Salam Ramadhan, dah masuk hari kelima. masih lom jejak kaki kat mana2 bazar ramadhan...everyday masak2 apa2 yg simple2...Lepas je sahur mesti pening memikir masak apa untuk berbuka pulak mula laa mengodek esbook sebelum hantar shazleen ke montessori,tak cukup bahan terus berdezup ke pasar pulak
Belek punya belek ada ikan senangin,pucuk paku, ayam.
Pukul 3pm selesai antar zIdane tuisyen kelentang kelentung laa aku kat dapur,siap laa juadah berbuka yang simple.
ayam goreng
~kegemaran shazleen especially kulit ayam~
Kari Asam Ikan Senangin Pedas.
Tergoda sungguh bila melihatkan lauk Kari Asam Pedas tulip77 masa mengoogle. Memang best macam kari utara juga cuma tambah serai,lengkuas, daun kesum. Rasa marbellous !!!
KARI ASAM PEDAS
Oleh Tulip77
Rujukan My Resepi
Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain
1 biji bawang besar ~ dimayang
3 biji bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai ~ diketuk
1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar ~ cili kering dikisar
2 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum (tak masukkan pon)
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.Perasakan dengan garam dan gula.
Masak lemak cili api Pucuk Paku
Bahan2 :
1/2 ikat pucuk paku (kami laki bini jaaa yang makan)
3 biji cili api - tumbuk (nak pedas tambah cili padi lagi)
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Udang kering dibersihkan dan di tumbuk kasar.Masukkan pucuk paku dan udang kering ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik, bersama secawan air.
Bila dah mendidih, masukkan santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
Masakan org kg yg paling hot.......... hotlah sangat!!!! iyerrrrr lah tu.... utk aku je. Kecur air liuk...lagi pedas lagi terangkat...tapi tak berani nak pedas pedas takut perut meragam lagi pon Shazleen suka makan nasi dengan kuah itu yang tak berani nak pedas sangat.
Last sekali hirup kuah..walahhhh!!! aku yang memang tak makan nasi masa berbuka terus makan sejemput...
Selalu nya berbuka nasi jadi hidangan no.2, anak anak lebih gemar makan mee goreng,bihun goreng especially si Ain... makanan ringan ringan dia kata...ringan laa sangat !!
Spaghetti Bolognese
Bahan-bahan
500 gram spaghetti (sepeket)500 gram daging lembu cincang
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 sudu cili giling
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos2 tomato segar ranum - didadu
1/2 batang carrot – didadu kecil
1 kiub ayam
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Sos Bolognese :
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan tomato puri dan tomato segar Cili Sos, Tomato Sos. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
1/2 batang carrot – didadu kecil
1 kiub ayam
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Cara-cara:
Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Panaskan minyak zaitun dan kacau. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan tomato puri dan tomato segar Cili Sos, Tomato Sos. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
Perghhh...nampak pun dah sedap apa lagi yang betul2 pasti menyelerakan..
ReplyDelete