Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, February 14, 2011

Maulidul Rasul 2011 dan Sambutan D'Bayu


  Moga amalan dan sunnah2 Rasulullah terus jadi ikutan.
sempena hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini, marilah kita sama-sama melihat sejauh mana kasihnya baginda kepada kita sebagai umatnya:

  1. Sesungguhnya setiap Nabi diberikan oleh Allah SWT satu doa yang pasti termakbul. Setiap Nabi telah pun menggunakan peluang itu kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Baginda rasulullah S.A.W telah menyimpannya untuk kita di akhirat kelak, agar baginda dapat memberikan syafaat kepada kita, umatnya.
  2. Antara kalimat terakhir yang lahir dari mulut baginda S.A.W sebelum wafat ialah “ummati.. ummati.. ummati..” yang memperlihatkan betapa baginda sangat menyayangi dan mengasihi umatnya.
  3. Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan umatnya yang dicampakkan ke dalam api neraka.
  4. Sesungguhnya ada di antara umat Muhammad S.A.W yang akan dimasukan ke dalam syurga sedangkan mizan dosanya melebihi kebaikannya, atas doa dan syafaat Nabi S.A.W, ada pula yg telah dicampakkan ke dalam neraka kemudian dikeluarkan daripadanya kerana berkat doa dan permintaan Nabi S.A.W, dengan izin-Nya juga.

    cuba kita renungkan sejenak.. Sejauh mana pula kasih kita kepada baginda? Pernahkah kita berdoa untuk baginda dan keluarga baginda? Dan pernahkah kita berselawat ke atas baginda? Jadi, sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W nabi junjungan agar kita semua beroleh manfaat dan keberkatan dari-NYA. Amin.

     
Seperti last year,BJ pon turut mengadakan sambutan maulidul rasul,perarakan dr.D'Bayu hingga lee sampai ke Masjid...Mmg ramai & meriah ....SMBJ & SKBJ & Sek.Agama & kariah masjid yang mengambil bahagian. Zikri pon sebenarnya nak join tapi last minute tak jadi sebba sebelum tu ujan kejap so penyakit MALAS lee jawabnya..

 Niii dari D'Bayu..nak snap dr depan tak leh sebab aku da terlepas, so sipi jee laaa...time ni baru balik ambil Zidane dari skoll...kalau zikri join tadi mungkin lagi meriah lee kot !!!hehehehehh



Akhir kata, selamat menyambut Maulidur Rasul.

2 comments:

  1. salam maal hijrah jugak..kenapa saya kene kerja hari nih..adeh..

    ReplyDelete
  2. ~Farah~
    Dear kena keja aaaa...wahhh sure lebat dapat ujung bulan niiii..salam maal hijrah juga

    ReplyDelete