Baru laa berkesempatan nak nonton Guardians of the Galaxy rasanya ini masuk 3 kali kot ...ari tuu masa kat Penang, Queensbay Mall cuti raya asyik full house jee. Lagi pun masa tuuu orang tak ramai sekali tengok haaa tinggal tiket melanggut depan skrin jaaaa....terus tak jadi !!
Kesian siZikRi laaaaa, takpa nanti ayah dia download heeee
Minggu ini aku dah tahap bosan sangat cadangnya nak tengok Mamak Cupcake tapi aku kena pegi sendiri laaa ngan kiddos sure laki aku tak mau punya.....alih alih laki aku pon menyampah kot tengok muka tempeyek basi aku ...so pagi Jumaat aku dapat wasap tiket online Guardians of the Galaxy..!!! (ingatkan dah abis movie ini..upanya rezeki aku laaa)
Overall movie ini memang best...sempoi laaa tak berat sangat macamaku yang selalunya hangkut budak budak kira ok laaaaa bila si ain dok mengkekeh gelak...!! SizIdane khusuk dok layan cumanya sikenit Shazleen laaaa keluaq masuk toilet..budak ini memang suka QC toilet...geram gak laaa aku !!!
Takpa Mamak Cupcake aku tengok masa kat KL nanti...sebabnya cuti sekolah ini aku balik berdua dengan Shazleen jeee, and zikri yang balik dr MRSM.
Lagi 2 kena tinggal kat MIRI sebabya tuisyen...
Pose masa makan roti canai, tak de keja semua sambil dok tunggu roti sampai si ain pon apa lagi nak snap jaaaa....pakai nak snap sampai tak muat laaaa muka kenit tuuuu
Baru muat semua celuih masuk...
Sampai jee Bintang Mall, anak anak amin's ini request Hot & Roll pulak
crispy crunchy memang sedap boleh laa habuan jajan jajan.
Posing lagi!!!
muka aku yang dah bosan !!! mana tak memula janji satu jeee..alih alih nak rendang beef laa pulak...kena tunggu lagi...gergggg...!!!
Macam best jeee, bole laaa layan kot sebab aku minat ngan Azad Jazmin suka dengar dia sembang utara....
Sinopsis:
Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.
Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya?
No comments:
Post a Comment