Gara gara budak kenit ini, gigih aku mentry resepi Kek Lumut Kukus Sarawak ini..Memula ingat nak order jee sebabnya semalam kawan aku kasi rasa kek yang dia buat...terus budak kenit ini merengek nak makan..pulak tuu tak bersabar so mau tak mau kena laa aku merajinkan diri ke dapur...
Rajin memang rajin tapi bukan aku laaa...my friend ni nama Ina baru kenal jaa adalah laa kot 4,5 bulan...ini pon kebetulan kenal sebab anak anak....mak kawan zidane...aiman...!!!
Dari kenal kenal gitu,jadi rapat selalu wasap...sama sama jadi perantau diMiri ini...Dendang perantau gitu...
Meh nak promote ..Ina nii tukang buat kek..menjadi sehhhh walaupon 1st mencuba..kalau aku alamat kelaut laa jawabnya...kat Miri ini memang aku malas nak membaking..cari bahan satu hal...so tak payah laaaaa...!!
Hari ni aku dapat rasa kek lumut kukus...memang terbaek sari ladang..so sapa sapa nak order bole roger aku yaaa...nanti aku bg phone no.dia...tapi terbuka area Miri sahaja..yang duduk KL, Selangor or seangkatan dengan nya dok diam diam....Ini terhad kawasan Miri sahaja..!!!!ada paham..☺☺
Resepi ini aku dapat masa mengodek mencari terus jumpa...dari Dayang Jack. C&P dari blog Masam Manis.
KEK LUMUT
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik
* Aku tambah almond hancur dalam 1/2 cawan
* Nestum dalam 50g
* Aku tambah almond hancur dalam 1/2 cawan
* Nestum dalam 50g
Belum cukup sejuk dah kena potong sebabnya sikenit ni dah tak sabaq nak makan
No comments:
Post a Comment