tengah nak membesar !! Dulu masa zaman zIkri badan dia boleh tahan..sedap peluk....!! time zIdane kurus kering...tinggi..

Memula ingat nak buat badak berendam, tapi bila pandang keledek ada lagi 3 ketui terus tukar menu.




Bahan-bahan :
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum-akak kurangkan sikit
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakannya :
Rebus keledek keledek hingga empuk masukkan sikit garam dan lenyek ketika masih panas, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Ambil doh bulatkan dan leperkan, Bentukkan lubang bulat di tengah.
Masa nak bentukkan taburkan tepung agar tak melekat
# nak senang dan cantik boleh juga guna acuan buat donut.

Panaskan minyak dengan api yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Cara-caranya:
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api

Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera 



No comments:

Post a Comment