Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ikhlas ucapan Terima Kasih kepada yang sudi menjengah ke blog saya ..
.

Thursday, August 11, 2011

Dari kecil terapkan SOLAT

Solat Time, haaaaa lepas jee berbuka kalut aku dok pot pet soh budak budak niii sembahyang...yelahhh kang nak gituisyen pulak...kekadang sian gak aku tengok kelang kabut 
anak anak aku berbuka..nak kejar masa punya pasal....tapi nak wat cammana da lee minggu nii minggu EXAM kt SKBJ itu yang terpaksa gak aku kerah budak budak nii ontime bila nak gi tuisyen.....

alhamdullilah leee dari mula posa smpai lee semalam tak de leee berbunyi anak anak aku mengkomplen itu ini....
 
*Sejuk hati bila tengok si kecil solat...


Shazleen pantang aku pot pet kat kakak dia, dia pon kalut panjat tangga mengikut bontot kakak dia gi SOLAT..cam lee aku marahkan dia..heheheh 

aku pon soh leee dia berdiri sebelah kakak dia...alih alih bila si ain dok kalut pakai telekung haaaa time nii dia pon dok sebok minta nak pakai gak...hissss budak nii tauuuuuu....

telekung jee aku pakaikan, kain...xyah lee kang tak pasal pasal terguling guling pulak 
siap aku pesan ikut kakak buat tau......!!


uittt nii sembahyang MAHGRIB laaa....bukan SUBUH...hiss konpius lee pulak doa apa lee dia baca tuu 



Latihan solat
Mungkin ramai yang dah baca Nota Wardina Saffiya macamana beliau latih anak beliau solat 5 waktu."how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah….."
Nabi SAW sarankan untuk melatih anak solat sejak usia 7 tahun. Dan kalau dah sampai umur 10 tahun tak solat lagi boleh rotan. Memanglah melentur buluh biar dari rebungnya.  aku juga nak share usaha aku dalam melatih anak-anak solat 5 waktu..


 
1. Seawal 2-4 tahun perlu diberi pendedahan tentang solat. Caranya? Jika kita nak solat, jangan sembunyi dalam bilik. Kononnya tak nak anak kecil kita kacau kita solat. Kita pun solat dalam bilik tutup pintu tak bagi anak masuk. Sebenarnya, biar anak kita nampak kita solat. Untuk mulakan solat, letakkan dia di sebelah kita. Anak-anak kecil ini memang suka ikut gaya orang, tentunya dia kan ikut pergerakan kita. Memanglah dia tak akan ikut sampai habis, selebihnya dia akan kacau kita - duduk depan kitalah, naik belakang kita la, main celup ba dalam telekung kitalah. Bagi kami ianya tidak menjadi gangguan. Mungkin sebab dah terbiasa. Nabi sendiri sewaktu sedang sujud, cucunya (Hasan atau Husin ye?) naik atas belakang baginda. Baginda pun tunggu sampai cucunya turun barulah bangkit dari sujud. Tak jadi masalah....

2. Lebih efektif kalau kita selalu solat berjemaah. Bila si kecil tengok abang, kakak, ibu, ayah semuanya solat ramai-ramai, dia pun tak nak ketinggalan untuk ikut serta..walaupon lebih kepada main tak pee biarkan jeee....tapi sebelum tu pesan pada yang lain , kalau sishazleen kacau jangan layan...!!!hehhhhh

3. Beri galakan, dorongan dan tarikan - belikan sejadah yang cantik, telekung yang ada gambar kartun-kartun. Cam ain bila aku belikan telekung baru, siap ada beg lagi bersemangat aku tengok dia, walaupon kekadang tuu culas 5waktu...tak peeee!!! Sekarang memang ada banyak di pasaran macam macam kaler,corak..ada gambar straberi laaa.....macam macam lee....kl bawah 5tahun ok kot..kalau cam ain yang da nak masuk 9thn..aku beli corak biasa jeeee...kaler PINK lagi RM58.00 kt PKNS ari tuuu

