Zurich--->Lucerne
Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI
Untuk lihat view Jungfrau, sila keSINI
Lepas habis Jungfrau kami tawaf hari sebelumnya, Esoknya kitaorang day trip ke Luzern pulak walaupon tangan masih terasa sejuk megigil lagi akibat aksi terlampau di Jungfrau. Mana taknya siap bergolek golek atas salji lagi...post bagai nak rak..terlentang, terbaring, baling baling snow..alih allih baru perasan tangan tak pakai glove ....dalam ramai ramai aku laa cabut masuk paling awal....!! tak sanggup makkkkk....walaupon sekejap tapi sejuk sampai ke tulang hitam....
Lepas aksi terlampau memasing tayang muka cuak....memang tak tak rasa langsung darah kat jari jari tuuu...si Yang lagi laa terus diam kelu nak berkata kata, aku and leeya yang dah ok sikit terus cepat cepat bungkus si Yang dengan shawl ...,si Farah sampai keluzern dok rasa kebas jari lagi....penangan snow..!!! Alhamullilah kami semua ok....
Lepas check out, kitaorang simpan luggage kat lobi hotel jee, malas nak berangkut sampai ke Luzern sebabnya malam kami terus nak ke Germany.
Zurich Hb (singkatan bagi Zurich Hauptabanh) atau Zurich Main Station. Dari sana, kami naik regional train untuk ke Stesen Luzern. Perjalanan dari Zurich ke Luzern mengambil masa lebih kurang satu jam. Tapi serius tak terasa pon 1jam berlalu...kalau sepannjang jalan view cantik sangat...
Luzerne Dikatakan antara bandar yang tercantik di Switzerland.
"Chapel Bridge" dan "Water Tower", yang famous. Ianya merupakan jambatan kayu tertua di Eropah
Chapel Bridge & Water tower ini lambang mercu tanda bagi bandar Luzern. Kiranya port wajib berrgambar kalau datang Luzern
Haa ini pulak angsa putih
Di sekitar Sungai Reuss di sini selalunya di datangi oleh angsa putih. Jernih air nya and siap buleh nampak itik berenang hingga ke dasar air...besttt...
Hotel Schweizerhoe
Sama juga kat mana - mana nak lintas tunggu traffic lite tukar kaler dulu, sebabnya kenderaan walaupon tak banyak dan jem macam KL still kena berhati hati. Lepas kami posing posing tepi jambatan kat water tower, siFarrah sempoi jaaa berlari intas jalan nasib tak bertembug ngan keta Merc...siap kena hon lagi.huhhhhh kalau jadi apa apa jenuh kakcik (siLeeya) kena menjawab dengan mama diaorang....
area sekitar bandar Lucerne
Sepanjang jalan nak ke Chapel Bridge tu...banyak pokok ni. Tatau apa namanya.. bogel pokok ni..tapi still lawa. Memang tak puas mata menatap keindahan Lucerne ni. Tengok angsa berenang, perhhhh tenang seh dengan cuaca yang sejuk lagi seronok berada di town yang kecil ni.
Siap tawaf bandar luzern area bberdekatan kami terus tunggu feri di platform no 1 untuk ke Vitznau. Platform Satu ni memang khas untuk feri , betul betul terletak di seberang jalan sahaja dari Stesen Luzern.
Kitaorang gunakan Swiss Pass untuk tiket feri (please check with information counter atau pegawai diplatform before you embark unto the ferry ya..) untungkan so perjimatan di situ kalau ada swiss pass. Kaunter pertanyaan kat side tepi sekali and boleh semak schedule feri.
Kami pilih duduk kat dalam sebabnya tak tahan sejuk...mengigil, tapi sempat laaa BFF aku yang 3 orang lagi plus zIkri keluar sekadar nak posing & snap gambar sesamil nak lihat permandangan yang lebih jelas. Sekejap jaa pon lepas tuu sorang sorang masuk dalam ak menahan sejuknya... Aku memang tak keluar langsung sebabnya baru baik selsema so memang kemalasan tahap maksima laaaa.
Personally memang aku sedar betapa sejuknya cuaca di Luzern. Walau pun sejuk menikam tulang, ramai aje orang memilih duduk di luar feri sebab lebih best view nya di luar.
View dalam yang tak kurang cantik nya, dalam ni pon ada 1st class & 2nd class. Ynag cantik ini tentu tentu 1st.clas kan.
Aku tak persan ada berapa banyak stesen yang harus ditempuhi dari Platform Satu untuk ke Vitznau. Dok melayan mata tengok 1 group Hindustan..muka sebijik pelakon ..hidung mak ai ...seriau pulak aku tengok. Tak silap aku Vitznau adalah stesen terakhir sebelum feri berpatah balik ke Platform Satu di stesen Luzern. Kami tak turun pon duduk sambil menikmati permandangan di sepanjang perjalanan dengan feri yang sangat cantik .
Kalau nak turun mana mana pit stop bole jaa no hal..pilih jaaaa.
Lepas nak feri terus kitaorang balik ke SBB station untuk balik ke zurich sbabnya train kami ke germany malam.
Makan roti keras ini habuan lapik perut, salty sikit agaknya siYang salah pilih kot. Nasib masa di station luzern aku & zikri sempat terjah Mekdi makan filled fish.
Time balik opis itu yang berpusu pusu umat. View sekitar Zurich
Serius Zurich aku rasa negara yag selamat & aman. Masa sampai yang aku kata sesat cari hotel tuu Kuar masuk lorong yang kami tak tau pun mana kami berada, kami jadi tak takut dengan jenayah-jenayah yang mungkin ada.
Serious sapa yang pergi Swiss mesti rasa cozy jee...tenang..damai..
Tinggallah Lucerne dengan 1001 kenangan. Sayang nak tinggalkan Lucerne ni sebenarnya walaupun tak dan nak explore sangat. Kami sampai Gemany pukul 9 malam.
sukanya akak tgk yr vacation ni.. teringin pulak.. hopefully one fine day..
ReplyDeleteHeee kak yan...ins sha allah pasti boleh tuu...
Delete