Buat anak anak ibu yang soleh dan solehah..esok dah start exam akhir tahun semoga jawab dengan tenang dan yakin, banyak banyak kan doa dan solat 5 waktu
Buat kakak Alia Nadirah SPM (3-11),good luck babe...u can do it girl!! Yakin tenang sabaq jawab jangan gelojoh..ins sha allah...kejayaan menanti!!
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosakedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Aminnnn...Semuga semuanya dipermudahkan dan mendapat kejayaan yang cemerlang. Yang penting mereka telah berusaha bersungguh2
ReplyDeleteIns sha allah moga dipermudahkan....
Delete