Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Thursday, December 9, 2010

Kek Kukus Asam Manis

Kek nii sue wat masa cuti public oliday Maal Hijrah ari tuuu tuk minun petang….da nama pon cuti so kena leee ada bekalan petang…sbb malas nak merayap ..…!!!! Mlm sebelum tuu da wat agar agar laici, da tinggal ciput jeee so try lee pulak wat kek nii….Lunch tadi da wat Nasi Serai ngan ayam serai gak & dalca daging belend daging ari tuuuu….huuuu mmg penat songgoh…tp best bila semuanya licin !!!!!

Meh layan resepi tp yg bestnya my kids yg mmg jenis prot dok bocoq 24jam mmg layan abis laaaaa…..tambah pulak time ujan ujan niiii lagi lee sedap makan ngan milo panas….perhhhhh hancusssss diet aku ….!!!!!






Bahan-Bahannya
  • 1 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie yg dikisar dan diayak)
  • 1 cawan gula halus (gula castor / gula pasir yg dah di'blend') , sue guna cawan free “pearl”…alah minunan 3in 1 tuuuu…duta Linda Onn dulu laaaa….
  • 1 cawan butter  ( guna buttercup)
  • 5 biji telur gread A,kalau tak de gread A taruh leee 6,7 biji
  • 3/4 cawan susu pekat
  • sedikit esen vanilla,
  • pewarna (ikut suka),
  • 2 paket asam hawflakes (besar 50sen tu)

Cara-cara

  1. pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan
  2. masukkan telur satu-persatu
  3. masukkan tepung diselang seli dengan susu, pukul sebati
  4. tambah esen vanilla, gaul rata
  5. asingkan adunan beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang dipakai)
  6. masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam loyang yang dah disapu dgn butter dan kukus lapisan pertama (lebih kurang 5 minit or less. kalau tak melekat di jari, maknanye dah masak dah tu)
  7. susun asam hawflakes di atas lapisan pertama tadi, dan lapiskan dgn 2-3 sudu adunan yg berlainan warna
  8. ulang langkah 6 & 7 sehingga adunan habis (kalau rajin boleh lapis nipis2, masa utk kukus selapis-selapis jadi lebih singkat. kalau malas, buat jer besor-besor..hhee)



No comments:

Post a Comment