Ansari famous Cendoi, Taiping
Raya hari tu saja laaa kami pusing pusing jalan jalan cari makan alang alang dah balik Utara kan...singgah Taiping makan lunch ... Aku yg punya aim nak makan popiah yg famous kat Taiping alih alih hampa bila sampai jaaa situ ....dah nganga lol dah lain bandar taiping....Gerai2 yang dulu berdepan ngan supermarket tuu dah tarak dah dipindahkan kebelakang sikit...memang frust !! Singgah juga laaa bilanya kids dah memasing kebulur.
Sebelum balik PB sempat lagi laki aku google cari cendoi kat mana...itu yang tersangkut kat Ansari cendoi ini..1st.Time singgah try..
Menurut pemilik restoran tersebut, Ansari Abd. Rahman, 51, mana-mana anak Taiping yang berhijrah pasti akan datang ke restorannya apabila pulang ke kampung untuk menikmati keenakan cendol jualannya.
Ansari yang mewarisi resepi keluarganya berkata, dia menjual pelbagai variasi cendol tetapi cendol pulut dan kacang sering menjadi pilihan pengunjung ke restorannya.
Disebabkan penduduk Taiping sudah sebati dengan cendol yang dijual oleh dua generasi terdahulu, maka saya tidak pernah mengubah resepi asalnya.
Biarpun ada kalanya, sukar untuk mendapatkan bahan mentah, tapi saya perlu akur kepada permintaan pelanggan yang gemarkan cara pembuatan tradisional cendol ini," katanya yang turut menjual rojak pasembor.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20121013/lk_06/Rasai-keenakan-mi-udang-banjir-dan-cendol-Ansari#ixzz39m1QOIfw
© Utusan Melayu (M) Bhd
From my tekak:
Secara jujurnya cendoi so-so....kiranya ok laaaa kl makan semangkuk tak bertambah..haaa sedang manis !! Bg aku cam tawaq sikit kot .... Aku lagi suka cendoi yang famous yg di juai di Parit Buntar...alah cendoi basikal jaa dulunya port sebelah bank islam kat Pekan Baru but now india muslim nii niaga kedalam sikit depan gerai makan oekan baru...
PERINGATAN : hasil jualanya mmg cepat habis...terus terang aku habaq setakat 2 mangkuk tuu memang aku boleh habiskan..memang sedap sangat...rasanya mana mana cendoi yg aku try tetap tak boleh lawan cendoi PB.
Uncle ini jual cendoi & ABC sahaja...no rojak..!
Perghhh sedap nya sungguh tak terkata..nak2 sambalnya seperti resepi yang awk bagi dulu...
ReplyDelete