Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, July 15, 2014

Kuih lapis


Resepi ini aku dapat petang semalam dari group watsapp kekawan, bila tengok cantik jaaa terus aim nak buat untuk berbuka...cam biasa aku memang malas nak keluar bila dah sampai rumah. Nak apa apa aku just watsapp laki aku soh beli....Kat sini menang semangat MERUDUM  nak ke pasar juadah...aku bukan belagak tapi memang tak kena dengan selera utara aku....entah laaaa...

Jom layan resepi.


Kuih lapis
----------
Bahan-bahan :

 - 1 cawan tepung gandum 
- 1/2 cawan tepung beras 
- 1 3/4 cawan gula (kurangkan manis jika perlu)
- 4 cawan santan (kalau santan kotak guna 2 cawan santan + 2cawan air)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit pewarna (apa jua warna)

Cara-cara :

  • Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan blendkan supaya semua sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 adunan.Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
  • Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang.
  • Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10minit.
  • Dan seterusnya letak adunan lain.Kukus selama 3-5minit.Buat sampai adunan habis.
  • Lapisan terakhir kukus selama 20minit untuk semua adunan masak.
  • Tunggu kuih sejuk dulu baru potong.Jika tidak bila potong kuih jadi tak cantik
##gn jadi cam anak dara aku tak menyempat....##



#tak cantik...baru jee aku keluarkan dari bekas kukusan, sementara nak tunggu sejuk aku mandi,solat lepas tuu lepak jap sesambil baca novel acik lana * akad ku yang terakhir*.

10 min nak berbuka aku tengok kuih lapis dah terhidang atas meja, tak menyempat anak dara aku potong ..panas panas lembek nampaknya..!!!


2 comments: