Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, April 19, 2011

Happy Birthday M.A.K


19 April 2011,  H.A.P.P.Y.   B.I.RT.H.D.A.Y   M.A.K  ...seperti tahun tahun yang lepas aku,umi,chaq tetap mengingati tarikh ni....malah telah terpahat dalam hati kami semua. Genaplah tahun ke 3 pemergian arwah ibu tersayang ke rahmatullah yang dikebumikan bersebelahan dengan pusara arwah ayah atas permintaan semasa hayatnya masih ada dulu. Sedikit sebanyak terasa juga kehilangan walaupun orang memandang seakan-akan tiada perasaan sedih atau hiba terpancar dari wajah bila arwah ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 tahun  yang lepas. Walaupun tiada air mata yang keluar mengalir sekarang ini, tidak bermakna dalam hati tiada raungan tangis. Tak perlu ditanya sedih atau tidak, yang tahu hanyalah aku dan Tuhan. Dan sekuat-kuat dugaan adalah kehilangan dan kematian insan tersayang. Pada saat itulah dapat dinilai sejauh mana aku merindui arwah mak.....

Mak,engkaulah wanita,
Yang ku cinta selama hidupku,
Maafkan anakmu bila ada salah,
Pengorbananmu tanpa balas jasa,

Ya Allah, ampuni dosanya,
Sayangilah seperti menyayangiku,
Berilah ia kebahagiaan di dunia juga di akhirat...


Hanya iringan doa dan ayat-ayat suci sebagai hadiah untuk mak setiap kali mengenangkannya. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Amin


4 comments:

  1. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. alfatihah buat mak dan ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.

    alahhhh tetiba windu kat mak. padahal baru je cakap dgn dia tadi..

    ReplyDelete