Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, July 8, 2014

Resepi Lasagna Simple

Aku jenis yang sempoi  & simple, terasa request budak budak bole layan aku usaha try buat. Aku ini nak kata minat sangat memasak tak juga..nak kata tak minat tak bole juga kang nak sumbat prot ngan apa lepas tuuaku jenis suka google resepi yang ada gambar masak masak yang cantik cantik haaaa situ laa tarikan mood aku nak mencuba, lepas tuu gigh gi cari barang sbbaku rasa kalau orang tuu boleh buat sure aku yang alang alang bendul ini ponboleh buat janji usaha tangga kejayaan.

Mukadimah gedik nak panjang, okey straight to the point, aku nak share resepi lasagna paling sedap and paling senang. Harus senang kan, tak ada maknanya aku nak menyusahkan diri nak masak beriya sangat.

Ini bukan 1st time, tapi dah bertime time (hambek kau jahanam bahasa) dan ada pon entry pasal lasagna ni cuma aku risau kalau yang lelama tuu especially year 2010 banyak entry yang gambar hilang...(malas nak hurai panjang panjang,santap sakgi..sedih ooo kenangan tuuu setiap gambaq).

Asalnya budak budak nak makan spaghtti bolognese,so sehari sebelum ini aku dah siapkan menu berbuka spaghtti and apalagi aku buat lebih untuk gunakan sos daging untuk lasagna. Senang kan.

Kita gantikan spagetti dengan lasagna dan kena buat sos putih. Kalau spagetti tak ada sos putih. Cuma ada sos daging je. (kalau tak nak pon tak pa sos putih tuuu),ikut citarasa tekak memasing.


Bahan Bahan sos daging:

Bawang putih
Bawang merah
Daging kisar
Tomato
Sos prego
Oregano
Black pepper
Cili Giling (sebab nak pedas sikit)
Garam
Kiub Ayam Maggie

#ikut sukatan memasing

Cara nak masak sos daging

1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk cili giling, tomato, kacau sampai dia layu.
4 masuk sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa
6. Biarkan pekat danTutup api

Bahan layer sos putih.
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara nak masak sos putih.
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.

#Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese, and semua resepi pasta yg nak campur dengan sos cheese.

#kalu malas tak letak pon takpaa tak menjejaskan rasa, aku dah try letak sos putih dan tak letak.

Kepingang lasagna ini kalau nak sedap,lembut masuk mulut gigit kejap terus telan senang jee masak dengan air panas macam masak spaghetti tu tapi sekejap je dalam 3minit, bagi dia lembut.

And JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat, masuk sikit- sikit ye..memang jenuh lah kan..

Cara nak lapis lasagna.

1. First layer susun kepingan lasagna yg u all dah masak
2. Second layer, letak sos daging
3. Third layer, letak sos putih.
4. Ikut step first and final mesti sos putih.
5. Layer yg last tu u all tabur dengan mozarella cheese. Nak sedap tabur banyak cheese!!
Masuk dalam oven 160C untuk 30 minit. Ikut oven masing- masing. Oven aku jenis cepat panas so aku kurangkan suhu dari 180c ke 160c.




Dah potongbaru teringat nak snap picture

Taburlaa seberapa banyak cheess nak..



Meja buffet kuih muih, hari ini hubby ajak opismate yang bujang 2,3 orang berbuka dirumah
Aku sediakan kek kukus gula hangus,puding karemel, popiah goreng
selebihnya buah tangan kekawan opis hubby yang bawa

menu utama pulak aku masakkan nasi minyak lawan dengan ayam masak merah dan daging dendeng, acar timur dan sayur campur 
(gambar tak sempat snap,kelang kabut aku sorang dah la 6.30 pm dah berbuka)

No comments:

Post a Comment