4. Anak anak aku seawal umur 5taun aku dak sekolahkan kt ALDARIS....da start mengaji & baca surah surah pendek..alhamdulillah......zikri & ain da buleh hafal BUT sizidane jeeee banyak main.....paling paling bila aku ajar....keluar leee pekataan peberat dia "COBAANNNN"....Selepas anak dah mahir bacaan dalam solat, bolehlah melangkah stage seterusnya. Biasanya anak umur 6 even 5 tahun pun dah boleh start. MESTIkan anak solat, kami mulakan dengan Solat Subuh dan Maghrib. Motivasinya? Solat subuh pendek 2 rakaat je. Solat maghrib ni  mesti solat punya sebab ayah jadi IMAN. Solat subuh? mencabarnya ialah nak kejut bangun pagi. hehhehe... memang mencabar siap ada alasan lagi tapi tak peee kena bertegas...Pujuk diorang kalau ngantuk nanti lepas solat boleh tidur balik.. . Tapi jangan putus asa. Teruskan usaha untuk kejut anak bangun awal. Kalau terlajak pun, mestikan juga untuk solat subuh walaupun terlewat. Kalau dulu masa aku kecik, solat subuh la yang last sekali cukupkan solat 5 waktu.. hasilnya entah umur berapa agaknya baru cukup 5 waktu. Tapi rupanya sebenarnya bila anak kita dah istiqamah setiap hari bangun solat subuh, insya allah solat-solat yang lain senang je diorang nak istiqamah. Tipsnya, janganlah kesian kat anak-anak nak tidur lagi.. 

5. Masuk 7 tahun, still main main lagi..culas nak cukupkan 5 waktu..tapi da masuk 8-9 full swing solat 5 waktu sehari. Maknanya dari anak kita 5-6 tahun tu tambah la sikit-sikit dari 2 waktu sehari, ke 3, ke 4 ke 5 waktu. Hinggalah masuk 8 tahun dah bersedia untuk sempurna solatnya. Alhamdulillah setakat ni zikri & ain sudah cukup solatnya.  semlam aku tengok ada satu buku catatan harian yang sekolah agama diaorg kasi...untuk catatkan waktu waktu yang solat dah ditunaikan......baru pestime aku nampak...mungkin puput....bagus sekurang kurang nya diaorg ingat time solat kena solat....Kalau liat tu pun sebab nak lewat-lewatkan solat... nak tengok tv dulu lah... etc etc..

 
6. Doa - sekarang ni zidane punya turn pulak untuk berlatih solat. Ngan budak nii memang aku penat nak pot pet....so aku pegang rotan tiap kali nak soh dia solat..... Kalau anak-anak solat jemaah, bila doa lepas solat,laki aku akan bacakan doa kuat-kuat. So janganlah lupa untuk doa. Budak budak nii pulak kalau time berdoa suka kalau kita sebut nama diaorg...cam"ya,allah jadikan lee zidane budak yang pandai,mendengar kata  etc...."Memang ada doa Rabbana hablana min azwajina... dan seterusnya... untuk doakan pasangan, anak keturunan kita.. tapi sejauh mana kita hayati maknanya.. kengkadang baca doa pun sambil lalu je... jadi seeloknya baca doa ini dan tambah lagi doa yang specific.. bila doa yang specific selalunya kita akan berada dalam keadaan sedar apa yang kita mahu.
Fuh panjang pulak.. ini tips ke apa ni? actually just sharing experience. How wardina's sharing on her inspires people, that is how i hope this can inspire people. Walaubagaimanapun aku rasa masih banyak lagi loopholes atau kelemahan diri di sana-sini.. tapi harapnya kita sama-sama belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak kita. Dan yang paling penting ialah doa kepada Allah... kerana hati kita ini semua milikNya... 
JOM tengok pulak  TIPS berpuasa untuk anak anak bersama wardina:
http://amirnawawi.com/tips-berpuasa-untuk-anak-anak-bersama-wardina/

  wardina & anak-anak : sumber dari google

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...